Friday, April 14, 2017

RUU 355 : WALAUPUN SEKADAR PERSOAL KEBENARAN SPEAKER, DAP TETAP DENGAN WAJAH ANTI-ISLAMNYA


Sikap anti-Islam DAP tidak akan mampu ditutup rapi walau apa pun susunan strategi Pakatan Harapan dalam cubaan menggagalkan pembentangan usul persendirian untuk kali ke2 oleh MP Marang Datuk Seri Hadi Awang pada Jumaat lalu.

Setelah dibenarkan Speaker untuk Haji Hadi membaca usul, Kit Siang adalah orang pertama yang bangun untuk membantah kononnya telah melanggar peraturan mesyuarat. Kemudian dituruti dengan gangguan dari  Gobind Singh Deo, Lee Boon Chye, Gooi Hsiao-Leung dan N Surendran, kesemua mempersoal kewajaran Speaker membenarkan Hadi Awang membaca usulnya untuk kali kedua.

Setelah Speaker menjawab semua persoalan mereka, Hadi Awang berjaya membentangkan usul pindaan RUU355 ini dan perbahasan ditangguh selepas rehat tengahari.

Seolah-olah seperti telah mengetahui apa yang bakal disindir dan dibongkar oleh Setiausaha Agong PAS dan juga MP Kota Bharu Takiyuddin bin Hassan ketika berbahas untuk menyokong usul pindaan RUU355, DAP dan Ahli-Ahli Parlimen anti-Hadi Awang sengaja tidak hadir di sesi petang perbahasan ini. Jika ada yang hadir, mereka hanya berdiam diri.

Di dalam perbahasan menyokong usul Hadi Awang, MP Kota Bharu PAS telah membuka sejarah Akta 355 di mana pertama kali telah dibawa oleh Tun Abdul Rahman bin Yakub dari Sarawak. Kemudian disokong  oleh Haji  Abdul Hamid Khan bin Sakhawat Ali Khan daripada Batang Padang, dan seterusnya dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen yang kesemuanya adalah Islam sehingga diluluskan pada tahun pada 1965.

Menariknya, ketika itu ahli-ahli Parlimen seperti Lee  Kuan  Yew untuk Singapura, Dr. Tan Chee Kun Ahli Parlimen Batu, Lim Chong  Eu Ahli Parlimen Tanjong, Encik CV Devanaya daripada  Bangsar, tidak mengambil bahagian dalam perbahasan ini di mana jelas menunjukkan hormat mereka terhadap kepentingan masyarakat Islam.

Seterusnya Pindaan Pertama Akta 355 telah dibuat dan diluluskan pada tahun 1984 dan yang menariknya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw turut berada sebagai Ahli Parlimen tetapi tidak menentang mahupun mengambil bahagian dalam perbahasan. Sepertimana pada tahun 1965, hanya ahli-ahli parlimen Islam saja yang berbahas dan begitu juga ketiak pindaan pertamanya pada tahun 1984.

Apa yang ingin dikatakan YB Takiyuddin adalah sejak mula Akta 355 dibaca dan dibahas di Parlimen, walaupun ketika itu ahli-ahlinya terdiri daripada bukan berugama Islam tetapi mengambil pendekatan untuk menghormati ugama Persekutuan ini, justeru tiada bantahan dan juga mempersoal tindakan Speaker.

Namun hari ini berbeza. Kit Siang yang dahulu tidak membantah tetapi hari ini mengetuai barisan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang bukan Islam untuk cuba menghalang usul pindaan undang-undang Islam ini. Apakah Kit Siang sengaja terlupa dan cuba menggalakkan Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam yang lain untuk mencampuri hal ehwal ugama persekutuan ini?

Kita pasti yang Kit Siang juga membuat homeworknya ke atas sejarah Akta 355 di mana Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam tidak pernah mengambil bahagian dalam perbahasan dan ini bakal dijadikan subjek perbahasan Takiyuddin. Mengetahui kebenaran ini, maka Kit Siang dan anti-Hadi Awang tiada pilihan lain, melainkan cuba menghalangnya sebelum dibentangkan dengan mempersoal kewajaran Speaker membenarkan ia dibentang.

Pokoknya, ia adalah cubaan Kit Siang dan DAP untuk menghalang dan lebih teruk lagi adalah niat mereka untuk mencampuri hal ehwal ugama Islam. Kita hanya ingin bertanya, jika beliau dan kuncu-kuncunya bukan anti-Islam dan anti-Melayu, apa perlu tindakan Speaker dipersoalkan? Bukankah sekiranya Speaker gagal menjawab dakwaan mereka, maka usul ini juga akan turut dibatalkan?

Walau apa pun yang cuba Kit Siang dan DAP selindungkan, sikap anti-Islam mereka tetap terserlah dan telahan Tan Sri Annuar Musa untuk mengatakan yang Kit Siang adalah seorang diktator yang anti-Melayu dan anti-Islam adalah benar belaka.
 

No comments: