Tuesday, July 16, 2013

TPPA : REALISASI BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

Apa itu TPPA?

"TPPA stands for Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) and is also known as the Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement. It is a multilateral free trade agreement currently being negotiated by 11 countries, led by the US. Malaysia is one of the parties negotiating in the TPPA. It aims to further liberalise the economies of the Asia-Pacific region. Covering a broad spectrum of areas and has 29 chapters (and counting), some are as affect our public health, environment and courts system. It is labeled as a trade agreement but only 5 chapters are related to trade out of the 29 chapters."

 
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) ialah perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan antara sembilan negara-negara, termasuklah Amerika Syarikat dan Malaysia.

Perjanjian ini malangnya, juga merundingkan isu-isu yang tidak berkenaan dengan perdagangan, seperti hak pelabur yang memberi kesan kepada cara syarikat-syarikat luar negara menjalankan perniagaan mereka di negara lain, dan hak paten yang membawa impak kepada ubat-ubatan yang dijual pada harga yang berpatutan. Selain itu, perjanjian ini juga dirundingkan secara rahsia. Hal ini merumitkan lagi keadaan dan negara-negara yang meyertai perjanjian ini ingin menandatangani perjanjian ini sebelum hujung tahun ini.


Perjanjian Perdagangan Bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Malaysia ialah satu lagi perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan antara Malaysia dengan 27 ahli Kesatuan Eropah. Sama seperti TPPA, perjanjian ini juga mempunyai elemen-elemen hak paten yang boleh menghalang akses kepada ubat-ubatan yang murah. Walaupun rundingan-rundingan tersebut dijalankan secara rahsia, impak-impak negatif perjanjian ini boleh disaksikan di India. 


Sebagai rakyat Malaysia yang sedia maklum, saya meminta kerajaan Malaysia untuk menggantungkan rundingan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah dengan Malaysia dan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA). 

 
Semua rundingan harus diberhentikan sehingga kerajaan Malaysia menjelaskan kepada rakyat Malaysia rancangannya untuk mempromosi dan menjaga kepentingan umum melalui perjanjian ini. Hal ini kerana kedua-dua perjanjian tersebut:

• Memberikan syarikat asing lebih banyak hak-hak dengan membenarkan mereka untuk membawa kerajaan kita ke mahkamah di tribunal-tribunal perantaraan asing. Hal ini boleh berakhir dengan kerajaan kita membayar jutaan ringgit sebagai denda. Sudah tentu, hal ini akan memakan wang pembayar cukai

• Memberikan syarikat farmaseutikal monopoli yang lebih lama bagi kawalan ubat-ubatan – hal ini akan membawa kepada peningkatan harga ubat-ubatan – dan oleh yang demikian, jutaan orang tidak akan mempunyai akses kepada ubat-ubatan pada harga yang murah atau berpatutan.

• Menarik semula perlindungan bagi regulasi kewangan. Hal ini akan menjadikan mustahil bagi kerajaan kita untuk membebaskan dirinya daripada krisis kewangan akan datang.

• Mengengkang kebebasan intenet dengan meminta pembekal perkhidmatan Internet untuk mengawasi aktiviti-aktiviti online kita. 

• Menyingkirkan kumpulan masyarakat sivil daripada perundingan, walaupun lebih 600 wakil syarikat Amerika Syarikat mempunyai akses kepada teks-teks TPPA. Malah, mereka juga menasihati perunding-perunding TPPA Amerika Syarikat.


Kerajaan Malaysia harus menghentikan semua perundingan yang sedang berlangsung sekarang sekiranya semua isu-isu yang dikemukan di atas tidak diambil kira. Selain itu, kerajaan Malaysia juga harus melakukan perkara-perkara berikut.


1. Melakukan analisa kos-faedah yang komprehensif tentang kesan-kesan yang mungkin berlaku akibat EU-Malaysia FTA dan TPPA. Analisa kos-faedah ini harus disebarkan kepada masyarakat umum.

2. Sebuah referendum harus dijalankan untuk menentukan sama ada rundingan ini seharusnya terus berlangsung atau tidak.


IRONInya, TPPA ini diKATAkan bukannya daripada Kerajaan US tetapi INISIATIF puak-puak ZIONIS Neo-CON yang menguasai EKONOMI dan perDAGANGan US.. Dengan KATA lain, Kerajaan US hanya menjadi 'LEMBU yang diCUCUK HIDUNG' aje kepada keHENDAK puak-puak ZIONIS Neo-CON yang dikeTAHUi UMUM ada yang menjadi rakan KARIB kepada KETUA UMUM PKR.. Inilah yang diBIMBANGi oleh beberapa NGO di NEGARA ini seperti Persatuan PENGGUNA Pulau Pinang.. Menurut mereka, perLAKSANAan TPPA ini akan menyebabkan berlakunya,

1) PELABUR ASING boleh menyaman kerajaan sesebuah NEGARA jika kerajaan di NEGARA tersebut mengHENTIkan PELABURan yang memDATANGkan BAHAYA kepada RAKYATnya..

2) RAKYAT di sesebuah NEGARA diHENTIkan daripada mengAKSES sebarang MAKLUMAT termasuk mengGUNAkan INTERNET kerana dianggap meLANGGAR 'COPYRIGHT' tertentu oleh pihak-pihak berKENAan di US..

3) MONOPOLI ke atas HARGA UBAT dan KOS RAWATan di sesebuah NEGARA walaupun UBAT tersebut diKELUARkan di NEGARA berKENAan.. 

Selanjutnya anda boleh RUJUK sendiri di SINI.. dan Tun Mahathir pun telah menyatakan kebimbangannya di SINI


No comments: