Saturday, May 05, 2018

#PRU14 : MCA DILANDA PANGGILAN-PANGGILAN PALSU


Belum cukup menghantar samseng, strategi panggilan palsu digunakan pula oleh mereka dari pihak yang ingin kucar-kacirkan sokongan terhadap MCA.

Pengakuan seorang penyokong wanita muda MCA, beliau telah menerima panggilan telefon kononnya dari ibupejabat MCA. Pemanggil juga bersuara lelaki muda pada mulanya menyeru agar keluar mengundi dan laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat.

Soalan seterusnya, pemanggil bertanya siapa yang akan diundi dan wanita muda MCA itu terus menjawab beliau adalah penyokong MCA. Apabila jawapan sedemikian diberikan, pemanggil terus membuat dakwaan yang MCA akan melompat ke pakatan pembangkang jika menang nanti. Pemanggil juga mengatakan yang Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai telah bersetuju bergabung dengan pakatan pembangkang jika menang.

Justeru, MCA membuat pendedahan ini dan memaklumkan walaupun MCA mempunyai pusat panggilannya sendiri tetapi tidak pernah dan tidak akan membuat panggilan telefon kepada mana-mana individu secara peribadi. Panggilan MCA Pusat terhad kepada individu tertentu dan sekadar memberi maklumat muktahir mengenai aktiviti MCA.

Pihak MCA juga cuba untuk menghubungi nombor pemanggil tetapi panggila tidak berjawab.

Bukankah jelas taktik kotor pembangkang dengan membuat panggilan sedemikan berniat tidak baik dan hanya ingin mewujudkan perasaan benci kepada Barisan Nasional dan menghancurkan MCA?

Bayangkan jika yang menerima panggilan ini adalah seorang pengundi atas pagar dan mengundi untuk pertama kali. Yang pasti, hasutan ini akan berjaya menghasut mereka memandangkan mereka di atas pagar agak berjauhan dengan aktiviti parti tetapi tetap terdedah dengan isu-isu semasa serta berita paslu.

Berkemungkinan, pengundi juga akan keliru dan perasaan meluat kepada proses demokrasi akan tercetus yang akhirnya samada mereka akan membuat undi rosak atau membuat keputusan untuk tidak keluar mengundi.

Tatkala MCA sedang berada di momentun yang baik untuk mencapai kemenangan lebih besar dan masyarakat Cina mulai sedar yang mereka telah tertipu dan dipergunakan DAP pada 2 pilihanraya lalu, selain dari menghantar samseng untuk membuat kacau di ceramah-ceramah MCA, taktik kotor terbaru ini telah cepat dikesan walaupun membenterasnya agak sukar.

Hanya dengan memberi kesedaran kepada rakyat, mana-mana parti komponen BN tidak akan membuat kenyataan kontroversi sedemikian. Jika ada, pemanggil dari pihak komponen BN hanya ingin mengingatkan agar ramai-ramai keluar mengundi atau memberi maklumat mengenai tempat dan saluran mengundi.

Oleh yang demikian, sekiranya kita mendapat panggilan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini, samada laporkan kepada polis atau mana-mana pihak yang diyakini mewakili parti komponen Barisan Nasional. Semoga taktik kotor pembangkang ini dapat didedahkan dengan lebih lanjut lagi dan yakinlah MCA adalah rakan setia Barisan Nasional dari dulu dan selamanya.

Friday, May 04, 2018

#PRU14 : PARLIMEN AYER HITAM SEMEMANGNYA PANAS DAN DAP PERLUKAN SAMSENG UNTUK MENANG


Video di atas menceritakan kejadian sebenar.

Sedangkan mereka yang mula membuat kecoh dan berlagak samseng di kawasan orang, tetapi berlakon seolah-olah dia adalah mangsa. Itulah tabiat DAP yang cekap memangsakan diri sehingga mangsa keganasan, seorang aktivis BN di Yong Peng yang telah berada di usia emas 77 tahun, ditolak dari atas pentas hanya kerana marah bendera PKR dicabut dari pentas MCA.

Yang sah, samseng tersebut adalah penyokong DAP yang amat terkesan dengan kehadiran Datuk Wee Ka Siong yang sedang memberi ceramahnya. DAP telah menganggap DUN Yong Peng kawasan mereka dan MCA tidak dibenarkan langsung berjumpa pengundi. Jika ini adalah cara demokrasi yang diamalkan DAP, nampaknya terpesong jauh dari parti yang mereka wakili dengan mengguna perkataan - Democracy Action Party.

Sebelum video sebenar dikeluarkan MCA, mangsa sebenar yang bernama Tan Hong Hi @ Ting Hong Hi telah diserang hebat di media sosial tetapi ia tidak bertahan lama. Yang pasti, setelah video sebenar dikeluarkan, cybertrooper DAP terus hilang dan lebih menjelekkan, kesilapan yang sengaja dibuat tidak langsung permohonan maaf diutarakan.

Begitu juga berlaku sejurus proses penamaan calon telah berlangsung dan poster hasutan DAP diturunkan. Sedangkan, SPR telah mengeluarkan garis panduan yang jelas tidak membenarkan bahan-bahan kempen berbentuk fitnah dan hanya pemimpin politik yang mewakili parti atau calon-calon saja dibenarkan. Konon ingin mencabar SPR, DAP menegakkan poster yang terpapar gambar Dr Mahathir dan Datin Seri Rosmah.








Jelas yang bertanding ialah PKR dan DAP telah bersetuju ketepikan logo roket. Lebih musykil apabila DAP tiada rasa hormat sehingga sanggup ketepikan Wan Azizah sebagai Presiden dan mengiktiraf Dr Mahathir sebagai ketua mereka walaupun Pakatan Harapan tidak wujud.

Bukankah dengan jelas ditulis di dalam Tataetika Pilihanraya seperti berikut;

Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:-

(a)  Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang  bertanding,  simbol  dan manifesto  parti  atau  calon  dibenarkan   dalam   poster   atau   kain  rentang.   Slogan, karikatur  atau  apa-apa  bentuk  penyampaian  mesej  yang 
mempunyai apa-apa  unsur  sindiran  dan  mengejek  sama  sekali     tidak    dibenarkan;

(b) Tidak   boleh   memasang   poster   gambar   mana-mana  pemimpin  parti  politik  yang  tidak  bertanding  di  Bahagian  Pilihan   Raya   berkenaan, kecuali   gambar   pemimpin utama   parti   politik   yang   digandingkan   (berpasangan)  dengan gambar calon dalam poster yang sama;

Samada DAP tidak faham bahasa melayu atau sebenarnya tidak ingin faham kandungan Tataetika yang dikeluarkan SPR. Tetapi apabila SPR bertindak, mereka dengan mudah menuding jari dan melontar pelbagai tuduhan. Sudahlah tidak ingin mengikut undang-undang, kemudian dengan mudah membuat pelbagai tuduhan.

Itulah DAP, baling batu kemudian sembunyi tangan. Parti rasis Cina ini memang terkenal dengan pemimpin-pemimpin yang kurang ajar walaupun jelas itu adalah salah mereka sendiri. Maka jangan terkejut apabila mereka diberi kuasa dan sesuatu masalah timbul nanti, rakyat akan dipersalahkan dan bukan mereka.

Apakah kejadian di Yong Peng harus dibenarkan di tempat lain? Pengundi Ayer Hitam tidak perlukan seorang perosak seperti Chin Tong. Setelah pelbagai kerosakan ditinggalkannya di Kluang, kini perosak rakyat ini ingin merebak ke Ayer Hitam pula.

Thursday, May 03, 2018

#PRU14 : ANNUAR MUSA - JANGAN BIARKAN EMOSI DAN BERITA PALSU SEBAGAI PILIHAN


Kritikan dan serangan media asing terhadap negara bukan perkara baru malahan negara hampir gagal menikmati kemerdekaan kerana pelbagai berita palsu sengaja diada-adakan mereka. Ada yang memandang rendah kebolehan rakyat Tanah Melayu mentadbir negara memandangkan negara ketika itu sangat mundur dan hanya beberapa kerat saja rakyat yang mempunyai pendidikan tinggi.

Setelah merdeka berjaya dicapai, timbul pula cerita bangsa minoriti  dipinggirkan dan hidup sengsara sehingga tercetusnya pemberontakan kaum besar-besaran di antara bangsa Melayu dan Cina dalam tragedi berdarah 13 Mei. Media asing bukan saja mengada-adakan cerita malahan mereka berperanan menjadi batu-api.

Di zaman Mahathir juga tidak terlepas dari serangan media antarabangsa dan kini disambung hingga ke zaman PM Najib. Pendek kata, negara kita akan sentiasa diserang dengan pelbagai berita-berita palsu antarabangsa kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang mempunyai rakyat dari pelbagaikaum, fahaman agama dan budaya.

Oleh itu, tepat sekali peringatan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa agar kita jangan mudah diperdaya dan mempercayai laporan tidak benar media-media asing yang sengaja mengada-adakan cerita palsu. Segala permainan media asing, ada sokongan pembangkang dibelakangnya. Lihat saja Sarawak Report yang jelas bersekongkol dengan Dr Mahathir dan DAP membawa cerita rekaan 1MDB dan jangan lupa bagaimana pemberi maklumat Xavier Justo mengaku mendapat tawaran berjuta ringgit dari taikun yang menyokong DAP.

Menjelang pilihanraya tidak berapa lama lagi, pelbagai laporan pelik akan timbul dari media asing. Jangan terperanjat apabila ada yang akan melaporkan pakatan pembangkang Mahathir telah menang. Tetapi jika Barisan Nasional yang menang, media asing akan mereka pelbagai cerita pelik seolah-olah Barisan Nasional telah menipu dalam pengiraan undi dan menggunakan taktik-taktik kotor.

Negara kita acuan kita dan bukan diatur oleh pengaruh media asing. Di dalam membuat penilaian berita-berita asing ini, kita tau agenda mereka yang sengaja menetang segala kemajuan di negara ini. Tan Sri Annuar mengingatkan buatlah perbandingan dengan segala bentuk pencapaian yang Barisan Nasional telah laksanakan. Ketika membuat pilihan di kertas undi nanti... JANGAN BIARKAN EMOSI DAN BERITA PALSU MENGUASAI DIRI DAN DIJADIKAN SEBAGAI PILIHAN.

#PRU14 : DARI HATI KE HATI

PM Najib juga seorang manusia biasa yang tidak terlepas dari kelemahan dan beliau juga tidak terlepas dari difitnah dan dikhianati. Namun, demi agama, bangsa dan negara... dari hati ke hati, PM Najib berkongsi keinginannya jika amanah diberikan sekali lagi...



Wednesday, May 02, 2018

#PRU14 : DAP perosak vs MCA pembela

 
Perkara pertama yang dilakukan MCA setelah Datuk Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong menerajui parti yang mewakili masyarakat Cina di dalamBarisan Nasional diterjemahkan dalam kempen transfromasi politik MCA - 'Stronger Together' dan bermaksud apabila bersama dan bersatu, MCA akan lebih mantap. Justeru, segala kemelut dan perpecahan di dalam MCA perlu diselesaikan dan ahli-ahlinya perlu bersatu untuk lebih mantap menebus kekalahan teruk di PRU12 dan PRU13.

Ketika menuju PRU14, kedua-dua kepimpinan tertinggi MCA ini telah berjaya menyatukan ahli-ahlinya dan memantapkan lagi perjuangan MCA khas untuk masyarakat Cina. Justeru, akibatnya DAP semakin gundah-gulana dan setelah berpatah-arang dengan PAS dan dipenuhi dengan pelbagai skandal yang bertentangan dengan polisi CAT (competent, accountable, transparent) mereka, DAP semakin diragui tetapi masyarakat Cina masih ramai berharap DAP mampu perjuangkan nasib mereka dan mengenepikan MCA.

Isu yang sering dibangkitkan masyarakat Cina adalah berkaitan pendidikan dan ekonomi. Sememangnya DAP berjaya menghasut masyarakat Cina dengan dua isu besar ini sehingga MCA digambarkan gagal menanganinya. Tetapi setelah 2 pilihanraya DAP berjaya mempengaruhi mereka, isu-isu ini kekal tidak dapat diatasi dan yang kekal, DAP hanya mampu kekalkan kebencian.

Akibatnya, bukan saja MCA dipandang serong oleh masyarakat Melayu malahan keharmonian rakyat Malaysia juga turut terjejas di mana masyarakat Melayu dan Cina mula meragui antara satu sama lain sehinggakan soal agama dan budaya masing-masing telah mula dicabar, dipertikai malahan telah ada usaha-usaha mencabar perlembagaan negara.

Di dalam setiap ucapan dalam perhimpunan mega MCA, Presidennya Datuk Liow sering mengingatkan ahli-ahlinya bagaimana negara mencapai kemerdekaandan jawapannya hanyalah dengan bersatu bersama-sama UMNO dan MIC. Kesetiaan MCA kepada komponen parti lain juga tidak pernah dicemari walaupun terdapat hasutan dari DAP.

Hasutan dan kebencian yang ditanam DAP ke dalam minda masyarakat Cina terhadap kerajaan dan MCA nampaknya tidak memadai. DAP kini sehingga sanggup mengguna kekerasan dan hasutan melampau. 


Bukan saja DAP gemar berpindah-pindah kawasan untuk bertanding, yang nyata, mereka terpaksa mencari kawasan lain untuk bertanding setelah gagal memberi khidmat dan menunaikan janji-janji yang diberikan setelah menang di pilihanraya lalu. Kerosakan yang telah dibuat di kawasan yang terdahulu, kini ingin pula dibawa ke kawasan-kawasan yang telah dimenangi MCA.

Contohnya di parlimen Bentong dan Ayer Hitam, bukan saja kedua-dua kawasan ini dimenangi ketua-ketua tertinggi MCA, malahan bakti dan nasib rakyat setempat telah terbela malahan sentiasa ditingkatkan. Masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai fahaman ugama dan budaya, malahan mereka juga terdiri mereka yang berbeza sokongan parti politik, telah hidup dalam harmoni dan bahagia.

Kedatangan DAP hanyalah untuk merosakkan kesemua itu. Lihat saja apa yang berlaku di Yong Peng, oleh kerana DAP menghantar seorang perosak, kejadian samseng telah pun berlaku di mana ia tidak pernah dialami oleh masyarakat Yong Peng di dalam kempen pilihanraya sebelum ini. Wong Tack yang sangat dikenali sebagai seorang gemar mencetus huru-hara, di hari penamaan calon pun telah saling cabar-mencabar dengan Datuk Liow.

Janganlah dibenarkan perosak-perosak dari pakatan pembangkang terutamanya dari DAP dan PKR menghancurkan segala yang telah dibina dan diusahakan oleh pemimpin-pemimpin MCA yang ternyata telah dan akan terus membela rakyat.