Monday, May 07, 2018

PRU14 : VIDEO KEMPEN DATUK WEE ... SYAHDU DAN MENYENTUH KALBU



Sebagai seorang yang sememangnya berjiwa rakyat, hidupnya hanya untuk menyumbang tenaga dan masanya kepada rakyat terutamanya di Parlimen Ayer Hitam, maka tidak pelik bagi kita, walaupun beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu, beliau kekal diberi kepercayaan selama 3 penggal.





KITA BERSAMA .... takkan ku lupa

 
Perjuangan Datuk Wee Ka Siong yang dizahirkan di dalam video klip ini sangat menyentuh kalbu dan inilah sebenarnya Datuk Wee Ka Siong yang sangat disayangi samada di pihak lawan apatah lagi di pihak kawan.

Selama ini, masyarakat di Parlimen Ayer Hitam hidup harmoni walaupun di antara mereka berlainan fahaman ideologi politik. Tidak pernah berlaku sebarang insiden keganasan dan kecoh di pilihanraya lalu selama 3 penggal. Tetapi sejak Datuk Wee berani mencabar Guan Eng hanya kerana inginkan kebenaran dari perbuatan korup dan penipuan di Pulau Pinang, Kit Siang meletakkan seorang calon yang sememangnya terkenal dengan mulut celupar dan gemar mencetus pergaduhan dan kebencian.

Itulah strategi DAP sehingga Liew Chin Tong berjaya menewaskan lawannya di Kluang pada PRU13 lalu. Menyedari tidak lagi mampu menghasut pengundi Kluang, kini beliau lari ke parlimen Ayer Hitam untuk mencabar Datuk Wee dengan tujuan supaya dikalahkan dan Datuk Wee tidak lagi mampu menganggu Guan Eng dengan korupsi yang sedang berleluasa di Pulau Pinang.

Jangan sekali-kali dibiarkan perosak kemakmuran dan keharmonian masyarakat di Parlimen Ayer Hitam hanya kerana dendam Kit Siang dan Guan Eng. Malah, masyarakat di Parlimen Ayer Hitam perlu mengajar Chin Tong di kertas undi dan halang beliau dari merosakkan keharmonian mereka. Dengan mengekalkan Datuk Wee, bukan saja keharmonian Ayer Hitam terus dikekalkan, parlimen ini pasti akan terus dimajukan dengan lebih pesat lagi.

Pilihlah dengan bijak samada inginkan perosak seperti Chin Tong atau mengekalkan seorang yang sememangnya berjiwa pembela rakyat seperti Datuk Wee Ka Siong.


#PRU14 : HANYA PEMIMPIN YANG BERWAWASAN SAJA MAMPU MEMBANGUNKAN KETEREH



Jika ditanya kepada calon pembangkang terutama dari pakatan yang diterajui Dr Mahathir, visi mereka bertanding di sesuatu kawasan hanyalah untuk menang dan begitu malang sekali apabila tidak ada satu pun pelan pembangungan yang mereka mampu ketengahkan. Rata-rata hanya ingin menghasut rakyat membenci usaha kerajaan Barisan Nasional.

Berbeza sekali dengan calon-calon yang diketengahkan Barisan Nasional seperti Tan Sri Annuar Musa yang bertanding mempertahankan Parlimen Ketereh di Kelantan. Pelan pembangunan untuk Ketereh yang bersandarkan ‘Koridor Ilmu, Rakyat Bersatu Ketereh Maju’ dan memahami apa kehendak masyarakat setempat, Tan Sri Annuar berhasrat membawa Parlimen Ketereh lebih jauh dan lebih maju daripada yang ada sekarang.



 

Mendalami setiap pelusuk Parlimen Ketereh yang terdiri dari 3 DUN iaitu Kok Lanas, Melor dan Kadok, kawasan parlimen yang berada di tengah-tengah rangkaian ECRL mampu menjadi 'game changer' sepertimana yang dihasratkan Tan Sri Annuar. Satu bandar baru perlu diwujudkan, maka segala kemudahan sosial perlu ditambah dan dinaik-taraf.

Dari sebuah klinik Ketereh memerlukan hospital, dari mesin ATM bank perlu ada, dari kedai-kedai kecil Ketereh perlukan pasar raya. Oleh itu, Tan Sri Annuar berpandangan hanya dengan menjadikan Ketereh sebagai koridor ilmu dengan mewujudkan MRSM, Giat Mara, Ulul Albab dan pelbagai lagi institusi ilmu yang mampu meningkatkan kuasa membeli dan menjadikan parlimen ini lebih dinamik dan lebih maju.

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar juga telah memperincikan ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Ketereh. DUN Kok Lanas akan fokus kepada elemen keusahawanan dan perniagaan, DUN Melor dijadikan kawasan kejiranan yang berasaskan pembangunan ilmu dan pendidikan manakala DUN Kadok, ia akan dibangunkan sebagai kawasan yang berasaskan kesenian dan sukan.

Menariknya, Tan Sri Annuar ingin menaik-taraf stadium yang sediada ini dengan menyediakan padang sintetik dan stadium bertaraf antarabangsa dalam saiz sederhana. Sebuah pusat budaya juga bakal dihadiahkan kepada warga Ketereh dan pasti mampu memberi tarikan pelancong dan secara langsung dapat menggalakkan penubuhan kelab-kelab pemuda seperti boksing, dikir, silat, dan sebagainya.

Di dalam merealisasikan moto kempen Parlimen Ketereh - Koridor Ilmu, Rakyat Bersatu Ketereh Maju, Tan Sri Annuar menggalakkan pengembangan kepada tiga cabang. Pertama kecemerlangan akademik dan semua peringkat persekolahan yang bermula dari pra-sekolah sehingga ke menengah atas akan menjadi sekolah cemerlang dengan persekitaran yang dapat membantu.

Kedua, ilmu dan aktiviti keagamaan dan di DUN Kadok akan diadakan Darul Quran berpusat di Kampung Chengal di mana satu rangkaian pembelajaran al-Quran di adakan di setiap mukim. Ia tidak akan terhenti di situ saja, masjid-masjid di Parlimen Ketereh akan ditingkatkan keselesaan masjid dan jawatankuasa masjid pula berpeluang meningkatkan ilmu mereka dengan menawarkan pembiayaan kepada imam yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tertinggi sehingga Master ataupun Phd.

Ketiga, cabang ilmu keusahawanan yang pasti diadunkan dengan keperluan kemajuan ilmu dari segi agama.

Sebagaimana yang kita ketahui, Kelantan adalah kubu kuat PAS dan adakalanya BN kalah di Ketereh. Tetapi bagi Tan Sri Annuar, fahaman politik yang berbeza tidak bolah dijadikan halangan untuk membawa parlimen Ketereh terus mundur dari pelbagai kemajuan dan pembanguan. Maka, pendekatanTan Sri Annuar adalah, demi kebaikan bersama, warga Ketereh perlu bersatu dan disatukan dengan menerapkan elemen tidak pilih kasih.

Malahan, apa yang ingin dihadiahkan kepada warga Ketereh ini terkandung dalam teras manifesto BN di peringkat nasional dan disebut, sepanjang prasarana utama akan dibangunkan bandar-bandar baharu dan hijau di sepanjang Centre Spin Road.




Tan Sri Annuar bukan muka baru di persada politik dan juga pentadbiran. Beliau telah berkhidmat kepada 2 Perdana Menteri yang lalu. Oleh kerana Kelantan telah diperintah parti pembangkang dari PAS selama berdekad lamanya, kini di bawah kepimpinan PM Najib Razak yang berjanji tidak seorang rakyat Malaysia akan ditinggalkan ditambah pula dengan pengalaman luas Tan Sri Annuar, segala yang dijanji dan dirancang, mampu merealisasikan manifesto khas Ketereh ... Koridor Ilmu, Rakyat Bersatu Ketereh Maju. Berbanggalah warga Ketereh! 

Sunday, May 06, 2018

#PRU14 : DATUK LIOW TIONG LAI, SAHABAT SEJATI



Datuk Liow Tiong Lai, Presiden MCA dan juga penyandang di Parlimen Bentong, bukan muka baru malahan beliau telah dikenali rakan komponen Barisan Nasioanl sejak Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah Ketua Pemuda UMNO. 

