Wednesday, August 30, 2017

SPAD: WARGA PUTRAJAYA KINI MENIKMATI BAS ELEKTRIK


Kini warga Putrajaya boleh menikmati satu lagi pengangkutan awam moden yang pasti menepati konsep 'mesra alam sekitar' di mana baru-baru ini, Perbadanan Putraja (PPj) telah melancarkan Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO di Putrajaya Sentral Presint 7. 

Bas Elektrik PUTRA NEDO ini bertujuan jelas untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon sebanyak 40% dan ia juga selari dengan usaha PPj sebagai perintis dalam teknologi hijau menjelang 2025 nanti.

Projek ini telah dimulakan sejak 2015, kerjasama di antara PPj dan NEDO Jepun di mana melalui satu Konsortium Jepun yang terdiri daripada Toshiba Infrastruture Sysetem & Solutions Corporation, HASETEC Corporation, PUES Corporation dan Oriental Consultants Global Co. Ltd, manakala di pihak PPj pula diwakili syarikat milik penuhnya, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) yang mengendalikan operasi di bawah Nadiputra.

Dengan teknologi moden dan canggih yang dibawa dari Jepun, Super Quick Charging (SQC), ia merupakan projek pertama seumpama dilaksanakan di rantau ASEAN.

Kini, sebanyak 3 buah terminal SQC telah dibina di Putrajaya Sentral dan sebuah lagi terdapat di Depoh Bas di Presint 14. Sebanyak 10 unit bas elektrik sedang beroperasi secara komersial bermula 8 Jun lalu di dua laluan bas sepanjang 23 kilometer di sekitar Putrajaya. 

Manakala, dua lagi unit bas jenis dua tingkat dijangkan akan memulakan operasi menjelang 2019. Bas dua tingkat ini akan digunakan untuk pelancongan di sekitar Putrajaya.

Majls pelancaran telah disempurnakan pada 28 Ogos yang lalu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Seri Adnan Md Ikhsan dan dihadiri juga oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail bersama-sama Pengarah Eksekutif NEDO Jepun, Mr Makoto Watanabe.

Tahniah warga Putrajaya!

No comments: