Showing posts with label JPM. Show all posts
Showing posts with label JPM. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

PROGRAM 'SUCCESSORS' JPM UNTUK KEMBANGKAN BISNES WARISAN KELUARGA


  
Tunggak kejayaan sesebuah perniagaan adalah kesinambungannya untuk bertahan dalam industri. Selalunya perniagaan yang bertahan lama adalah perniagaan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang berterusan.

Bagi memastikan kejayaan perniagaan yang berterusan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengambil inisiatif menganjurkan satu program yang dinamakan 'Successors' di bawah Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs (SAME) dan majalah bisnes Shang Hai.

Selalunya bisnes warisan ini diturunkan kepada generasi seterusnya samada yang kedua mahupun yang ketiga. Di dalam era yang penuh dengang persaingan, mereka seharusnya bukan sekadar menghidupkan perniagaan tersebut tetapi perlu mengembangkannya ke tahap yang lebih tinggi. Ini semua memerlukan pendekatan yang kreatif dan inovatif yang perlu ada pada generasi kedua dan ketiga.

Menurut kajian Labuan International Business and Financial Centre, 71% daripada peminjam yang mudah untuk mendapat pinjaman bank adalah dari bisnes keluarga kerana rancangan penggantinya, manakala kajian Unit Perisikan Ekonomi Singapura pula mendapati pada tahun 2015, 60% dari syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham di negara-negara ASEAN adalah perniagaan yang dikendalikan keluarga. Indonesia mencatatkan peratus tertinggi dengan 78%, kedua adalah Thailand sebanyak 74%, ketiga pula ialah Malaysia sebanyak 66% dan diikuti dengan Filipina 60% dan Singapura 58%.

Pihak sekretariat SAME memilih majalah bisnes Shang Hai sebagai rakan kerjasama berdasarkan kepada majalah ini telah berada di pasaran sejak 37 tahun dan majalah ini telah berkongsi maklumat SME terutamanya kepada usahawan-usahawan muda. Pihak JPM memandang ia adalah bertepatan dengan sasaran program 'SUCCESSORS' yang inginkan generasi kedua dan ketiga di kalangan orang muda menambah pengetahuan dengan perkongsian pengalaman usahawan-usahawan yang telah berjaya.

Datuk Wee Ka Siong adalah menteri yang diberi tanggungjawab di bawah SAME ini, di mana program 'SUCCESSORS' digunakan sebagai platform untuk mewujudkan satu pelan melalui sesi dialog. SAME dan majalah Shang Hai juga merancang untuk menubuh satu kelab di mana ahlinya juga terdiri daripada pengasas-pengasas syarikat. 

Di samping itu, SAME bercadang mengadakan program inisiatif latihan di mana pewaris perniagaan dari syarikat-syarikat lain bertukar tempat untuk beberapa bulan di mana mereka akan belajar dari satu sama lain.
 

Tuesday, November 11, 2014

JABATAN PERDANA MENTERI... TERBAIK DALAM INDEKS AKAUNTABILITI 2013




Dewan masih bersidang, apakah ahli-ahli parlimen pembangkang akan membawa isu ini ketika berbahas? Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan kerajaan utama jelas telah menunjukkan contoh terbaik di dalam mengurus kewangan kerajaan. Syabas... inilah bentuk kepimpinan melalui tauladan yang perlu rakyat raikan.
   
KUALA LUMPUR, 10 Nov — Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSPS) mengungguli kementerian dan jabatan terbaik menguruskan kewangan dalam Indeks Akauntabiliti 2013.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, JPM mencatat markah keseluruhan 98.6 peratus sementara PSPS memperoleh markah 98.8 peratus, kedua-duanya berada di tahap sangat baik.

Kementerian yang menunjukkan prestasi baik namun berada di kedudukan paling bawah ialah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan mencatat markah 87.2 peratus sementara Institut Sosial Malaysia merupakan jabatan di kedudukan terendah dengan markah 74.7 peratus.

“Sebanyak 23 kementerian mencapai tahap sangat baik bagi 2013 berbanding hanya 10 kementerian pada tahun 2009, manakala 21 dari 45 jabatan berada di tahap sangat baik pada 2013 iaitu 46.7 peratus,” menurut laporan itu.

Penarafan bagi kementerian dan jabatan persekutuan diberikan berdasarkan pengauditan terhadap pengurusan kewangan mengikut enam kawalan iaitu kawalan pengurusan; kawalan bajet; kawalan terimaan; kawalan perbelanjaan; pengurusan akaun amanah/kumpulan wang amanah dan deposit serta pengurusan aset dan stor.

Sementara itu, pemeriksaan audit mengejut di 129 pejabat badan berkanun persekutuan di negeri dan daerah mendapati hanya 25 pejabat atau 19.4 peratus mematuhi kesemua peraturan dan prosedur utama ditetapkan manakala baki 104 pejabat atau 80.6 peratus lagi tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 mendedahkan sejumlah 31 pejabat tidak menguruskan wang kutipan secara teratur; 40 pejabat tidak mengeluarkan resit rasmi secara bersiri; empat pejabat tidak menyelenggara daftar mel dan 30 pejabat tidak menguruskan panjar wang runcit dengan baik.

Sebanyak 15 pejabat pula tidak menyediakan surat perwakilan kuasa secara bertulis; 21 pejabat tidak merekod stok setem fizikal; 53 pejabat tidak menggunakan peti besi atau bilik kebal untuk menyimpan wang kutipan dan barang rasmi; 64 pejabat tidak diperiksa secara mengejut oleh ketua jabatan; dan lapan pejabat tidak mempamerkan notis pemberitahuan.

— BERNAMA