Friday, November 29, 2013

SPAD PERLU BERTINDAK... BAS SEKOLAH SEDANG AMBIL KESEMPATAN!

SPAD teliti gesaan tambang bas naik 30% - Utusan


Sekali lagi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan kepentingan rakyat akan dilindungi apabila keputusan untuk menaikkan tambang bas sekolah diambil pada Januari 2014 nanti. Menurut Tan Sri, walaupun GPPBSM mempunyai sebab yang munasabah, tetapi pihak SPAD perlu melihat kesannya kepada masyarakat umum dan keputusan yang diambil adalah seimbang.

Memang benar, ini bukan sesuatu yang mudah bagi pihak SPAD untuk mencapai satu keputusan kerana jumlah yang diminta GPPBSM bukanlah kecil. Alasan yang diberi GPPBSM sebelum ini adalah kerana peningkatan kos operasi dan ekoran pelarasan subsidi menyaksikan harga diesel meningkat 20 sen awal September lalu.

Yang sebenarnya menurut Tan Sri, pengusaha bas sekolah telah mengenakan bayaran kepada pelanggan lebih daripada apa yang telah dipersetujui bersama SPAD... GPPBSM nampaknya tidak telus kepada pelanggan mereka iaitu ibubapa dan rakyat.

Adakah kerana ibubapa tiada pilihan maka pengusaha-pengusaha bas sekolah telah berani mengenakan bayaran lebih?

GPPBSM juga pernah keluarkan kenyataan ini .... 

Namun, jika tiada sebarang keputusan hujung tahun ini, kami tidak dapat mengawal lebih 15,000 ahli di seluruh negara menaikkan sendiri kadar tambang yang dianggarkan sebanyak 30 peratus" ... BH


dan ini... 

"Syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengarut dan tidak masuk akal, sebab itu banyak pengusaha bas sekolah di negara ini terpaksa beroperasi secara haram" dan blog ini telah mengulas tuduhan mereka ... DI SINI


Apa harapan ibubapa?

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata ibu bapa terpaksa akur dengan kenaikan tambang kerana mereka memerlukan perkhidmatan itu, namun berharap kadar kenaikan tidak melampau - BH

Tan Sri memaklumkan bahawa tambang baharu akan hanya diputuskan pada Januari depan.

Namun, kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah...

Oleh kerana tiada pilihan, ibubapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah maka apakah ini tiket kepada kamu memutarbelit,mendesak dan mengugut SPAD? Adakah adil kepada mereka sekiranya kamu memandu bas-bas haram, pada hakikatnya kamu sedang mengelak daripada membayar cukai tetapi kamu telah membahayakan nyawa murid-murid sekolah?

JANGAN BERSELINDUNG DAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KEPERLUAN ANAK-ANAK SEKOLAH DAN RAKYAT! SPAD PERLU BERTINDAK!


No comments: