Sunday, July 26, 2015

DATUK LIOW : ZELC TELAH NYATAKAN BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN TREN ELEKTRIK BEROPERASI DALAM KEADAAN SELAMAT


Setelah perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) KL-Padang Besar dilancarkan pada 10 Julai lepas oleh Menteri Pengangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai, beberapa isu telah dimainkan di media di mana kekeliruan telah timbul di antara pihak KTMB dan SPAD.

Namun kekeliruan ini telah pun mendapat penyelesaiannya apabila Datuk Liow telah mengumumkan bahawa kereta api baru yang sepatutnya beroperasi masih diuji dan belum lagi digunakan.

Dua set kereta api baru yang dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) dari China masih lagi belum mendapat kelulusan SPAD tetapi oleh kerana permintaan yang menggalakkan untuk mencuba perkhidmatan ETS ini, maka KTMB masih menggunakan kereta apai yang sedia ada.

Pihak SPAD telah pun memaklumkan bahawa kelewatan kelulusan 2 gerabak keretapi dari negara China itu masih dinilai ciri-ciri keselamatan dan sedang bekerjasama dengan pasukan teknikal KTMB. Oleh itu tidak timbul masalah tetapi memerlukan sedikit pelarasan kepada sistem keselamatan perlindungan automatik kereta api.

Walaubagaimanapun, pihak ZELC di dalam kenyataan medianya telah memberi jaminan ke atas penghantaran kedua-dua gerabak ETS tersebut di dalam keadaan selamat dan mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Pihak ZELC juga memahami bahawa kelulusan perlu diperolehi sebelum beroperasi dan perlu mematuhi beberapa ujian yang telah ditetapkan.

Proses yang sedang dijalankan melibatkan keserasian tainset dengan landasan kereta api yang telah dibina termasuk isyarat, pengurusan dan krew kereta api. Keselamatan penumpang juga akan dipatuhi dan pihak ZELC akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Setelah melalui beberapa ujian, ZELC mendapati masalah yang timbul bukan dari trainset tetapi berpunca dari kerosakan 'balise' iaitu alat isyarat balas yang telah dipasang.

ZELC bersama-sama pembekal ATP dan pelanggannya, KTMB sedang menjalani beberapa siri ujian saintifik dan lasak bagi memastikan kedua-dua trainset ETS ini dibekalkan di dalam keadaan serta pekhidmatan yang selamat.

Berikut adalah kenyataan media dari pihak ZELC;


No comments: