Pada 10 Januari 2017, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin memberi amaran yang tiada siapa dalam Pakatan Harapan mesti bersetuju mengiktiraf sijil Unified Examination (UEC) Sekolah Menengah Cina persendirian jika mereka berjaya menawan Putrajaya dengan alasan UEC bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan. Beberapa isu telah ditolak Dong Jiao Zong seperti matapelajaran Sejarah dan kaedah pengajaran serta peperiksaan dalam satu bahasa.
Bagi MCA pula, Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai sememangnya membuka ruang perbincangan lanjut memandangkan ia hanya melibatkan proses teknikal. Apabila UEC diterima Kementerian Pendidikan Tinggi, MCA berpandangan ia mampu membangunkan Malaysia ke arah sebuah negara yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan.
Ini telah dizahirkan di dalam AGM MCA yang ke 63 pada November lalu di dalam resolusinya agar pemegang sijil UEC dapat diterima masuk ke universiti tempatan.
Penentangan UEC ini bukan saja datang dari Presiden PPBM, malahan ia juga ditentang hebat Pengerusinya Dr Mahathir yang kini juga adalah Pengerusi Pakatan arapan yang ahlinya terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM. Dr Mahathir pernah isytihar perang ke atas kerajaan jika UEC bersetuju diiktiraf. Bagaimana pula dengan pendirian DAP? Apakah mereka akan bersetuju dengan pendirian Mahathir dan Muyiddin?
Baru-baru ini, Teo Nie Cheng dari DAP telah secara terbuka membantah amaran Muyiddin. Teo Nie Cheng adalah Ahli Parlimen Kulai dan juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, terpaksa membuat kenyataan bercanggah kerana baginya pengiktirafan UEC telah terkandung di dalam Buku Jingga iaitu manifesto Pakatan Rakyat.
MCA mendapati ia agak pelik apabila Teo Nie Cheng bersuara untuk menentang seseorang yang mempunyai kedudukan di dalam Pakatan Harapan jika dibandingkan dengan beliau yang hanya berjawatan di dalam parti. Apakah kerana terdesak dan tersepit dengan amaran Muyiddin dan cabaran dari MCA, maka Teo Nie Cheng terpaksa merujuk kepada dokumen dari pakatan yang telah pun dibubarkan mereka sendiri?
MCA juga berpandangan yang seharusnya membuat kenyataan balas adalah pemimpin tertinggi dari Pakatan Harapan kerana Muyiddin memberi amarannya mewakili pakatan baru itu. Sekarang di manakah pendirian Dr Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng? Bukankah apabila mereka terus berdiam diri, jelas membuktikan tiada kesepakatan dalam erti kata sebenar?
Inilah DAP yang terang-terang sekadar membuat kenyataan populis untuk menipu pengundi Cina. akikatnya mereka tidak akan mampu melaksanakannya. Inilah juga taktik menipu yang sama DAP guna ketika berbaik dengan PAS yang menyeru masyarakat Cina menerima hukum hudud.
Jauh bezanya persefahaman yang ada di antara pemimpin Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan agar mengambil perhatian serius terhadap isu yang telah berpanjangan tanpa penyelesaian selama lebih dari dua dekad. Justeru, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa juga telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Dong Jiao Zong untuk mengetahui aspirasi sebenar mereka.
Di dalam isu UEC ini, MCA berpandangan yang UMNO bukanlah penghalangnya sebagaimana dituduh DAP tetapi pengiktirafan UEC telah keras dihalang oleh Dr Mahathir, Perkasa dan juga Muyiddin. Sekarang, apakah Kit Siang, Guan Eng dan Anthony Loke bakal menjadi penghalangnya juga?

No comments:
Post a Comment