Friday, July 12, 2013

KECIL-KECIL CILI PADI... PENGUATKUASA SPAD PASTI BERTINDAK

Walaupun kekuatan bilangan pegawai penguatkuasa SPAD masih dianggap kecil yang hanya mempunyai seramai 317 pegawai di seluruh negara, tetapi kehadiran mereka sudah mula dirasai dan dapat dilihat di mana-mana.


Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah memulakan operasi pada 31 Jan 2011 dengan keanggotaannya terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti bekas tentera dan juga mereka yang pernah bertugas di bahagian-bahagian penguatkuasa lain.

Bertepatan dengan misi bahagian penguatkuasaan SPAD - Untuk Menguatkuasakan Peraturan Dan Undang-Undang Yang Berkesan, Komited Dan Berhemah, mereka merupakan barisan hadapan dalam membantu mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat negara. Mereka akan sentiasa turun padang melakukan pemantauan serta memberi tindakan segera terutamanya yang membabitkan aduan daripada orang awam.

BIDANG KUASA BAHAGIAN PENGUATKUASA

Bidangkuasa Bahagian Penguatkuasa SPAD adalah menguatkuasakan Akta Pengangkutan Awam Darat (PAD) 2010 yang meliputi :

  • Kenderaan perkhidmatan awam : teksi dan bas
  • Kenderaan barangan : Lori
  • Kenderaan pelancongan dan rail

Mekanisma Bahagian Penguatkuasa SPAD:

  • Operasi Penguatkuasaan, Rondaan Dan Sekatan Jalanraya
  • Operasi Penyamaran
  • Risikan
  • Audit SHE (Safety, Helath and Environmental)
  • Siasatan Aduan Dan Maklumat Kemalangan
  • Menyediakan Kertas Siasatan
  • Mendaftar Kes Di Mahkamah Dan Permohonan Kelulusan Kes Kompaun
  • Mengeluarkan Tawaran Kompaun Dan Menyampaikan Notis Hadir Mahkamah

PENCAPAIAN PENGUATKUASAAN SPAD SELAMA 3 TAHUN
HUKUMAN BAGI SETIAP KESALAHAN

Bagi Kesalahan Ulat Tiket – Berdasarkan Seksyen 205 APAD 2010, Kesalahan Memujuk Dan Mendesak apabila disabitkan akan dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Lima (5) Tahun.

Bagi Kesalahan Tambang Lebih – Mengikut Seksyen 75 (4) APAD 2010,Kesalahan Menuntut/Mengutip/Memegang/Menyimpan Apa-Apa Tambang Yang Melebihi Kadar Yang Ditetapkan dan apabila disabitkan akan dikenakan Denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Tiga (3) Tahun atau kedua-duanya.

Bagi Kesalahan Bas Sekolah Haram – Mengikut Seksyen 16 APAD 2010, Kesalahan Tiada Lesen Pengendali KPA (Kereta/Van Sapu). Apabila disabitkan terdapat dua Skala Hukuman bagi Seksyen ini:
  • Individu. Denda tidak kurang RM 1000.00 tidak lebih daripada RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Satu (1) Tahun atau kedua-duanya. 
  • Syarikat. Denda tidak lebih daripada RM 100,000.00.

Bagi Kesalahan Lori Lebih Muatan – Mengikut Seksyen 57 APAD 2010, Kesalahan Lori Membawa Lebihan Muatan. Apabila disabitkan kesalahan
denda tidak kurang RM 1000.00 tidak lebih daripada RM 500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Dua (2) Tahun atau
kedua-duanya.

Bagi Kesalahan Prebet Sapu – Mengikut Seksyen 16 APAD 2010, Kesalahan Tiada Lesen Pengendali KPA (Kereta/Van Sapu). Apabila disabitkan
terdapat dua Skala Hukuman bagi Seksyen ini:
- Individu. Denda tidak kurang RM 1000.00 tidak lebih daripada RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Satu (1)
Tahun atau kedua-duanya.
- Syarikat. Denda tidak lebih daripada RM 100,000.00.

Melalui operasi bersepadu, SPAD dengan kerjasama pihak berkuasa yang lain telah berupaya mendorong pengendali dan pemandu kenderaan
awam darat mematuhi undang-undang. SPAD juga proaktif bertindak ke atas aduan rakyat dan menggalakkan rakyat membuat aduan
serta memberi maklumbalas samada di website, melalui telefon, email dan juga laman-laman media sosial seperti Twitter via @SPADC .
SPAD juga beroperasi di beberapa pusat khidmat pelanggan SPAD seperti di Pudu Sentral serta Wilayah Utara, Timur dan Selatan.

We know that SPAD is definitely more proactive than the CVLB was when it comes to enforcement. We know that they are also making
more effort to reach out to the public and encourage complaints and feedback – whether on their websites, through phone, email and
social media, and even encouraging walk-in complaints with offices at bus terminals, as well as their central offices.

No comments: