Wednesday, September 30, 2015

KEMARUK MAHATHIR MEMERINTAH MALAYSIA SEMULA

Walaupun pernah diajukan saranan agar Tun Mahathir mengambilalih pemerintahan negara dan telah ditolak, namun dengan tindak-tanduknya kini seolah-olah kemaruknya Mahathir untuk mengambilalihnya seperti tidak dapat dinafikan.

Jika Tun M rasa beliau telah bersusah-payah meletakkan DS Najib sebagai Perdana Menteri, apakah beliau telah lupa siapa pula yang telah membawa beliau ke dalam UMNO semula sehingga diberi peluang memerintah Malaysia selama 22 tahun?

Tidak salah jika Tun M ingin kita mengingati jasa-jasa beliau dan tidak salah juga jika mengingatkan Tun M supaya sedar diri dari mana dia datang sebelum menaiki tangga menuju ke puncak.



Satu artikel telah ditulis oleh rakan FB bertajuk Kalau Tiada Najib, Mahathir Mungkin 6 Tahun Sahaja Jadi PM bagi mengingatkan Tun M dan juga kita beberapa perkara;

1. Di mana Mahathir setelah dibuang dari UMNO dan apa sebabnya?

2. Siapa yang membawa semula Tun Mahathir ke dalam UMNO? 

3. Siapa selamatkan Tun M ketika ditentang kem Ku Li pada tahun 1987?

Mahathir gemar memuji diri mengingatkan sejarah dirinya, maka tidak salah jika rakyat mengingatkan Mahathir supaya tidak lupa... SIAPA YANG BAWA BELIAU KE PUNCAK JAYA dan ahli-ahli UMNO jangan mudah lupa!

No comments: