Saturday, March 24, 2018

KUMPULAN KELIMA PEMANDU TEKSI YANG BERJAYA UBAH NASIB MEREKA


300 lagi dalam kumpulan ke-lima dan kesemuanya berjumlah seramai 2,493 pemandu teksi telah berjaya mendapatkan lesen individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Dari sistem pajak yang agak menindas kini mereka telah keluar dari belenggu tersebut untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

Ini hanya berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional yang diketuai PM Najib Razak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menyerahkan 159 pemandu teksi dan 142 pemandu kereta sewa dalam satu majlis.

Inisiatif yang diperkenalkan SPAD di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP), telah berjaya memberi sinar kepada pemandu teksi yang sering terbelenggu dengan sistem pajak lama yang dikenakan kepada mereka oleh syarikat-syarikat pengendali. Lantas, lesen individu yang diperolehi mereka telah mampu menambah baik pendapatan mereka dan sekali gus telah berjaya mewujudkan daya saing yang sihat di dalam industri teksi.

Bukan sesuatu yang mudah, pemandu-pemandu teksi hanya dikatakan layak setelah telah melalui proses saringan yang ketat dan menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Di antara yang telah menerima lesen individu untuk kumpulan kelima ini, 52% pemandu adalah daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan, 24% daripada Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, dan 23% daripada Melaka dan Johor Bahru.

Di samping itu, 74 daripada penerima lesen individu pada kali ini juga telah berjaya menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru. Geran ini adalah sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.

Di antara perbezaan ketara yang dinikmati pemegang lesen individu berbanding sistem pajak lama, setelah pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2017, mereka diberikan hari bebas sewa untuk menjalani pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama, dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.


Untuk maklumat lanjut kepada yang berminat mengenai TITP, sila rujuk ... DI SINI  atau hubungi SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau titp@spad.gov.my).
 

No comments: