Tuesday, November 15, 2016

MCA : PEMBANGKANG CEMBURUKAN KEJAYAAN PM NAJIB DI CHINA


Bagi meningkatkan lagi hubungan Malaysia-China serta mengukuhkan perdagangan antara kedua-dua negara, lawatan rasmi Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak telah berhasil. Justeru ia adalah merupakan satu kebanggaan negara.

Sebanyak 14 MOU atau perjanjian persefaham perdagangan telah termeterai di antara kedua-dua negara di mana keseluruhan jumlah nilai pelaburan ialah sebanyak RM143.64 bilion. Ini adalah pencapaian tertinggi dalam sejarah kerjasama Malaysia-China. Di samping itu, negara China akan menyediakan pakej pembiayaan sebanyak RM55 bilion bagi pembinaan dan pembangunan projek Rail Pantai Timur (ECRL).

Sebenarnya projek ini telah pun dirancangkan sejak tahun 2007.

Lebih membanggakan apabila Perdana Menteri juga telah mendapatkan khidmat Jack Ma, seorang jutawan legenda China dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba. Jack Ma juga telah bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kepada negara dan bersetuju untuk melancarkan Zon Perdagangan Digital yang pertama di dunia di Malaysia pada tahun depan. Kejayaan cemerlang ini bukan saja mampu meningkatkan semangat di kalangan mereka yang terlibat di dalam pembangunan ekonomi digital, malahan ia mampu membantu perniagaan digital Malaysia-China dengan lebih hebat lagi.

Malangnya, kesemua pencapaian ini telah diputarbelitkan demi cemburu dan nilai rendah politik pihak pembangkang seolah-olah kedaulatan negara bakal tergadai kepada negara China. Tiada siapa pun seharusnya memandang remeh dan tidak menghargai usaha kerajaan dalam mencapai kejayaan besar pelaburan asing dan meningkatkan jumlah perdagangan antarabangsa.

Satu hakikat yang perlu kita terima adalah negara China merupakan enjin ekonomi dunia sekarang dan tidak ada satu negara di dunia ini yang akan melepaskan peluang untuk berdagang dengan mereka. Tetapi demi politik pembangkang yang ingin memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional sehingga terpaksa merendahkan nilai mereka untuk memutarbelitkan fakta dan menuduh yang kerajaan kepimpinan PM Najib telah menjejaskan kedaulatan negara dalam perdagangan dengan negara China ini.

Sesuatu yang tidak akan didedahkan pihak pembangkang ialah apabila Selangor dan Pulau Pinang juga telah bersusah-payah melobi untuk mendapatkan pelaburan dari negara China sehingga pencapaian mereka dijadikan ukuran keupayaan indeks prestasi tadbir urus baik mereka. Tetapi apabila BN berjaya memperolehi satu kejayaan yang sangat besar dan melebihi daripada mereka, ia dianggap sebagai sesuatu yang mencurigakan. Kepura-puraan pembangkang ini adalah satu keterlaluan.

Malahan taktik pembangkang ini mudah untuk kita ketahui. Apabila prestasi ekonomi kerajaan BN lebih baik, ini bermakna ia adalah satu tamparan hebat kepada mereka dan perlu diperlekeh dan diragui untuk dijadikan modal politik pembangkang sahaja. Oleh itu, setiap pencapaian PM Najib mendapatkan pelaburan asing perlu dalam setiap usaha pembangkang, dikritik agar rakyat turut meraguinya.

Rakyat Malaysia perlu ingat yang PM Najib mewarisi legasi politik bapanya Tun Abdul Razak. Beliau telah berjaya melakukan satu misi yang terpuji untuk hubungan Malaysia-China. Malahan ia merupakan satu keputusan tepat. Hubungan rapat di antara beliau dengan Presiden China H.E. Xi Jinping dan Perdana Menteri H.E. Li Keqiang, telah menjadikan hubungan Malaysia-China di tahap yang paling terbaik di dalam sejarah negara. Justeru, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan Perdana Menteri ini.

Kini rakyat Malaysia yang bukan berbangsa cina pun berminat untuk menjalin perdagangan dengan negara China. Jelas kini yang rakyat Malaysia pasti akan menolak dengan terserlahnya niat buruk politik pembangkang di dalam kritikan anti-China mereka.

 

No comments: