Showing posts with label EGM. Show all posts
Showing posts with label EGM. Show all posts

Saturday, March 04, 2017

APAKAH MCA LEBIH DEMOKRATIK DARI DAP?


Sesungguhnya MCA kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong ingin lebih ramai ahli akar umbinya diwakili di dalam perwakilan pusatnya dan dengan itu, sekali lagi perubahan kepada Perlembagaan parti akan dibuat di dalam EGM mereka. Transformasi parti benar-benar direalisasikan agar parti ini lebih demokratik dan dilihat sebagai parti yang mampu mewakili masyarakat Cina dan juga rakyat.

Pindaan yang dicadangkan oleh jawatankuasa pusat, di antara yang utama adalah semua Ketua-Ketua Pemuda dan Wanita di peringkat bahagian adalah perwakilan pusat secara automatik. Di antara lain yang dicadangakan adalah 'sekolah politik' parti itu diserapkan ke dalam perlembagaan mereka.

Artikel 46 dahulunya hanya menyatakan yang Presien, Timbalan Presiden, satu atau lebih Naib Presiden dan pindaan yang ingin dibuat MCA di dalam EGM yang akan datang adalah merubahkan perkataan-perkataan dari 'satu atau lebih Naib Presiden' kepada 'SEMUA Naib Presiden' untuk berada di dalam Majlis Presiden.

Pindaan perlembagaan terakhir pada pada bulan Disember 2016 di dalam perhimpunan agungnya, secara sebulat suara telah mengundi untuk pindaan perlembagaan ini agar dapat mengembangkan asas pilihan raya untuk pemilihan parti.

Selain dari itu, termasuklah  semakan kepada Artikel 67.7 dan 94.7 di mana setiap ahli Wanita MCA yang dipilih di peringkat Bahagian dan Cawangan terbuka kepada ahli yang tidak melebihi 40 tahun untuk membolehkan penyertaan yang lebih muda di kalangan ahlinya.

Kesemua pindaan perlembagaan parti ini bukan saja ingin melihatkan perubahan malahan mampu menterjemahkan yang MCA adalah sebuah parti politik yang lebih demokratik di mana suara dan penyertaan ahli-ahlinya di akar umbi lebih luas terbuka dan benar-benar mampu mewakili masyarakat dan juga rakyat.

Dengan langkah yang juga memberi kuasa kepada ahli-ahlinya, maka MCA kini telah berani membenarkan kuasa Presidennya dilebarkan kepada sokongan ahli-ahli akar umbi di dalam ertikata yang sebenar. Di dalam konteks ini, Perlembagaan MCA dahulu memberi kuasa mutlak kepada Presidennya untuk mengambil tindakan kepada ahli-ahli tetapi kini kuasa Presiden diwakili oleh penyertaan wakil-wakil akar umbi juga.

Sekolah Pengajian Politik MCA di mana dicadangkan penambahan Artikel 178 untuk dikekalkan dalam parti. "School of Political Studies (SPS)" MCA menyediakan latihan untuk ahli-ahi dan sebelum ini ia sekadar diadakan untuk tujuan tertentu. Apabila penambahan artikel ini diluluskan, SPS kekal sebagai sebahagian dari Perlembagaan parti.

Jika diteliti perubahan yang dibawa MCA ini, ia sangat berbeza dengan apa yang sebenar berlaku di dalam DAP yang mengamalkan sikap diktator, kuasa mutlak pemimpin tertinggi dan paling tidak demokratik ialah arahan menutup mulut dari ketua mereka, berlainan daripada apa yang mereka gelar diri mereka sebagai sebuah parti yang amalkan demokrasi.

Langkah yang diambil Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong bukan saja berani malahan dapat memenuhi aspirasi kesemua ahli-ahlinya dan inilah kekuatan yang ingin dilihat di dalam tema perjuangan MCA hari ini - STRONGER TOGETHER

Thursday, October 27, 2016

PEMILIHAN MCA BAKAL DILIHAT LEBIH INKLUSIF DENGAN LEBIH RAMAI YANG AKAN MENGUNDI


Kesungguhan MCA di dalam membuat transformasi politiknya, parti komponen BN ini akan menjadikan isu sistem pemilihan parti yang lebih inklusif sebagai agenda utama di perhimpunan agung tahunan mereka pada bulan depan. Ini telah ditegaskan Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika merasmikan Perhimpunan Pemuda MCA Selangor.

Ini bermakna sistem pemilihan parti akan diperluaskan daripada hanya bergantung kepada 2,400 perwakilan pusat dan kini kira-kira 40,000 ahli di peringkat bahagian akan turut mengundi nanti.

Hanya apabila parti telah menunjukkan kepada ahli-ahlinya dan masyarakat amnya yang MCA tekad untuk berubah dan terus bersatu, maka kemenangan akan berpihak semula kepada mereka.

Langkah ini akan memerlukan pindaan perlembagaan parti, yang hanya boleh dilakukan semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan dipersetujui oleh majoriti perwakilan pusat yang berkemungkinan diadakan semasa perhimpunan agung pada 12 dan 13 Nov nanti.

Datuk Liow juga secara peribadi menyokong cadangan yang dibawa Pemuda MCA agar menerima ahli bersekutu bukan bangsa Cina di mana usul ini pula akan dibentangkan pada EGM lain. Walaupun MCA adalah parti berasaskan masyarakat, beliau berkata parti itu memperjuangkan sebuah negara Malaysia dan perlindungan kebajikan pelbagai kaum majmuk.

Keahlian bersekutu ini juga merangkumi badan-badan yang terdiri daripada kaum-kaum persekutukan lain di mana pada masa ini, di dalam perlembagaan MCA yang sediada hanya wujud untuk organisasi sekutu seperti Kelab MCA, tetapi tidak mempunyai peruntukan untuk keahlian sekutu.

Matlamat MCA bukan sekadar untuk mendapat sokongan dari bukan bangsa cina malahan dari semua rakyat Malaysia di mana perjuangan parti ini tidak saja tertumpu kepada bangsa cina saja. Ketika memperjuangkan nasib rakyat, kepimpinan parti MCA akan melihat setiap isu dari perspektif yang berbilang kaum agar perpaduan negara dapat tercapai dan sikap saling hormat menghormati satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.