 

Mendengar pengakuan Datuk Seri Hishamuddin sendiri, beliau mengakui sangat mengenali peribadi Datuk Liow yang bersih rasuah, jujur dan yang pasti, Datuk Liow adalah seorang ikhlas berkhidmat dan setiakawannya kepada UMNO tidak perlu diragui. 

Walaupun kehilangan suara kerana terlalu banyak berkempen, Datuk Hishamuddin sanggup datang ke Bentong dari Sembrong, Johor untuk memberi sokongan dengan hasrat untuk melihat Datuk Liow mendapat majoriti tinggi. 

Menyatakan yang MCA dan UMNO seperti “Wo men dou shi yi jia ren (We are one big family)”, perkara yang sangat merisaukan beliau bukanlah menang atau kalah tetapi jika BN menang tanpa sokongan dari semua bangsa, ia tidak dapat mencapai matlamat BN sepenuhnya. 

Setelah beramah-mesra bersama masyarakat Cina di Taman Desa, Bentong, dua sahabat ini pergi ke kawasan Felda Lurah Bilut di mana terdapat pengundi majoriti Melayu pula. Datuk Hishamuddin tegaskan yang BN sangat-sangat memerlukan barisan menteri dari pelbagai bangsa sebagaimana hasrat PM Najib yang sentiasa menegaskan tiada seorang rakyat Malaysia pun akan ditinggalkan. 

Felda Lurah Bilut adalah salah satu dari 8 yang terdapat dalam parlimen Bentong dan telah dibuka oleh ayahanda PM Najib pada tahun 1958. Di sini, ia agak unik kerana terdapat pelbagai kaum yang terdiri dari Melayu, Cina dan India yang benar-benar melambangkan 1Malaysia. Malahan, isu peneroka Felda dan juga pembangunan Felda telah dan akan sentiasa mendapat keutamaan PM Najib. 

Bantu-membantu telah menjadi amalan rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional sejak dahulu lagi dan kini diteruskan. Datuk Liow yang selalu mengingatkan semua penyokong BN dan juga pengundi Bentong agar bersatu hati membangunkan Bentong sepertimana yang sering dikatakan kepada ahli-ahli MCA... 'Stornger Together'. 

Bagi Datuk Liow, walaupun telah diajak berdebat berkali-kali dari pihak lawan untuk membentangkan manifesto masing-masing, 10 point yang dijaja calon PKR di Bentong tidak dapat mengatasi segala yang telah dilakukannya. Yang penting, bukan pandai bercakap tetapi lebihkan usaha dan bekerja untuk membela rakyat.

Saturday, May 05, 2018

OPERASI KHAS PARASIT BARJAYA JERAT 'ULAT'

'Ulat' di tahan di KLIA

Selagi aktiviti 'ulat' masih berleluasa dan aktif melakukan kegaiatan haram mereka, selagi itu mereka tidak akan dapat lari dari pemantauan pihak berkuasa SPAD dan yang pasti kegiatan haram mereka ini pasti akan dapat dikesan.

Beberapa hari lalu, empat individu ditahan pihak penguatkuasa SPAD di Terminal KLIA dan KLIA 2 kerana menjalankan aktiviti prebet sapu pada waktu pagi.

Di dalam Operasi Khas Parasit yang disertai seorang pegawai dan anggota penguatkuasa SPAD seramai 25 orang telah menjalankan penyamaran bermula 8 pagi sehingga kira-kira 5 pagi keesokan harinya. Operasi ini dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Empat lelaki yang telah ditahan didapati sedang memujuk pelanggan di terminal berkenaan dan tiga daripadanya adalah pemandu yang menggunakan aplikasi e-hailing yang berdaftar. Akhirnya tiga kenderaan persendirian telah disita.

Setiap pemantauan juga dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di samping operasi secara penyamaran.

Semua suspek ini memujuk untuk memberi tawaran khidmat kepada warga asing dan juga tempatan di mana perjalanan yang ditawarkan adalah ke Puchong, Balakong, Seri Kembangan dan Kuala Lumpur dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM70 ke RM100.

Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Menariknya, taktik menggunakan aplikasi e-hailling sengaja digunakan sedangkan mereka memujuk penumpang terlebih dahulu tanpa mengguna aplikasi berkenaan terlebih dahulu. Mereka beri alasan pelanggan yang membuat permintaan untuk mengambil mereka di lokasi tetapi hakikatnya, mereka sedang memujuk pelanggan dan menawarkan harga tinggi.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya aktiviti ulat ini jatuh juga ke tangan penguatkuasa SPAD. Orang ramai juga telah memainkan peranan untuk bekerjasama dan aduan mereka pasti diambil serius oleh pihak penguatkuasa SPAD.
 

#PRU14 : ANNUAR MUSA - TSUNAMI MELAYU TERKUBUR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MAMPU BERLAKU


Yang memperkenal tsunami bangsa adalah DAP kerana mereka berjaya wujudkan tsunami Cina di dalam dua pilihanraya lalu. Kini setelah melihat kegagalan demi kegagalan dan pembohongan demi pembohongan yang bakal menerima akibat mereka akan ditolak masyarakat Cina, mereka terpaksa wujudkan pula propaganda tsunami Melayu.

DAP berjanji yang Pakatan Rakyat pasti akan menawan Putrajaya sejak dari PRU11 dan masih gagal menakluk Putrajaya pada PRU12 walaupun PAS berada bersama-sama mereka ketika itu. Walaupun berjaya kekalkan tsunami Cina, namun Kedah telah berjaya dirampas oleh BN. Kemudian, DAP mencari helah mengguna hukum hudud PAS untuk menyisihkan parti kedua terbesar di Malaysia dengan harapan kewujudan PAN mampu menarik ramai penyokong PAS.

Malangnya, PAN telah kecewakan mereka dan DAP beralih ke arah parti baru Dr Mahathir, PPBM. Janji Mahathir, PPBM akan lumpuhkan UMNO dan ahli-ahlinya akan keluar beramai-ramai. Belum sempat diadakan mesyuarat agong pertama, cawangan-cawangan PPBM mula bergolak dan ada di antaranya dibubarkan. Bukan UMNO yang tergugat tetapi PPBM yang bakal dibubarkan kerana gagal mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian. Sekali lagi DAP kecewa.

Bagi Tan Sri Annuar, tsunami Melayu telah terkubur terlebih dahulu dan kuburnya pun semakin dalam apabila setelah penamaan calon, ramai di antara calon-calon pakatan pembangkang yang mengguna lambang PKR, cabut lari ke kawasan lain dan tidak berani bertanding di kawasan lama.

Jelas terbukti apabila Wan Azizah tidak lagi berani bertanding di Kajang dan Permatang Pauh, anaknya lari dari Lembah Pantai tetapi calon-calon BN yang terdiri dari pemimpin-pemimpin utama tetap kekal bertanding di kawasan lama. Apa maksudnya? Kawasan-kawasan yang dilepasakan Wan Azizah dan Nurul Izzah terdiri daripada kawasan majoriti Melayu dan jika mereka telah berkhidmat dengan baik, apa perlu mereka lari ke kawasan lain?

Hakikatnya, DAP terdesak untuk berkuasa termasuklah menjadi dominan dalam pakatan pembangkang. Untuk menunaikan janji yang telah gagal ditunaikan pada 2 pilihanraya umum lalu untuk menawan Putrajaya, DAP sedar yang mereka perlukan kuasa undi Melayu. Maka Dr Mahathir perlu digunakan sepenuhnya.

Persoalannya, apakah masyarakat Melayu akan membenarkan DAP berkuasa? Dr Mahathir sepatutnya arahkan DAP hapuskan perjuangan 'Malaysian Malaysia' mereka terlebih dahulu dan kenapa Dr Mahathir juga gagal menghapuskannya jika benar beliau bakal menjadi Perdana Menteri mereka. Apakah setelah sepentas, dilantik sebagai Top Dog, Mahathir tiada kuasa? Bukankah jelas, Mahathir sedang digunakan sehabis-habisnya oleh DAP untuk berkuasa nanti.