Tuesday, September 22, 2015

MCA PENERAJU HUBUNGAN DAGANG ANTARABANGSA MELAKA DAN GUANGDONG

Menyaksikan tandatangan MoU di antara Ketua Menteri Melaka dan Gabenor Wilayah GuangDong adalah (dari kiri) - Wakil khas Perdana Menteri ke China - Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.


Apakah sejarah kegemilangan perdagangan Melaka dan China di zaman Kesultanan Melaka akan berulang semula? Tidak mustahil dengan MCA sebagai peneraju kerjasama perdagangan antarabangsa antara Melaka dan GungDong, telah berlangsungnya majlis menandatangai MoU telah disaksikan Perdana Menteri DS Najib Razak di Perdana Putra, Putrajaya baru-baru ini.

Upacara menandatangai perjanjian kerjasama ini telah disaksikan juga Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, Wakil khas Perdana Menteri ke China - Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Minat yang ditunjukkan kerajaan wilayah Guangdong bukan baru berlaku sehari dua mahupun sebulan dua. MCA telah menjalinkan hubungan mesra dan memberi komitmen yang tinggi dengan negara China sebelum ini di dalam siri lawatan mereka sebagai sahabat China dalam inisiatif 'Silk Road Belt'.

Lawatan berbalas lawatan, kerjasama dengan kerjasama serta pertalian persahabatan telah dijalin dan diusahakan MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong, memberi keyakinan serta membuahkan minat kepada kerajaan wilayah Guangdong melabur di Melaka.

Kerjasama ini melihat potensi Melaka dijadikan pelabuhan antarabangsa pada tahun 2025. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron telah menyatakan bahawa kerajaan wilayah Guangdong berminat untuk membina infrastruktur pelabuhan yang setanding dengan Singapura. Di samping itu, Guangdong juga berminat untuk membina sebuah lagi lapangan terbang sebagai pemangkin kepada pelancongan dan pembangunan industri di Melaka.

Industri pelancongan antara Melaka dan Guangdong merupakan industri yang sangat diberi perhatian dan bilangan pelancong dijangka akan bertambah sebanyak 35 peratus. Sehingga tahun 2103, jumlah pelancung dari China ke Melaka adalah sebanyak 284,913.


Di antara bidang kerjasama lain termasuklah pembangunan tanah termasuk tebus guna tanah, pertanian, kesaling hubungan, perkongsian ilmu dalam perdagangan dan pelaburan, pembangunan taman perindustrian yang menggalakkan teknologi hijau serta mempermudahkan komunikasi antara pengamal dan institusi kebudayaan misalnya muzium.

Kesemua ini akan merealisasikan bandaraya berkembar seperti yang telah diumumkan tahun lepas. Guangdong telah menyumbang 25% daripada perdagangan negara dengan China dan Malaysia adalah rakan perdagangan tertinggi di antara negara-negara ASEAN berjumlah hampir USD102 bilion.

Inilah yang dikatakan, bila orang berbudi kita berbahasa dan bila orang memberi, rakyat pula yang merasa. Segala komitmen dan usaha MCA untuk menjalin hubungan bilateral dengan China, rakyat Melaka khususnya dan Malaysia amnya, mendapat nikmat yang mendatang.

MCA bukan sekadar sebuah parti politik yang sekadar bermain persepsi politik jika dibandingkan dengan DAP. Dari sejak ditubuhkan, MCA sentiasa memandang jauh ke hadapan membela rakyat dan sentiasa mengamalkan pendekatan bersahabat daripada memilih untuk mencari musuh. Dengan pendekatan mesra dan ingin bersahabat, maka negara China lebih gemar berurusan dengan mereka dan ia telah pun terbukti.

No comments: