Sunday, April 30, 2017

PERLINDUNGAN INSURANS: KEPADA UBER DAN GRABCAR, SILA DAFTAR DAHULU DENGAN SPAD




Selepas pihak SPAD umumkan klasifikasi semula lesen teksi beberapa hari lalu di mana perkhidmatan kereta sewa yang popular di masa kini seperti Uber dan Grabcar boleh mendapatkan lesen untuk beroperasi, dalam program mitigasi industri teksinya, pihak kerajaan telah meluluskan skim insuran iaitu Skim Bencana Pekerjaan.

Skim perlindungan insurans ini mampu dimanfaatkan oleh 100,000 pemandu teksi, Uber dan GrabCar yang bekerja sendiri tetapi untuk mereka layak menyertainya, syarat utama adalah mereka perlu berdaftar dengan Suruhahjaya Pengangkutan Darat atau SPAD.

Skim Bencana Pekerjaan ini berkuat kuasa pada 1 Jun ini diwujudkan selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diluluskan oleh Dewan Negara.

Sekali gus melenyapkan dakwaan dan tuduhan yang kerajaan mahupun SPAD cuba memberi keutamaan kepada syarikat Uber dan GrabCar dan pemandu teksi pula dianiaya apabila dibebankan dengan permit dan insurans. Skim insuran ini juga bukan kelulusan automatik untuk mana-mana pihak yang terlibat di mana pendafataran dengan SPAD dijadikan syarat utama oleh pihak kerajaan.

Pelancaran Skim Bencana Pekerjaan ini juga membuktikan yang pihak kerajaan mendengar segala keluhan di peringkat pemandu, syarikat operator dan juga rakyat yang menjadi pelanggan utama mereka. Justeru, kerajaan bukan sekadar mendengar malahan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian agar semua pihak tidak tertindas malahan dimanfaatkan pula.

Inilah salah satu cara agar pemandu-pemandu kereta sewa dihalalkan di negara dan penumpang tidak berasa ragu akan keselamatan mereka. Bagi pemandu teksi pula, mereka juga tidak lagi perlu ragu dan rasa tertindas dan terkesan dengan wujudnya perkhidmatan kereta sewa kerana kedua-dua perkhidmatan ini mampu diperbaiki dan diperbaiki.

Oleh yang demikian, tidak wujud langsung sebarang tuduhan liar dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang SPAD melindungi Uber dan GrabCar apabila mereka juga perlu berdaftar dengan SPAD dan telah dikategorikan di bawah program klasifikasi semula lesen.

Saturday, April 29, 2017

KEPIMPINAN PM NAJIB RAZAK DI MATA BN DAN UMNO


Adakalanya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO dan juga parti komponen BN ditanya, mengapa terlalu yakinkan kepimpinan PM Najib Razak sehingga mereka sukar untuk dipengaruhi pembangkang dan terkini, kempen anti-Najib yang digerakkan Tun Mahathir dan Lim Kit Siang. Apakah benar mereka telah dibayar atau memakan dedak seperti yang sering dituduh atau apa sebenarnya?

Memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO, yang berkongsi pandangan tentang Presiden UMNO ini, beliau telah memulakan dengan ayat pertamannya iaitu ... "kini segalanya telah membuahkan hasil dan rakyat sedang menikmatinya kerana pendekatan Perdana Menteri DS Najib yang sabar, fokus serta pengurusan hal ehwal negara secara berhemah dan bijaksana".

Akhirnya, segala percubaan pembangkang untuk mengguna strategi fitnah, kempen membenci dan menakut-nakutkan rakyat dengan cerita rekaan mereka, bukan saja gagal malahan rakyat semakin meraguinya dan terus menolak.

Jika masih ada yang meragui keadaan ekonomi negara semakin mantap, lihat sahaja pengkitirafan dunia kepada pentadbiran PM Najib yang diletakkan sebagai "THE BEST PERFORMING ASIAN CURRENCY" sejak awal tahun kerana berjaya mengukuhkan matawang negara melebihi 3%. Pelan Transformasi Ekonomi negara bukan saja telah menunjukkan kesan positif malahan kini membuahkan hasil yang lumayan.

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa bukan sekadar memuji bosnya tetapi ini satu realiti apabila PM Najib yang fokus dan istiqamah dengan pelakasanaan GST dalam usaha mentransformasi sistem percukaian negara serta memperluaskan asas pendapatan negara. Malaysia diletakkan sebagai negara pada kategori dan rating/penarafan yang sangat baik dan berterusan mengekalkan di tahap pusat dagang dan pelaburan yang sihat di dalam perdagangan antarabangsa.

Di samping itu, kenyataan Tan Sri Annuar telah disahkan oleh Jack Ma, boss e-commerce AliBaba, yang memuji negara sebagi paling mesra untuk di dunia telah bersetuju menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau ekonomi digital dan sekali gus menerima perlawaan PM Najib untuk dilantik sebagai penasihat di dalam ekonomi digital kepada kerajaan.

Di dalam mengharungi segala pembohongan, tuduhan palsu dan pelbagai cerita rekaan tentang 1MDB yang dikaitkan dengan PM Najib, Tan Sri Annuar melihat sikap PM kita yang sangat sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan ini. Walaupun dinyatakan PAC yang 1MDB sebagai 'business model' yang salah tetapi ia telah diperbaiki dengan penuh bertanggungjawab apabila PM Najib sendiri mengusulkan satu pelan rasionalisasi sehingga segala hutang diselesaikan tanpa membebankan pihak kerajaan.

Terbaru, penyelesaian IPIC-1MDB adalah kejayaan terbesar untuk memulihkan bukan saja imej syarikat kerajaan ini, ia juga termasuk maruah PM Najib. Lebih dari itu, kejayaan 1MDB ini telah bertukar menjadi mimpi ngeri pembangkang yang sangat berhasrat menjadikannya satu 'Polong Politik' untuk menakut-nakutkan rakyat. Sebaliknya, pada masa akan datang, 1MDB bakal muncul sebagai satu entititi pelaburan strategik yg berjaya.

PM Najib bukan saja seorang yang fokus dalam menyelesaikan krisis tetapi beliau juga dilihat Tan Sri Annuar sebagai seorang yang tenang dan berdiplomasi dalam perhubungan antarabangsa. Hubungan negara dengan Amerika, China, EEU, Arab Saudi dan India, terus kukuh di bawah "NAJIBLOMATIC" yang cukup  dihormati.

UMNO telah pun melepasi konflik yang dicetuskan team Dr Mahathir dan Tan Sri Annuar melihat ia diselesaikan dengan kebijaksanaan Presidennya yang menekankan sikap wasatiyyahnya. Ia bukan saja berkesan kepada UMNO malahan parti-parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman ugama serta budaya, kepimpinan PM Najib Razak semakin diyakini.

Ringkasnya, bagi Tan Sri Annuar, kepimpinan PM Najib Razak yang istiqamah, berwasatiyyah serta keupayaannya mengerahkan segala pengalaman yang begitu lama di timba dibawah pimpinan terdahulu kini umpama SEGELAS PENAWAR DAN SEBIJI GELIGA bagi pelbagai masaalah negara. 

Oleh itu, rakyat berhak mendapat yang terbaik dan seorang pemimpin negara yang terbaik dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat juga.
 

Friday, April 28, 2017

MCA DESAK KERAJAAN DEDAHKAN PENIPUAN 'JJPTR' YANG BERPANGKALAN DI PULAU PINANG


Setelah satu pendedahan mengenai satu 'permainan wang' atau 'money game' yang dikenali sebagai  ‘JJ Poor to Rich’ (JJPTR), melaporkan kerugian RM500 juta secara tiba-tiba dan bakal gulung tikar hanya dengan membuat pengakuan di laman Facebook, lebih banyak lagi serupa skim forex telah didedahkan yang membimbangkan lagi adalah kerugian pelabur yang telah mencapai hingga berbilion ringgit.

Setelah diberi janji-janji manis dengan pulangan yang lumayan pada setiap bulan tetapi rata-rata telah mengadu yang mereka menerima bayaran untuk beberapa bulan pertama dan sejak akhir-akhir ini bukan saja tidak menerima bayaran, malahan ada di antaranya telah menghilangkan diri. Di antara skim yang telah didedahkan selain daripada JJPTR adalah Change Your Life (CYL), Richway Global Venture and BTC I-system.

Bukan menuduh tetapi agak pelik apabila kebanyakan kegiatan aktiviti oleh JJPTR berlaku di kawasan taklukan DAP terutamanya di Pulau Pinang dan di  Perak dan ada juga di Kedah dan Johor. JJPTR dikendalikan oleh seorang anak muda Johnson Lee dari Georgetown.

Oleh itu, kedua-dua kepimpinan tertinggi MCA, Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengemukakan kebimbangan ini di dalam mesyuarat kabinet menteri. Mereka menuntut agara pihak berkuasa meningkatkan lagi penguatkuasaan serta siasatan ke atas skim-skim pelaburan yang mencurigakan.

MCA juga menyarankan agar segala tipu-helah skim pelaburan ini didedahkan kepada umum agar rakyat dapat berhati-hati sebelum termakan pujuk rayu mereka mahupun tawaran-tawaran yang tidak masuk akal. Bank Negara telah pun mempunyai garis panduan yang jelas. Pulangan pelaburan yang  ditawarkan JJPTR setinggi 20% adalah tidak logik. Namun syarikat-syarikat seperti ini terus menggunakan pelbagai taktik untuk menipu rakyat untuk mempercayai skim cepat kaya mereka.

Samada benar atau tidak, satu laman web berbahasa cina telah mengaitkan JJPTR dengan Lim Guan Eng ... DI SINI, di mana dikatakan kegiatan 'wang haram' disalurkan ke Taiwan melalui satu lagi syarikat iaitu MBI dan pemiliknya Teddy Teow. Walau apa pun ini perlu diberi perhatian dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.



Wednesday, April 26, 2017

PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH 1MDB-IPIC, PEMBANGKANG BELUM HABIS MENIPU



Masih ramai yang dikelirukan pembangkang apabila Kementerian Kewangan terlibat di dalam perundingan penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) di antara 1MDB dan IPIC, ia pasti akan melibatkan duit rakyat kerana ia adalah hutang persekutuan. Sebelum pergi jauh butir penyelesaian di antara 1MDB dan IPIC, kita semak semula apakah benar kerajaan Malaysia dan rakyat terpaksa menanggung segala hutuang piutang 1MDB.

Pihak 1MDB tidak pernah menafikan yang ia adalah sebuah syarikat milik kerajaan dan dalam rancangan rasionalisasi untuk menyusun semula hutangnya, seawal Januari 2016, menerusi tiga urus niaga yang berjaya maka hutang yang pada asalnya sebanyak RM42 bilion, kini berkurangan sebanyak kira-kira RM40.4 bilion. Malah, hutang jangka pendek termasuk hutang kepada kerajaan sebanyak RM950 juta juga telah selesai.

Kini 1MDB diambil alih oleh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc) di atas saranan PAC selepas penyiasatan dilakukan. Maka bagi anggapan pembangkang yang cuba dipengaruhi Tony Pua adalah semua lebihan hutang 1MDB terutamanya dengan IPIC akan ditanggung kerajaan dan ini bagi mereka pasti melibatkan duit rakyat.

Perlu kita ketahui yang hutang 1MDB dan projek-projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang Kerajaan Persekutuan dan jumlahnya pula tidak menyumbang kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan. Ini telah dijelaskan Menteri Kewangan Ke-2 Datuk Seri Johari Abdul Ghani di dalam Dewan Rakyat pada bulan Mac yang lalu.

Di dalam laporan PAC juga telah menjelaskan hutang yang kekal dalam lembaran imbangan 1MDB adalah sukuk RM5 bilion, bon US$3.0 bilion serta bon International Petroleum Investment Co (IPIC) sebanyak AS$3.5 bilion dan pembayaran hutang akan dibuat menerusi aliran tunai dan bukan seperti apa yang di dakwa Tony Pua yang mendakwa Putrajaya “menyelamatkan” 1MDB dengan mengambil alih hutang bernilai lebih RM3.2 bilion.

Kini untuk sekian kali Tony Pua mengulangi pembohongan yang sama apabila kes arbitrari antara 1MDB dan IPIC diselesaikan di luar mahkamah beberapa hari lalu kononnya kerajaan mengguna duit rakyat membayar jumlah hutang AS$3.5 bilion bersamaan RM 25.18 Bilion (IPIC RM5.28 Bilimon + Bon RM15.4 Bilion + Faedah Bon RM4.5 Bilion).

Di dalam ucapan Tahun Baru 2017 lalu, PM Najib juga telah menyatakan yang di antara kejayaan plan rasionalisasi 1MDB termasuk perjanjian yang dipersetujui dengan IPIC di mana bon bernilai US$3.5 bilion (RM15 bilion) diambilalih mereka iaitu IPIC.

Pada awalnya, IPIC telah menafikan menerima sebarang bayaran dari 1MDB, maka inilah permulaan pertikaian dan isu utama dalam aribitrari (timbang tara) sehingga di bawa ke mahkamah. Namun, setelah diselidiki oleh pihak 1MDB, kekuatan kes ini bakal berpihak kepada mereka dan akhirnya IPIC mengakui bayaran telah diterima memandangkan terdapat dokumen sahih seperti dijelaskan oleh 1MDB ... DI SINI

Pada Tony Pua, 1MDB masih perlu membayar bon bernilai US$3.5 bilion (RM15 bilion) tetapi beliau sengaja tidak menjelaskan yang jumlah yang pernah dinafikan IPIC telah diperakui penerimaan melalui syarikat lain. Tony Pua beranggapan yang bon US$3.5 bilion ini tidak dibayar kepada IPIC. Sebenarnya wang
US$3.5 bilion ini, kemudiannya akan digunakan 1MDB untuk menjelaskan bon tersebut apabila tempohnya telah matang dalam lima tahun lagi pada 2022.

Walaupun telah dijelaskan secara rasmi di dalam Dewan Rakyat, yang segala hutang 1MDB bukanlah hutang kerajaan yang akan ditanggung rakyat tetapi Tony Pua dan pembangkang enggan menerima penjelasan. Pada masa yang sama, Tony Pua sengaja sembunyikan yang nilai aset 1MDB terkini yang kini dimiliki MoF Inc melebihi hutangnya.

Pokoknya, penyelesaian yang dilakukan MoF Inc terhadap IPIC telah membuktikan segala dakwaan Tun Mahathir dan rakan-rakan pembangkangnya sebagai satu pembohongan di mana selama ini, mereka terlalu terdesak menuduh Datuk Seri Najib menyamun wang 1MDB sehingga dikaitkan dengan penyaluran kepada pihak ketiga yang melibatkan Jho Low dan anak tirinya Reza.

Datuk Seri Najib juga cuba disabitkan dengan 'money laundering' sehingga pihak berkuasa Amerika, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain dipengaruhi untuk menyiasat tetapi akhirnya, bermula dengan Singapura yang hanya menjatuhkan hukuman terhadap kakitangan USB dan kemudian Switzerland pula telah menggugurkan siasatan mereka.

Dengan penyelesaian ini juga, kita bakal menyaksikan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri akan menjadi tidak relevan sepertimana tindakan AG Switzerland. Penyelesaian IPIC dan 1MDB ini juga adalah pengakhiran kepada fasa kritikalnya.

Kita tidak mengharapkan Dr Mahathir, Tony Pua dan kuncu-kuncunya enggan menerima hakikat yang Datuk Seri Najib tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan wang 1MDB tetapi yang lebih penting, rakyat kini telah faham dan telah mula mencurigai segala yang pernah dan bakal mereka katakan nanti kerana itulah, mahkamah juga tidak menerima pakai sebarang tulisan Dr Mahahtir yang dianggap ... ANDAIAN TANPA BUKTI NYATA!

Apabila pembangkang belum habis menipu, apakah kita akan terus membenarkan diri kita ditipu?

Tuesday, April 25, 2017

INILAH MCA, BILA DITEGUR KESILAPAN ...DENGAN SEGERA DIPERBETULKAN


Kesilapan yang tidak sengaja dilakukan MCA Bahagian Taiping kerana mengeja perkataan 'pertabalan' tetapi telah dicetak sebagai 'perbatalan' telah disedari dan mendapat teguran, telah dengan segera diperbetulkan oleh pihak yang terlibat. Pada masa yang sama, pihak MCA Taiping telah mengeluarkan mesej memohon maaf seperti berikut;
Selamat Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan.
 
Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula.

Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku di atas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tulus ikhlas daripada
Cik Ang Sui Eng,
Pengerusi MCA Bahagian Taiping

Di dalam rakyat Malaysia meraikan upacara pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara yang kaya dengan sejarah dan penuh istiadat ini, MCA sebagai parti komponen Barisan Nasional tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan turut bangga. Istiadat yang diadakan hanya sekali setiap lima tahun ini pastinya menjadi tumpuan bukan saja rakyat Malaysia malahan disaksikan juga di seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, seperti yang dijelaskan pihak MCA Bahagian Taiping, kesilapan mereka menaikkan banner yang tersilap itu bukanlah sesuatu yang disengajakan dan ia hanyalah kekhilafan manusia biasa. Oleh itu, seharusnya tidak ada mana-mana pihak terutamanya dari pihak parti-parti pembangkang mengambil kesempatan kesilapan yang tidak disengajakan ini memandangkan MCA Bahagian Taiping telah memohon maaf dan diperbetulkan kesilapan dengan segera.

Jelas pihak MCA Bahagian Taiping bukan sengaja mengeja perkataan 'pertabalan' ke 'perbatalan' kerana perkataan 'perbatalan' tidak membawa apa-apa maksud mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia sekadar kesilapan yang bukan dibuat-buat tetapi kekhilafan manusia yang terlepas pandang.

Keikhlasan MCA Bahagian Taiping mengaku kesilapan mereka dan segera mencetak banner yang lain dengan pembetulan perkataan serta meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang lebih tepat, harus diterima dan menjadi contoh kepada kita apabila ditegur rakyat, segera memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan mereka.

Tindakan segera yang diambil oleh pihak MCA Bahagian Taiping ini juga menunjukkan betapa mereka menghormati dan memahami sensitiviti masyarakat pelbagai bangsa di negara terutama orang Melayu. Pasti MCA berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan peka dengan segala yang  berlaku walaupun ia bukan disengajakan.

Syabas MCA, demi menjaga keharmonian semua rakyat Malaysia, apabila ditegur... segera bertindak!