Saturday, August 09, 2014

ANWAR BUAT LAWAK LAGI... @Khalid_Ibrahim SEPERTI KELUARGANYA?




Semua rakyat Malaysia perlu tanya Anwar soalan ini selepas menonton komen Mursyidul Am TIBAI.

Siapa yang gerakkan 'Kajang Move' dan apa tujuan sebenarnya jika bukan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim?

Siapa yang mencalonkan isterinya untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim?

Siapa yang arahkan Rafizi mengadakan roadshow untuk mendedahkan kesalahan Khalid Ibrahim? Ada slide show lagi!

Siapa arah semua wakil rakyat PKR Selangor bersumpah memberikan sokongan kepada isterinya sebagai MB Selangor?

Jika ada yang mempercayai Anwar tidak pernah mengeluarkan kata-kata untuk tindakan di atas, samada orang itu belum lagi mengenali apa itu Anwar Ibrahim atau orang itu terpaksa melindungi Anwar demi nasib masadepan politiknya.

Apakah Anwar sebagai ketua umum tidak tahu apa yang sedang dilakukan anak buahnya? Apakah sebagai Ketua Umum, dia hanya diperlukan untuk waktu-waktu dan majlis tertentu sahaja?

Ingatlah, Anwar telah mencalonkan isterinya dan apa saja yang berkaitan dengan Khalid Ibrahim dalam masa terdekat ini, pasti orang yang bercita-cita meletakkan isterinya terkait.

Semoga nasib rakyat Selangor bila keluar dari mulut buaya, jangan pula terperangkap ke mulut naga yang bernama Anwar Ibrahim!


No comments: