Wednesday, March 07, 2018

NO. 2 MCA YANG DIGERUNI GUAN ENG DAN DAP


Setelah berlangsung cabar mencabar di media cetak dan media sosial di antara Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan Setiausaha Agong DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, akhirnya satu cabaran debat dikemukanan Datuk Wee. Rakyat sememangnya sangat teruja untuk melihat Datuk Wee dan Guan Eng berada di satu pentas menjelaskan skandal yang melanda terowong dasar laut Pulau Pinang.

Bukankah pendekatan kegemaran DAP mencabar lawannya untuk berdebat? Tetapi sejak Tony Pua mula menikus untuk berhadapan dengan CEO 1MDB Arul Kanda, nampaknya Guan Eng juga meniru langkahnya. Alasan yang diberi, beliau tidak sesuai berdebat dengan orang No. 2 dalam MCA. Apakah Guan Eng sendiri mengaku beliau adalah orang no. 1 dalam DAP sebagaimana beliau melantik dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?

Hakikatnya, bukan saja Guan Eng malahan keseluruhan DAP dari peringkat pemimpin sehingga akar umbinya, mengetahui Guan Eng bakal dilunyaikan orang no. 2 MCA jika perdebatan ini dilangsungkan. Guan Eng juga bakal memalukan dirinya dan kredibiliti DAP di hadapan semua rakyat Malaysia. Oleh kerana takut dengan senario tersebut, Guan Eng beri alasan yang mampu menjatuhkan moral Datuk Wee Ka Siong walaupun semua tahu, Guan Eng sebenarnya takut.

Sebagaimana semua mengetahui, Datuk Wee telah membuat penerangan yang sistematik, profesional dan tersusun dalam skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dari segi teknikal dan juga rasionalnya. Beliau yang merupakan seorang jurutera yang diiktiraf dan perunding binaan profesional, telah kemukakan beberapa soalan yang sememangnya gagal dijawab Guan Eng.

Datuk Wee juga telah kembalikan ingatan Guan Eng ketika berkempen untuk PRU13 yang mendakwa kontraktor dan syarikat binaan terbesar di negara China telah berminat menyertai projek terowong kebanggaannya nanti. Ini hanyalah semata-mata untuk memberi keyakinan kepada pengundi Pulau Pinang yang beliau perlu dikekalkan sebagai Ketua Menteri sekali lagi.

Namun, setelah berjaya menipu rakyat Pulau Pinang pada PRU13, projek terowong Guan Eng masih tidak dilaksanakan sehingga telah menimbul pelbagai persoalan samada di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. Semua rakyat memerhati alasan-alasan yang diberikan Guan Eng dan Zenith Construction.

Kesilapan awal Guan Eng apabila menuding jari kepada Kementerian KerjaRaya dan telah dijawab oleh menterinya Datuk Fadilah Yusof, Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang tidak pernah menghantar apa-apa dokumen dan bagaimana tanpa serahan dokumen, KKR boleh dipersalahkan kerana kelewatan perlaksanaan projek.

Sebagai seorang jurutera dan perunding profesional, Datuk Wee kemukakan kajian dan maklumat terowong Pulau Pinang ini dengan amat terperinci termasuklah perincian teknikal dengan begitu mudah. Menyedari yang beliau tidak akan mampu berbuat perkara yang sama, Guan Eng tidak ada pilihan lain selain dari mencari alasan daripada terus didesak oleh Datuk Wee untuk bersemuka dalam perdebatan.

Alasan tidak mahu berdebat dengan orang no. 2 MCA, hanyalah satu alasan penakut Guan Eng. Beliau bukan saja takut dimalukan Datuk Wee tetapi lebih menggerunkan Guan Eng dan DAP apabila Datuk Wee mampu membuktikan yang DAP dan Guan Eng berjaya menguasai Pulau Pinang selama 2 penggal dengan pendekatan menipu.

Samada no. 1 atau no. 2 dan no. 10 sekali pun, bukanlah cara DAP yang tiba-tiba takut untuk berdebat melainkan mereka benar-benar bersalah dan terbukti segala dakwaan rasuah, salah guna kuasa kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya berlaku. Dengan ini CAT (credible, accountability, transparent) yang dilaung-laungkan mereka hanyala satu retorik untuk menghalalkan perbuatan jijik mereka.

Apakah dengan alasan tidak layak berdebat dengan pemimpin no. 2 MCA, maka Guan Eng dan DAP dapat menghapuskan persepsi mereka sebenarnya telah menipu rakyat Pulau Pinang dan pengundi Cina? Semakin jauh Guan Eng mengelak maka semakin benar tuduhan-tuduhan ke atas mereka. Ternyata, DAP telah berjaya menipu seluruh rakyat Malaysia!

No comments: