Tuesday, November 15, 2016

AKHIRNYA PEMANDU BAS DALAM TRAGEDI TEROWONG MENORA DIDAKWA


Pasti kita masih ingat Tragedi Terowong Menora, di mana secara tiba-tiba bas itu yang dalam keadaan bahaya meluru merempuh kenderaan lain sehingga membahayakan nyawa penumpang dan pemandu lain. Tragedi ngeri ini berlaku pada 10 Julai lalu di waktu siang hari pada jam 2.45 petang di KM 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Tindakan-tindakang pantas yang telah diambil pihak SPAD, telah pun ditulis ... DI SINI dan DI SINI

Akhirnya, pemandu bas ekspres Qistina, Kadershah Sabaruddin, 51, didakwa dan jika disabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama yang memperuntukkan denda antara RM4,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara sehingga 12 bulan. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 4 Januari depan. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvin Meng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Samada kecuaian pemandu mahupun syarikat bas ekspres yang terlibat, dua mangsa wanit telah cedera. Maka, susulan kejadian kemalangan itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen dan 26 permit bas syarikat Qistna Express Sdn Bhd, sehingga 13 Ogos lalu.

Pada masa yang sama, pihak SPAD juga telah menjelaskan peranan-peranan agensi yang terlibat apabila sesuatu kemalangan berlaku... penerangan lanjut boleh dibaca ... DI SINI

No comments: