Wednesday, August 27, 2014

SPAD MEWAJIBKAN LAPOR KEJADIAN KEMALANGAN DALAM TEMPOH 2 JAM ATAU HADAPAI TINDAKAN


Setiap kali berlaku kemalangan jalanraya yang melibatkan ramai mangsa, yang pasti terlibat adalah bas ekspres ataupun bas persiaran. Dan yang pasti juga pihak SPAD akan dipertanggungjawabkan ke atas kemalangan ini kerana ia melibatkan pengangkutan awam darat.

Dari semasa ke semasa, SPAD sentiasa menambahbaik dan meningkatkan penguatkuasaannya seperti mewajibkan semua pengendali bas ekspres dan bas persiaran untuk mempamerkan nombor talian aduan masing-masing di dalam dan luar bas sejak 15 Julai lepas.

Terdahulu, SPAD telah mengarahkan pemasangan GPS dalam setiap bas, pematuhan Kod Amalan SPAD ICOP-Keselamatan dan mengadakan bilik kawalan operasi bagi merekod serta memantau kelajuan perjalanan bas. Kesemua itu termaktub sebagai salah satu syarat lesen pengendali bas.

Kini, SPAD mengambil satu lagi langkah bagi menangani isu kejadian kemalangan jalanraya yang melibatkan bas ekspres dan bas persiaran dengan lebih pantas dan cekap.

Pada 30 Jun 2014, SPAD telah mengeluarkan arahan di dalam Pekeliling Bil. 6 Tahun 2014, khusus untuk semua pengendali bas termasuk pengendali bas pelancung untuk melaporkan kepada pihak SPAD jika terlibat di dalam kejadian kemalangan.

Mereka hendaklah membuat laporan di talian aduan SPAD dalam tempuh 2 jam. Maklumat yang perlu dinyatakan adalah nama pengendali bas, nama pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, laluan, tarikh, masa dan lokasi kejadian semasa membuat laporan.

Persoalannya, apakah ini menyusahkan apabila laporan dikehendaki dalam tempuh 2 jam?

Jika dibaca dan diteliti pekeliling di bawah, laporan hanya perlu dibuat di talian aduan melalui panggilan telefon dan tidak perlu hadir membuat aduan di pejabat SPAD. Maka itulah sebabnya, SPAD mewajibkan semua bas ekspres dan bas persiaran mempamerkan nombor talian aduan di dalam dan luar bas. SPAD juga mewajibkan nombor talian aduan dicetak  di atas tiket perjalanan penumpang.

Tidak timbul soal menyusahkan kerana semua maklumat dan kemudahan yang diperlukan ada di sekeliling bas-bas tersebut. Pihak PDRM juga telah memudahkan kita apabila laporan secara dalam talian akan mula dilaksanakan mulai hujung September ini.

Ketegasan SPAD dalam mengendali isu kemalangan yang melibatkan bas, perlu dipatuhi dan jika gagal mematuhinya, mereka akan didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Inilah tanggungjawab pihak syarikat pengendali seandainya kemalangan berlaku dan seandainya syarikat pengendali ini leka atau cuba mengelak, maka berkemungkinan mereka akan gagal memperbaharui lesen pengendali bas yang akan datang.

Segalanya diterangkan seperti berikut ;

Pekeliling Bil. 6 Tahun 2014
 


No comments: