Saturday, November 11, 2017

MCA : SIKAP PM NAJIB DAN DATUK LIOW PERLU DITELADANI KETIKA RAKYAT MENGHADPAI MUSIBAH DAN BUKAN GUAN ENG


Sikap angkuh Lim Guan Eng bukan saja terkenal malahan tidak dapat dinafikan dunia apabila MCA pernah menegur sikapnya membuat kenyataan penghinaan dan tuduhan-tuduhan menjijikkan ketika Pahang dan Kelantan dilanda banjir besar beberapa tahun lalu. Kerana itu tidak apabila rakyat memanggilnya 'Tokong' disebabkan bongkaknya yang gemar membuat tohmahan ke atas pentadbiran BN dahulu di Pulau Pinang dan juga kepimpinan kerajaan Persekutuan.

Guan Eng dan DAP pernah membuat kenyataan melampau ketika negara berhadapan tragedi MH370 dan membuat kenyataan yang tragedi ini adalah perbuatan seorang pemimpin dari BN dan dunia tidak boleh mempercayai kerajaan Barisan Nasional. Beliau sengaja melakukannya tanpa mengira kesedihan perasaan keluarga mangsa yang hilang.

Apabila Pahang dilanda banjir, Guan Eng dengan angkuhnya memberitahu yang DAP mampu selesaikan masalah banjir dalam satu penggal saja jika Pakatan Harapan berjaya tawan Pahang dan Putrajaya. Keangkuhannya ini dibuat ketika masyarakat lain sedang sibuk menghulurkan bantuan tetapi Guan Eng tanpa segan silu sibuk bermain politik tanpa menyedari yang malapetaka juga adalah satu takdir dan sekali lagi Guan Eng tidak menunjukkan langsung prihatinnya kepada mangsa banjir apatah lagi untuk menghulur bantuan.

MCA pernah menegur keangkuhan Guan Eng yang mengingatkan bahawa “kadangkala malang menimpa tanpa diduga dan tidak di minta mangsa atau keluarga! Tetapi dibalas pula dengan kata nista dan tidak menghormati Guan Eng dan amalan biasa, meminta pemimpin MCA letak jawatan dari parti dan kabinet.

Rakyat sebenarnya tidak boleh terima kenyataan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika pulau itu dilanda banjir pada peringkat awal sebelum menjadi lebih parah. Untuk rekod, tahun ini saja Pulau Pinang telah dilanda banjir hampir 20 kali. Alasan bodoh yang Guan Eng telah berikan, di antaranya beliau berasa lega apabila tiada kematian tetapi kini telah pun ada rakyat Pulau Pinang yang menjadi korban banjir.

Apabila rakyat sedang bertarung nyawa menyelamatkan diri dan sedikit keperluan, Guan Eng menafikan yang Pulau Pinang sedang menerima musibah dengan alasan jika tidak melibatkan keseluruahn taman, ia tidak boleh dikatakan banjir. Pada 5 November lalu, hampir 80% pulau ini ditenggalami air.

Rakyat Pulau Pinang telah lama mengingatkan Guan Eng ke atas kerakusan pentadbirannya membenarkan pemaju perumahan menarah lereng-lereng bukit dan membotakkan bukit-bukit di Pulau Pinang. Namun Guan Eng menafikan yang tiada bukit di Pulau Pinang dibotakkan. Mungkin Guan Eng takut untuk tunjukkan keadaan geografi terkini sehingga rakyatnya sendiri terpaksa viralkan pelbagai gambar yang menunjukkan keadaan geografi Pulau Pinang sejak Guan Eng dan DAP mengambil alih.

Tanah Runtuh yang telah menimbus nyawa lebih dari 20 pekerja dan 11 telah mati di tapak binaan, Guan Eng menafikan yang ia bukan kawasan tanah tinggi tetapi tapak pembinaan yang rata. Sekali lagi rakyatnya membuktikan Guan Eng berbohong dan tanpa berlengah, ada yang memuatnaikkan keadaan kawasan tanah tinggi yang runtuh.

Justeru, satu pengajaran kepada rakyat Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, cukuplah menerima pembohongan demi pembohong serta keangkuhan orang yang bernama Lim Guan Eng bersama-sama partinya DAP. Jauh bezanya dengan pemimpin negara PM Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai bersama-sama Skuad Penyelamat MCA (CRSM) dan Gerakan Penyelamat dari Pemuda MCA yang telah berbesar hati menghulur pelbagai bantuan dan tenaga kepada mangsa banjir.

Lebih utama, tanpa mengira apakah fahaman dan sokongan mangsa banjir di Pulau Pinang, seluruh jentera telah turun memberi bantuan tanpa ada sedikit pun cubaan untuk mengambil kesempatan mencemuh keangkuhan Guan Eng dan DAP. Inilah komponen parti bersama-sama kepimpinannya yang jelas dan telus mendahulukan rakyat.

Apakah rakyat masih ingin memilih Guan Eng dan DAP lagi agar keselamatan dan nyawa mereka diutamakan?

No comments: