Sunday, April 30, 2017

PERLINDUNGAN INSURANS: KEPADA UBER DAN GRABCAR, SILA DAFTAR DAHULU DENGAN SPAD




Selepas pihak SPAD umumkan klasifikasi semula lesen teksi beberapa hari lalu di mana perkhidmatan kereta sewa yang popular di masa kini seperti Uber dan Grabcar boleh mendapatkan lesen untuk beroperasi, dalam program mitigasi industri teksinya, pihak kerajaan telah meluluskan skim insuran iaitu Skim Bencana Pekerjaan.

Skim perlindungan insurans ini mampu dimanfaatkan oleh 100,000 pemandu teksi, Uber dan GrabCar yang bekerja sendiri tetapi untuk mereka layak menyertainya, syarat utama adalah mereka perlu berdaftar dengan Suruhahjaya Pengangkutan Darat atau SPAD.

Skim Bencana Pekerjaan ini berkuat kuasa pada 1 Jun ini diwujudkan selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diluluskan oleh Dewan Negara.

Sekali gus melenyapkan dakwaan dan tuduhan yang kerajaan mahupun SPAD cuba memberi keutamaan kepada syarikat Uber dan GrabCar dan pemandu teksi pula dianiaya apabila dibebankan dengan permit dan insurans. Skim insuran ini juga bukan kelulusan automatik untuk mana-mana pihak yang terlibat di mana pendafataran dengan SPAD dijadikan syarat utama oleh pihak kerajaan.

Pelancaran Skim Bencana Pekerjaan ini juga membuktikan yang pihak kerajaan mendengar segala keluhan di peringkat pemandu, syarikat operator dan juga rakyat yang menjadi pelanggan utama mereka. Justeru, kerajaan bukan sekadar mendengar malahan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian agar semua pihak tidak tertindas malahan dimanfaatkan pula.

Inilah salah satu cara agar pemandu-pemandu kereta sewa dihalalkan di negara dan penumpang tidak berasa ragu akan keselamatan mereka. Bagi pemandu teksi pula, mereka juga tidak lagi perlu ragu dan rasa tertindas dan terkesan dengan wujudnya perkhidmatan kereta sewa kerana kedua-dua perkhidmatan ini mampu diperbaiki dan diperbaiki.

Oleh yang demikian, tidak wujud langsung sebarang tuduhan liar dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang SPAD melindungi Uber dan GrabCar apabila mereka juga perlu berdaftar dengan SPAD dan telah dikategorikan di bawah program klasifikasi semula lesen.

No comments: