Wednesday, June 04, 2014

MENGAPA TAKUT SALAHKAN PILIHAN KIT SIANG?


Semenjak 2008, di setiap PRK yang akan melibatkan DAP dan BN, pasti DAP dapat mengalahkan BN. Malahan di PRU 13, DAP dengan angkuhnya telah menawan Gelang Patah dengan majoriti yang lebih besar. Faktor kemenangan utama adalah Lim Kit Siang.

Kali ini, calon pilihan di PRK Teluk Intan merupakan pilihan Kit Siang walaupun beliau seorang Melayu dari keluarga UMNO. Sekali lagi, faktor Kit Siang menjadi pertaruhan pertandingan ini.

Pada awalnya, rata-rata melihat inilah cara Kit Siang ingin mengaibkan BN terutamanya UMNO. Maka pertandingan kali ini sebenarnya adalah pertandingan di antara DAP dan UMNO dan bukan BN walaupun calon yang diletak adalah dari parti GERAKAN.

Akhirnya keputusan PRK Teluk Intan berpihak kepada BN walaupun dengan majoriti kecil, yang penting BN dapat mengalahkan DAP dan yang lebih penting ialah dapat mengalahkan si bongkak LIM KIT SIANG.

SALAHKAN HUDUD PAS

Post mortem pun dilakukan DAP dan beberapa faktor utama dipersalahkan seperti berikut;


Guan Eng salahkan Dyana sebagai seorang Melayu dan dari latarbelakang UMNO. Tetapi apakah Guan Eng lupa DAP adalah parti politik bangsa Cina dari awal pertubuhannya sungguhpun hanya segelintir kecil dari bangsa lain juga adalah ahlinya. Yang membuat keputusan muktamad di dalam DAP adalah bangsa Cina, dan bangsa lain hanya layak sekadar memenuhi kouta barisan kepimpinan parti. Apa perlu diletak calon Melayu jika bukan kehendak Kit Siang?

Kita boleh berterusan menceritakan sandiwara DAP untuk dilihat sebagai parti politik pelbagai kaum tetapi keputusan pemilihan CEC jelas menunjukkan cadangan Guan Eng dan Kit Siang untuk sama rata di dalam DAP gagal di peringkat akar umbi dan ditolak mentah.

Dikatakan kepimpinan DAP Perak meletak kekalahan DAP kepada calon pilihan Kit Siang. Dyana ialah Setiausaha Politik Kit Siang di Gelang Patah. Ini telah timbulkan rasa tidak senang di kalangan DAP Perak dan mesej telah disampaikan bahawa Kit Siang tidak menghormati dan terus ketepikan suara mereka. Ketika berkempen pun, kebanyakan yang membantu adalah dari jentera luar Perak.

Isu yang dibawa DAP pula tidak mementingkan kehendak pengundi tempatan melainkan isu nasional. Ditambah pula, ahli-ahli DAP beranggapan Dyana ingin membuka peluang dan meramaikan Melayu di dalam DAP yang pasti tidak disenangi ahli-ahlinya. Sekali lagi akar umbi memberi mesej tidak akan ada tempat untuk Melayu di dalam DAP.

Setelah Melayu dan UMNO dijadikan faktor utama kekalahan DAP, kini Gobind anak mendiang Karpal Singh menuding jarinya kepada Hudud PAS. Ini nyata di dalam kenyataanya;
The Rocket -
I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan.

Gobind dilihat sebagai penyambung perjuangan Karpal Singh untuk menentang hudud mewakili DAP. Ini sesuatu yang perlu kita faham. Pemimpin-pemimpin majoriti Cina tidak boleh dilihat menentang hudud kerana majoriti Cina akan dilihat menentang majoriti Melayu di dalam PAS. Gobindlah sandaran mereka sekarang.

Tanpa berselindung, Gobind dibenarkan menyerang PAS dengan isu hudud walaupun kita mengetahui hukum hudud adalah salah satu matlamat utama perjuangan PAS. Mungkin ada di antara pemimpin PAS yang dilihat liberal tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud namun perlu kita ketahui, ia adalah kata putus dari ulama-ulama PAS.

Pasti penyokong-penyokong DAP juga tidak akan lupa dengan perjuangan PAS dengan isu penggunaan kalimah Allah di dalam gereja dan kitab Bible Bahasa Melayu mereka. Apakah Kit Siang boleh menganggap pengundi-pengundi PAS membenarkan DAP menang dengan melupakan isu ini?

Dyana pula dengan tegas menyatakan akan memberi sokongan di dalam Dewan Rakyat menentang pembentangan rang undang-undang hudud. Sekali lagi DAP terperangkap dengan sokongan pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan.

Salahkan Melayu... Salahkan Hudud...

Tetapi mereka lupa bertanya, siapa yang muktamadkan pilihan calon jika bukan dari kehendak Kit Siang? 

Di dalam kekalahan PRK Teluk Intan, DAP dan Pakatan Rakyat perlu letak sepenuh kesalahan kepada LIM KIT SIANG. Mengapa perlu takut?

Seandainya tidak bersetuju, bolehlah dibaca artikel ini dari mula sekali lagi... dan jangan lupa juga rintihan rakyat Gelang Patah!


No comments: