Tuesday, February 25, 2014

SPRM MASIH DILIHAT TERLALU KOMPROMI ... MENGAPA?


Anggapan SPRM sering memilih bulu dalam penyiasatan dan pendakwaan adalah kerana mereka kurang faham bidang tugas SPRM. Sebelum kita meletakkan keraguan ke atas SPRM, biarlah kita fahami apa yang telah SPRM lakukan dalam memerangi rasuah.

Memang benar rakyat ingin melihat kesungguhan SPRM dalam membuat tindakan tetapi kita perlu melihat terlebih dahulu kepada inisiatif-inisiatif yang telah diambil kerajaan bagi menilai komitmen SPRM.

Malaysia telah menandatangai konvensyen UNCAC oleh PBB tentang menangani rasuah dan ini menunjukkan SPRM telah bersetuju bahawa usaha Malaysia dalam memerangi rasuah selaras dengan tahap antarabangsa.

Salah satu artikel penting yang dinyatakan dalam konvensyen tersebut ialah Artikel 36 iaitu mengenai kepentingan kerajaan menubuhkan suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas. Sebenarnya tidak banyak negara di dunia ini yang mempunyai badan pencegahan rasuah
walaupun di Amerika Syarikat, Kanada mahupun di United Kingdom.

Walaupun  ada di antara negara-negara yang ada, namun modelnya tidak selengkap yang dikehendaki PBB. Apabila PBB membuat pemeriksaan ke atas negara ini, mereka mendapati kita mempunyai amalan terbaik, yang membolehkan Malaysia menjadi salah satu negara

contoh dalam menangani rasuah.

Salah satu perkara terbabit ialah kewujudan Panel Penilaian Operasi iaitu sebuah daripada lima badan bebas yang memantau operasi SPRM. Panel ini akan memastikan SPRM membuat kerja siasatan tanpa rasa gentar dan berat sebelah. Malah SPRM perlu membentangkan kepada panel ini sekiranya ada kes yang tidak mahu dituduh. Ahli panel ini terdiri daripada golongan profesional yang dilantik berdasarkan kepakaran mereka. Ini membuatkan PBB rasa kagum. Selain itu, PBB juga memuji langkah Malaysia yang mewujudkan mahkamah khas tentang rasuah.

Secara keseluruhannya, sebanyak 23 perkara yang disenaraikan sebagai amalan terbaik yang boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain. Pendek kata, kalau kita lihat dasar kerajaan pada hari ini serta lima tahun kebelakangan ini, kerajaan sebenarnya tidak berhenti memerangi rasuah dan satu demi satu sudah berjaya dilaksanakan.

PERSEPSI RAKYAT

Dalam memperbaiki persepsi rakyat terhadap integriti kerajaan dalam soal rasuah, satu perubahan yang sangat besar dalam sejarah SPRM sejak ditubuhkan ialah meletakkan SPRM sebagai entiti bebas dan telus. Hanya di SPRM mempunyai lima panel bebas yang memantau
perjalanan SPRM dengan 47 anggota yang terdiri daripada orang awam dan masyarakt terlibat kerja-kerja SPRM.

Ini adalah perkara yang sangat unik dalam negara. Di samping itu juga, kerajaan sedang mengkaji untuk mengadakan peruntukan liabiliti korporat (dalam Akta SPRM) iaitu peruntukan yang membolehkan tindakan diambil ke atas syarikat dan bukan pada individu (ejen atau pekerja) sahaja. Jika kerajaan bersetuju ini merupakan contoh untuk memperkasakan SPRM.

Fokus pada tahun ini SPRM berpegang pada prinsip merakyatkan SPRM. Apa yang dimaksudkan ialah kita pergi jauh lagi ke bawah. Kita mengenal pasti pihak-pihak yang mewakili rakyat dan meningkat interaksi dengan mereka. SPRM telah berusaha perbanyakkan aktiviti bersama  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, belia, pelajar, dan semua stakeholder yang perlu didekati.

SPRM juga mendekati ahli politik tanpa mengira ideologi. Ini kerana mereka berpandangan musuh sebenar ialah rasuah, seiapa membenci rasuah merupakan sahabat, sesiapa yang memberi rasuah pula ialah musuh. Jika berpegang pada prinsip tersebut.

Di samping itu, SPRM menyemak isu-isu yang dekat dengan rakyat, menyelami masalah rakyat yang menyebabkan rakyat susah mendapatkan perkhidmatan tertentu. SPRM akan mengenal pasti dan beri fokus berkaitan hal ini.
 

Samada segala inisiatif SPRM berkesan atau tidak setelah pelbagai perkara dilakukan, masyarakat perlu memahami kerja SPRM dan tidak membuat andaian-andaian tidak berasas.

Monday, February 24, 2014

NANO-TAGGING WAS NEVER A TOTAL FAILURE TO CURB DIESEL SMUGGLING



The government’s subsidy bill for year 2013 is estimated of RM23 billion and almost half of this is spent on diesel subsidy. Out of half, government introduced Diesel and Petrol Subsidy Scheme to help cover fishing operation costs and the scheme is operated by the Fisheries Development Authority. Its the government commitment to improve our fishermen living standard and their socio-economic status.

Yes, in theory there shouldn’t be a shortage of diesel for land-based transport and our fishermen but in real-life, a portion of the subsidised land transport diesel is being smuggled to factories and high demand from other nations.

However, this economic cushion has been opportune for abuse by masterminds who smuggle these subsidised goods to foreign destinations with the primary objective of raking large profits.

The best solution to all cases of smuggling is simply to let the open market set the price, i.e use the open market price so that there is no smuggling to Thailand, nor to domestic factories simply because there is no price difference.

However, during recent times, it was found by AG Task Force that a serious leakage in the supply of subsidised diesel had caused the Government to bear huge losses annually. This phenomenon indirectly resulted in the failure of Government’s efforts and goals for a particular group.

The next best solution is to give powerful tools to the enforcement team lead by AG Taskforce. When they had nano-tagging of subsidised diesel, factories were caught every day because the smuggled diesel was easily identifiable. Smuggling dropped off and there were no shortages.

This is really possible! Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry has been using nanotechnology in order to confiscate illegally used subsidised diesel. The ministry is using the NanoTag programme under which the subsidised diesel is tagged with nanoparticles at distribution depots of all fuel companies before the distribution process begins. Nanotechnology is being used by the ministry for detection of subsidised diesel and this had helped them in bringing down the fuel misuse cases by half and hence reduce smuggling of the fuel. With the aid of the nanotechnology, the team has been able to catch 342,400 liters of subsidised fuel. Nanotechnology has surely proved efficient in bring down illegal activities which otherwise would have been hard to detect.

In year 2009, AG Task Force together with MACC and MDTCC had succeeded in an operation codenamed ‘Ops Nano’. They arrested 36 individuals and seized 458,000 litres of diesel worth more than half a million Ringgit. These offenders are locals and working as sales operators in diesel industry, jetty operators, middlemen and tanker drivers.

As reported in MACC's annual reports and information and complaints received by AG Task Force, it was found that some individuals were involved in the Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism (MDTCC) to refrain from actions being taken against them. Meanwhile, the Regional Fishermen’s Association (PNK) is said to be the mastermind behind the malpractices involving subsidised diesel worth millions of Ringgit. It was also reported that jetty operators, boat owners, illegal fuel tank owners and individuals.

The leakage of diesel was first traced back from the Government Depot that sells fuel supply to PNK, factory, border area and storage tank. Starting from a PNK agent, the supply will be sold to a storage tank operator and to the fisherman who in return will vend to a tanker dealer, foreign based fisherman, factory or at times transported to the border.

Interesting enough, this nano-tagging of subsidised diesel was stopped on the grounds of cost. The result is a sharp increase in fuel smuggling and the month-end shortage of subsidised diesel for land transport operators. Our enforcement officers are seen to be toothless tiger when such effective mechanism to curb subsidised diesel leveraged by these culprits is put to a stop.

Obviously then, the cessation of nano-tagging of subsidised fuel has to be reconsidered.

It is told that reconsidering to this mechanism had been long overdue dragged in discussions for several years. Was the delay on purpose to ensure certain quarters continously reap profit?

Who should we help? The smugglers and culprits or the nation?

Sunday, February 23, 2014

SPAD TETAP BERSIKAP POSITIF WALAUPUN DITUDUH PIHAK LAIN...

BUKANKAH INI LAPORAN MIROS?


Pihak SPAD bertanggungjawab menjawab tuduhan Menteri Pengangkutan ke atas tragedi kemalangan Genting Highland yang pernah ditulis DI SINI. Berikut adalah ringkasan daripada Kenyataan Akhbar dari pihak SPAD;

1. Perhatian terhadap syor Kementerian Pengangkutan samada melibatkan proses atau  
    prosedur.

2. Punca utama kemalangan dikenalpasti iaitu kecuaian pemandu dan kelajuan tinggi.

3. Antara langkah pencegahan drastik yang ditekankan pihak SPAD terhadap pengusaha  
    bas; 
   a. Pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP Keselamatan) yang telah diwartakan  
       pada 20 Ogos 2013 
   b. Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di kawasan       
       tanah  tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013.
   c. Segala perkara yang termaktub dalam perkeliling dijadikan syarat pelesenan.

4. Siasatan dalaman - SPAD bertindak menggantung lesen pengendali Genting Highlands 
    Transport Sdn.Bhd pada 25 November 2013.

5. Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang dikeluarkan SPAD berdasarkan maklumat syarikat, 
    kelulusan JPJ dan pemeriksaan PUSPAKOM.

6. Penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara perlu mengkaji fungsi dan 
   tanggungjawab agensi-agensi berkenaan pengangkutan awam darat agar tidak bertindih.

7. SPAD mencadangkan supaya penstukturan semula agensi-agensi yang berkaitan dengan 
    lanskap keselamatan jalanraya di Malaysia.
KENYATAAN AKHBAR- SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

SPAD AKAN MENELITI LAPORAN AUDIT KEJADIAN KEMALANGAN BAS HENTI-HENTI DI KM35 JALAN GENTING HIGHLAND

KUALA LUMPUR: 20 Februari 2014- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) telah meneliti dan mengambil maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang melibatkan proses atau prosedur.

Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, S.P.A.D juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain. S.P.A.D sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam darat.

Punca utama kemalangan pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan kelajuan yang tinggi. “Human Factor” adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Sehubungan ini, S.P.A.D telah mengambil langkah pencegahan drastik. 

Antaranya: 
Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP Keselamatan) yang diwartakan pada 20 Ogos 2013 menyeru semua operator memberi penekanan khusus kepada segala aspek keselamatan, penyelenggaraan dan mengawal selia pemandu. 

Selain itu, Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di kawasan tanah tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013 memberi penekanan khusus kepada pengurusan pemandu, pematuhan U.N.E.C.E Rule 66 / ADR (super structure), Rule 80 pemasangan tali pinggang keledar bagi semua kerusi didalam bas, pemasangan GPS dan pemasangan sistem keselamatan brek seperti “engine retarder” diwajibkan. 

Semua pengendali bas ekspress dan henti-henti diwajibkan untuk mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perkeliling tersebut yang mana turut dijadikan syarat pelesenan. Ini merupakan langkah kawalan tambahan dan telah dijadikan syarat pelesenan yang telah dikuatkuasakan oleh S.P.A.D dengan matlamat menangani kelemahan-kelemahan aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali yang boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Pada masa yang sama, S.P.A.D telah menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan ini. Setelah meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut, S.P.A.D telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd pada 25 November 2013.

SPAD sentiasa mengemaskinikan segala proses dan prosedur berkaitan Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang dikeluarkan berdasarkan maklumat syarikat atau individu, dan Permit Kenderaan yang mana hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan JPJ dari segi spesifikasi teknikal kenderaan dan surat kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM. Spesifikasi teknikal ini merujuk kepada aspek kerangka kenderaan perdangangan/bas, jumlah penumpang berdiri dan duduk, kesesuaian kenderaan tersebut dilaluan yang diluluskan dan lain-lain perkara yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

S.P.A.D sentiasa menyambut baik segala cadangan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara, termasuk cadangan untuk mewujudkan  Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara. Walaubagaimanapun, kajian menyeluruh harus dijalankan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawap antara agensi. Selain itu, SPAD juga ingin mencadangkan supaya penstukturan semula agensi-agensi yang berkaitan dengan lanskap keselamatan jalanraya di Malaysia dilaksanakan bagi memastikan transformasi keseluruhan industri ini dapat dijalankan.
Seandainya pihak Hishamuddin tidak berpuas hati dengan laporan SPAD, ini menunjukkan beliau juga tidak berpuas hati dengan laporan MIROS, JPJ, PDRM dan JKR kerana mereka ditugaskan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menyiasat punca kemalangan.

Kepada Hishamuddin dan lembaga bebasnya... mohon umum kepada rakyat, sebenarnya apa punca kemalangan tragedi bas Genting Highlands mengikut Kementerian Pengangkutan?

Saturday, February 22, 2014

YES!!! ... ANWAR DITENTANG CALON WANITA DI #PRKKajang

Kini terjawab samada BN akan meletakkan calon atau pun tidak menentang Anwar di PRK Kajang pada 23 Mac ini. Dengan nada bersemangat Tan Sri Muhyiddin selepas mengumumkan calonnya, beliau berkata;

“Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding),”

“Secara peribadi (tradisi) kawasan itu adalah kawasan MCA, ada yang berpandangan dengan kepimpinan baharu MCA, kemungkinan kita nak bagi peluang, nak menguji penerimaan pengundi disitu tentang kepimpinan baharu MCA,”

Inilah calonnya... Seorang wanita dari MCA!



Sejurus sahaja nama calon diumumkan, seorang rakan dari group whatsapp beri komen;
"Calon wanita nampak sikit keikhlasan untuk berkhidmat untuk rakyat kajang. Aku setuju BN letak kaum wanita. Lebih2 lagi kaum ibu nie... Sokong Tetap Sokong!!!"

dan seorang lagi komen;
"Berkhidmat utk rakyat (BN) vs Berkhidmat utk jawatan (PKR) "

Setakat ini maklumbalas adalah positif. Saya juga berpandangan calon wanita yang dipilih adalah sangat tepat sungguhpun ia datang dari parti komponen BN iaitu MCA. Apa pula kata calonnya...
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi BN Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak, serta Presiden MCA YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk mewakili BN sebagai calon pilihanraya kecil Kajang ini.

Saya sedar bahawa, piliharaya kecil kali ini merupakan satu cabaran yang amat besar kepada saya kerana saya terpaksa berdepan dengan seorang pemimipin yang dilabelkan oleh partinya sebagai “bertaraf dunia.” Kita sedar bahawa piliharaya kecil ini yang diadakan secara sengaja oleh Parti Keadilan Rakyat bagi menyelesaikan masalah dalaman parti mereka dan untuk membolehkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar. Mereka telah  mempersendakan dan memanipulasikan sistem demokrasi dalam tangan mereka sendiri.

Bagi menegakkan dan menghormati semangat demokrasi, dan mempertahankan prinsip demokrasi serta hak rakyat, maka saya rasa terpanggil untuk memikul amanah dan menggalas tanggungjawab di pilihanraya kecil Kajang ini. Kami tetap akan berdepan cabaran kali ini, supaya memberi peluang kepada rakyat untuk mempertahankan semangat demokrasi kita. Kita tidak mahu melihat mana-mana pihak yang berniat untuk memanipulasikan prinsip demokrasi kita secara sewenang-wenangnya.

Seperti yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat, perkembangan budaya politik yang lebih sihat dalam sistem dua-parti, pilihanraya kecil ini merupakan satu peluang bagi pengundi-pengundi Kajang untuk memilih seorang ADUN pembangkang MCA ke dalam Dewan Undangan Negeri, supaya parti pembangkang Selangor, iaitu BN, dapat menyatu-padukan kekuatan dan kita dapat mendengar suara segenap lapisan masyarakat di dalam Dewan Undangan Negeri.

Dengan itu, saya memohon restu dan sokongan daripada pengundi-pengundi Kajang supaya saya dapat dipilih sebagai ADUN Kajang, yang mana dapat memperkuatkan lagi parti pembangkang dalam peranan kami sebagai check and balance kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya ditakdirkan kemenangan, ini bukan anugerah kepada semata-matanya Chew Mei Fun sebagai seorang individu yang masuk ke Dewan Undangan Negeri, tetapi  melambangkan Dewan Undangan Negeri dapat menghala ke arah sistem dua-parti yang lebih sihat dan ke arah yang lebih bersesuaian dengan ciri-ciri kepelbagaian negara kita.

Saya dengan penuh rendah hati menyeru kepada semua pengundi Kajang supaya memberi satu peluang kepada saya dan BN, untuk berkhidmat dan bekerja untuk anda semua.

Berdasarakan rekod trek saya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, saya berikrar akan terus menjadi seorang wakil rakyat yang mudah didampingi dan dihubungi oleh rakyat, yang benar-benar membantu rakyat. Ini adalah janji saya kepada pengundi-pengundi Kajang. Jikalau saya menjadi calon pilihan pengundi Kajang, maka saya akan menggalas dan memikul tanggungjawab sendirilah kepada pengundi, dan bukannya pembantu atau setiausaha saya.

Saya menyeru kepada anda semua supaya memberi satu peluang kepada saya, untuk berkerja untuk anda.

Datin Paduka Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional untuk Pulihanraya Kecil Kajang
Naib President MCA

Kepada rakyat Kajang khususnya, selain daripada Datin Paduka Chew May Fun dicalonkan untuk bertanding di PRK Kajang, terdapat 4 personaliti lain yang telah menawarkan diri mereka. Seorang berminat sebagai calon kerana gagal menjadi Perdana Menteri dan kini menggilakan kerusi MB di Selangor. Seorang lagi calon bertanding kerana dendam, yang lagi satu kerana mengetahui luar dan dalam calon yang pertahankan kerusi. Dan yang paling muda kerana ingin beri cabaran.

Jika dilihat niat mereka-mereka ini selain Datin Paduka Chew May Fun, mereka lebih mengutamakan agenda diri sendiri melebihi kepentingan rakhyat. Jika ada pun ia hanya
sekadar "LIP SERVICE".

Berbanding dengan calon BN... "WALK THE TALK" adalah keutamaannya.

SPRM AGEN SURUHAN UMNO... KINI TERJAWAB!

Hanya wakil dari PAS... yang lain?
 
Terdahulu dalam laporan Harakah...

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu, ia susulan jemputan dari SPRM mengenai temujanji yang akan diadakan pada 21 Februari (Jumaat) ini, jam 3 petang di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta di sini.

Jelas beliau, beberapa isu utama akan diketengahkan pada pertemuan tersebut, antaranya membabitkan isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.

"Saya telah menerima surat jemputan dari pihak SPRM mengenai cadangan temujanji dengan Ketua Persuruhjaya SPRM.

"Ini berikutan surat cadangan pertemuaan yang kita hantar kepada SPRM sebelum ini, pada pertemuaan kali ini ada beberapa isu yang kita akan ketengahkan," jelasnya.

Kini, jawapan dari SPRM pula;

Kami siasat setiap maklumat, SPRM respons PAS Terengganu 

KUALA LUMPUR, 21 Februari – Isu pembalakan, perlombongan, pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 dan kes bumbung stadium runtuh merupakan antara isu yang didakwa terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa menjadi topik perbincangan pertemuan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan empat pemimpin PAS Terengganu hari ini.

“Dalam menjalankan siasatan, SPRM akan menyiasat semua maklumat yang diterima mengenai dakwaan berlakunya unsur-unsur rasuah serta salah guna kuasa dan akan mendapatkan keterangan daripada semua saksi,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam menjawab balas isu yang diterangkan oleh wakil PAS Terengganu.

Kata beliau, SPRM tidak sewenang-wenangnya boleh menutup sebarang kes kerana Panel Penilaian Operasi (PPO) akan meneliti status setiap kes yang disiasat.

"Panel bebas ini merupakan mekanisme 'check and balance' terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan atau ditutup," kata beliau pada pertemuan yang diadakan di Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Dato' Sri Mohd Shukri Abdull turut menjelaskan tentang siasatan terperinci yang telah dijalankan oleh SPRM dalam kes bumbung stadium runtuh dengan melibatkan pakar-pakar forensik kejuruteraan dan kewangan termasuk daripada swasta untuk menyemak segala butiran dari perspektif kejuruteraan dan kewangan.

Menjawab isu pembalakan pula, Dato' Sri Shukri berkata, siasatan telah dijalankan dan SPRM akan mengemukakan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Hadir di pertemuan hari ini adalah Adun Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad; YM Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Mulia Dato’ Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad; Adun Bandar, YB Azan Ismail dan Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embang.

Dr Syed menyatakan kesanggupan mereka untuk terus bekerjasama dengan SPRM dalam usaha membanteras kes-kes rasuah dan salah guna kuasa khususnya di Terengganu. 

SPRM turut menyarankan supaya kerjasama sebegini amat penting terutama dalam usaha mencegah rasuah dan meminta ahli-ahli Parlimen untuk menyokong pindaan undang-undang bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dengan lebih efektif.

SPRM mengalu-alukan kerjasama yang diterima daripada wakil PAS Terengganu yang turut bersedia memberi sebarang maklumat lanjut yang diperlukan.

Hadir bersama pada pertemuan petang ini ialah  Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Dato’ Haji Zakaria Jaffar; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato’ Hajah Sutinah Sutan dan Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah SPRM Terengganu.

Majlis pertemuan membabitkan ahli-ahli politik ini merupakan sebahagian daripada pendekatan SPRM mendekati rakyat.

Bahagian Komunikasi Strategik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
21 Februari 2014

 

Seandainya PAS atau PR masih tidak berpuashati dengan jawapan SPRM, wakil Pakatan boleh membantu seperti... DI SINI

Ini terbukti dengan sendirinya bahawa SPRM tidak memilih pangkat, bangsa dan dari parti mana pesalah-pesalah rasuah dan ini juga membuka mata pembangkang bahawa SPRM bukan agen UMNO seperti yang sengaja keluar dari mulut-mulut jahat pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR.

p/s : 
Barisan Pakatan Rakyat Terengganu nampaknya PAS sahaja yang hantar wakil?