Wednesday, November 29, 2017

DI MANA SPAD KETIKA CUTI SEKOLAH, CUTI KRISMAS DAN TAHUN BARU?


Bermula dari 23 sehingga 26 November dan selama empat hari ini penguatkuasa SPAD akan bertugas 24 jam dan dengan kerjasama PDRM, JPJ, AADK dan termasuk juga Penguatkuasa Leburaya sepanjang musim cuti sekolah. Manakala untuk cuti perayaan krismas dan juga sambutan Tahun Baru 2018, pihak SPAD akan mengadakan operasi bersepadu dari 22 Disember sehingga 2 Januari 2018.

Pasti musim cuti hujung tahun ini, ramai rakyat Malaysia akan manfaatkannya dan pihak SPAD telah pun mengenalpasti beberapa kesalahan yan pasti berulang sepertimana hasil operasi yang telah dijalankan selama 10 hari ketika musim perayaan Deepavali lalu. Sebanyak 313 kesalahan telah diambil tindakan ke atas pemandu termasuk syarikat pengendali yang terlibat.

Di antara usaha yang pasti diambil SPAD bagi mencegah berulangnya kecuaian pemanduan terutamanya yan melibatkan penangkutan awam darat terutamanya di kalangan pemandu bas ekspres, adalah seperti; audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran terhadap pengendali yang berisiko tinggi, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan juga perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya.

Manakala di sekitar bandaraya pula terutamanya yang berhampiran pusat membeli-belah dan terminal penangkutan awam, pemantauan rapi akan diadakan bagi membenteras aktiviti ulat tiket. Ini jua meliputi pemeriksaan kaunter-kaunter tiket dan dokumen-dokumen di terminal bas.

Sebelum ini, pihak penguatkuasa SPAD telah bertemu pengendali bas ekspres memberi peringatan untuk sentiasa menutamakan keselamatan penumpang dan juga pengguna jalanraya dengan menekankan pematuhan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta peratauran keselamatan tanpa kompromi dan pada setiap masa.

Pihak SPAD beri jaminan yang setiap pesalah pasti akan berhadapan dengan tindakan undang-undang keras dan bukan saja akan dikenakan kepada pemandu, ini juga termasuk syarikat pengendali yang bakal berhadapan dengan penggantungan lesen syarikat mereka. Dan bagi kesalahan berat, kesemua kumpulan kenderaan milik syarikat tersebut akan dipertanggunjawab dan akan mengakibatkan perniagaan mereka digantung sehingga keputusan siasatan audit keselamatan selesai. Sekiranya didapati sebarang syarat telah dilanggar, maka tindakan undang-undang ke atas pentadbiran akan diambil.

Di dalam banyak aduan yan telah dilaporkan kepada pihak SPAD, orang awam telah memainkan peranan penting. Pihak SPAD mengalu-alukan kerjasama dari mereka. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kejadian, SPAD menyediakan hotline 24-jam di talian 1-800-88-SPAD (7723) atau mereka boleh membuat laporan menerusi emel kepada aduan@spad.ov.my atau di media sosial melalui Twitter di @aduanSPAD.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android di mana mereka boleh menyemak status syarikat bas ekspres atau boleh juga membuat laporan kesalahan secara terus.

Yang pasti, kita yakin perjalanan kita pasti dalam keadaan selamat kerana SPAD dan agensi penguatkuasaan lain sentiasa memantau sepanjang 24 jam.


No comments: