Sunday, July 14, 2013

SIRI MENGHINA UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN... KALI INI GILIRAN KETUA BISKOP

“Kalau dia tak tarik dalam masa tujuh hari, kita akan adakan satu perwakilan untuk bertemu kerajaan bagi meminta perdana menteri melalui Wisma Putra untuk menutup pejabat Vatican City itu dan meminta duta yang baru dilantik sebulan setengah itu dibawa pulang ke Vatican City,” kata Presiden JATI Datuk Dr Hassan Ali. 
 
 
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata, NGO pimpinannya menyokong dan berkongsi pendirian dengan Hassan dan JATI. Marino semalam dilaporkan menyifatkan pendirian kumpulan Kristian di negara ini sebagai “logik dan boleh diterima” walaupun menyedari ia adalah urusan dalaman Malaysia.

DUGAAN UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN 

Di dalam satu sidang akhbar bersama, 2 kumpulan NGO Melayu iaitu Perkasa dan Jalur Tiga (JATI) telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya kenyataan Holy See Ambassador ke Malaysia di dalam satu temuramah oleh The Malaysia Insider, yang menyokong cadangan pihak Kristian untuk penggunaan nama 'Allah' bagi menggantikan 'God'.
Samada sedar atau tidak, Ketua Biskop Joseph Marino telah menghina titah Sultan Selangor  pada bulan Januari di dalam isu ini. Kenyataan beliau adalah bertentangan dengan titah baginda di mana dengan terang telah menyebut, "Selain daripada penganut ugama Islam tidak dibenarkan mengguna nama "Allah" bagi mengganti God dan "Allah" adalah suci dan hanya eksklusif untuk umat Islam.


HE Archbishop Joseph Marino ternyata telah menyalahguna kedudukannya sebagai diplomat kerana campurtangannya di dalam hal ehwal dalam Malaysia terutama dengan membuat kenyataan yang sangat kontroversi dan sensitif di mana isu ini masih lagi di dalam proses Mahkamah Rayuan.

HE Archbishop Joseph Marino diberi 7 hari untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf atau menafikan kenyataan beliau. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, NGO-NGO ini memohon kerajaan Malaysia menghantarnya pulang dan menutup pejabat wakil Vatican di Kuala Lumpur.

HE Archbishop Joseph Marino (kanan)
KENYATAAN POLITIK?

Persoalannya di sini adakah kenyataan  HE Archbishop Joseph Marino ini mempunyai niat tertentu dan kehadiran serta peranan beliau di negara kita adalah benar-benar sebagai seorang diplomat?
 
Jika benar kenyataan beliau bukan mempunyai niat tertentu, maka adalah lebih baik beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia secara terbuka. Ini adalah bertepatan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang dilaporkan juga oleh MalaysiaKini. Seandainya Joseph Marino mempunyai niat tertentu maka ia dengan terang-terangan adalah betujuan politik.

Kenyataan Marino sebegitu rupa tidak memeranjatkan kita kerana beliau dilahirkan di Amerika. Sebagai seorang yang berasal dari Alabama, dari kelompok Selatan yang terkenal dengan gelaran 'RedNeck' boleh digambarkan sebagai golongan yang terkenal kerana prejudis, berfikiran sempit, fanatik dan tiada toleransi. Beliau bukan seorang yang baru di dalam politik antarabangsa dan permainan diplomasi malahan beliau adalah seorang diplomat berpengalaman dan pemain dalam permainan politik antarabangsa.

Beliau juga merupakan wakil ahli Vatican yang dihantar Pope John Paul II ke Belgrade pada 1 April, 1999 ketika kemuncak konflik Kosovo. Beliau juga adalah sebahagian wakil yang dihantar ke White House sebelum perang di Iraq pada 2003. Marino juga berkhidmat sebagai Apostolic Nuncio ke Bangladesh selama 4 tahun, di mana politik di dalam negara seperti konflik Chittagong Hill Tracts adalah merupakan tujuan dan agenda beliau.

Yang pasti alasan biasa beliau ialah peranan sebagai tokoh ugama dalam misi keamanan. Berkemungkinan juga beliau adalah sebahagian daripada arena operasi politik antarabangsa yang bergerak bagi pihak Neo Con Jews dengan agenda jahat untuk memeritah dan mengawal dunia, secara langsung dan tidak langsung melalui proksi.

HE Archbishop Marino mungkin adalah sebahagian daripada kumpulan sokongan antarabangsa politik dalam agenda strategik mereka untuk melemahkan dan akhirnya menghapus kuasa Islam yang akan memihak kepada bangsa minoriti. Bangsa Melayu-Islam adalah kumpulan yang paling maju dan paling berpengaruh di seluruh dunia umat Islam. Ia adalah penting bagi bangsa Melayu-Islam tunduk kepada agenda antarabangsa Anglo-New Con Jewish dengan apa cara sekalipun.

Jika ia adalah benar, maka amat bertepatan sekali apabila Joseph Marino menyokong kehendak CFM, yang kita maklum mendapat sokongan kuat dari China Chauvinist DAPsters dan ahli-ahli politik anti-Melayu seperti Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Nga Kor Ming.

Telah terbukti di mana DAP telah mengguna gereja serta paderi-paderi tersebut untuk agenda politik kotor mereka. Di antara sebahagian agenda ini adalah anti Melayu.

Kita semua maklum juga bahawa tujuan utama untuk menggunakan kalimah 'Allah' bagi mengganti perkataan God adalah untuk Bible Melayu dan tidak dinafikan, ia adalah untuk  memurtadkan orang Melayu untuk menukar ke ugama Kristian.
 
Tidak dinafikan juga, terdapat satu kelompok antarabangsa dari kumpulan-kumpulan dan perhimpunan NGO-NGO yang
yang mencurigakan termasuk pertubuhan-pertubuhan gereja antarabangsa yang hadir dan aktif menyokong strategi 'Politik Kebencian'  oleh beberapa minoriti sesat di negara ini.  
 
Jika ini adalah benar, HE Archbishop Marino telah membuktikan bahawa beliau sememangnya mempunyai agenda politik. Tidak ada bezanya peranan beliau dengan apa yang pernah dilakukan oleh mantan duta Amerika John R Malott. Sekurang-kurangnya Malott tidak menghina titah Raja-Raja Melayu atau menyentuh kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia.
 
Terlajak perahu boleh diundur ... oleh Dato Rocky 
 
 

3 comments:

Anonymous said...

Aku harap kerajaan yg dipilih tegas dlm isu ini.Tak perlu tunjuk ajar org lain dlm membina Tanah Melayu ini.kita dah lama merdeka.Kerajaan boleh bertindak utk menetapkn apa yg baik utk Tanah melayu ini.Arahkn puak api neraka kmbngkn agama mereka di tanah kristian.Bukan ditanah Melayu yg agama rasminya agama islam.Paspispus.apa kata kamu dlm isu ini.jgn buat buta tuli.perjuangkn lah hak islam dan org melayu.selidik ler mengenai ramai melayu dimurtadkn.jgn sibuk hal politik.sibuklah tentang org melayu yg cuba dihapus bersih di Tanah Melayu.

Anonymous said...

Aku harap kerajaan yg dipilih tegas dlm isu ini.Tak perlu tunjuk ajar org lain dlm membina Tanah Melayu ini.kita dah lama merdeka.Kerajaan boleh bertindak utk menetapkn apa yg baik utk Tanah melayu ini.Arahkn puak api neraka kmbngkn agama mereka di tanah kristian.Bukan ditanah Melayu yg agama rasminya agama islam.Paspispus.apa kata kamu dlm isu ini.jgn buat buta tuli.perjuangkn lah hak islam dan org melayu.selidik ler mengenai ramai melayu dimurtadkn.jgn sibuk hal politik.sibuklah tentang org melayu yg cuba dihapus bersih di Tanah Melayu.

KDCC hotspot said...

undang-undang malaysia boleh dikatakan mcm bapuk dlm isu-isu agama dan juga keselamatan negara...tidak pernah tegas dlm apa jua perkara....1 perkara yang undang-undang malaysia paling tegas...berkenaan skim cepat kaya yang membolehkan kerajaan merampa duit drp pada penganjur dan juga pelabur (rakyat)