Thursday, March 08, 2018

APAKAH PENGARUH 'MAHATHIRISMA' MAMPU BERTAHAN?



Pengaruh 'Mahathirisma' suatu ketika sangat ditentang blok pembangkang kerana individu ini telah berjaya mempertahankan kuasa dan pengaruhnya sebagai ketua negara dan Presiden kepada sebuah parti yang terkuat di Malaysia selama lebih dari 2 dekad. Pendekatannya mudah, segala apa yang beliau lakukan dan segala apa isu yang melanda beliau mesti dilihat sebagai hero dan juara penyelesaiannya.

Tetapi setelah beliau gagal menjatuhkan Presiden UMNO DS Najib Razak, Dr Mahathir telah berpaling tadah dan bersekongkol dengan parti-parti pembangkang menentang parti yang menerajui pemerintahan negara. Maka, apakah ''Mahathirisma' yang pernah ditentang DAP dan PKR suatu ketika dahulu telah berakhir di dalam gabungan baru Pakatan Harapan?

JELAS TIDAK kerana Dr Mahathir adalah tokoh yang bijak menguasai dan mencipta persepsi walau di mana dia berada pun. Sebagai individu yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Dr Mahathir, salah seorang pemimpin tertinggi UMNO ialah Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, beliau juga sangat memahami siapa itu Dr Mahathir yang sangat bijak menyusun strategi demi kelangsungan politiknya.

Samada DAP dan PKR sedang mempergunakan Dr Mahathir untuk politik mereka, beliau telah sekali berjaya membina persepsi di kalangan pemimpin dan penyokong mereka sehingga berjaya dilantik sebagai Top Dog tanpa mempunyai kekuatan parti sendiri. Terkini, beliau telah berjaya dipilih sebagai calon Perdana Menteri mereka dan ini akan dijaja untuk kempen pilihanraya nanti.

Tetapi sebijak-bijak Dr Mahathir dalam membina persepsi, dari dahulu sehingga sekarang, beliau masih gagal menembusi pengaruhnya ke atas PAS. Maka kerana itu, walaupun beliau adalah Perdana Menteri selama 22 tahun, Kelantan telah gagal ditakluknya malahan PAS semakin kuat di negeri itu. Berbanding DAP dan PKR, nampaknya dengan mudah saja tersungkur kepada Dr Mahathir walaupun telah sekian lama memusuhi beliau.

Mahathirisma juga telah dibuktikan gagal di bawah pentadbiran yang diketuai PM Najib Razak samada di dalam UMNO mahupun kerajaan. Di dalam era maklumat yang terhad dan terkawal, Dr Mahathir berjaya mempengaruhi rakyat tetapi jelas hari ini apabila rakyat telah celik akibat dari kemudahan yang beliau sendiri telah perkenalkan internet, segalanya telah backfire.

Setiap usaha Dr Mahathir yang cuba fokus dan ekstrem dalam membina persepsinya, hari ini mudah saja ditepis dan dijawab rakyat sehingga Dr Mahathir dilihat sebagai seorang kecewa yang terdesak. Segala yang ditulis dan diperkatakannya, telah diputuskan di mahkamah sebagai satu cerita rekaan dan berpandukan kepada kata-kata yang tidak mempunyai bukti. Di satu tahap, Dr Mahathir pernah mengakui yang beliau tidak mempunyai bukti untuk menyokong segala tuduhannya.

Lebih malang bagi Dr Mahathir apabila segala persepsi yang telah beliau berjaya bina di zamannya, hari ini kesemuanya telah dibuktikan sebagai satu pembohongan. Mereka yang terlibat samada mereka adalah mangsa dan musuh politiknya, rakyat lebih rasional untuk menilai dan menelan dengan bulat-bulat.

Mahathirisma hari ini telah dianggap barah dan ia ternyata berjaya dihapuskan apabila di bawah kepimpinan PM Najib Razak, barah ini disekat dengan ubat jawapan balas dalam kadar segera dari pihak-pihak yang terlibat. Rakyat hari ini juga telah dididik agar tidak lagi menelan bulat-bulat maklumat yang dilontarkan Dr Mahathir tetapi menuntut bukti nyata, berfakta dan sahih.

Dengan kata lain, Mahathirisma kini telah menjadi lapok dan kerosakan kepada rakyat.
 

No comments: