Tuesday, April 11, 2017

WEE KA SIONG : DAP SEBENARNYA BERLAKON SAJA MEMBANTAH PINDAAN RUU355



Segala jerit pekik dari blok pembangkang terutamanya DAP ketika pembentangan pindaan RUU355 hanya sekadar kebiasaan mereka menonjolkan lakonan murahan untuk menutup perkara sebenar yang mereka menyokong apa yang PAS lakukan. Itulah hakikatnya!

Ahli Parlimen Kota Tinggi dan juga Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong tidak terperanjat dengan tindakan Kit Siang dan DAP yang kononnya membuat cubaan menentang keputusan speaker Dewan Rakyat membenarkan Presiden PAS membuat pembentangan di saat-saat akhir persidangan dewan. Jika dilihat pada sejarah RUU355, Kit Siang mahupun Karpal Singh tidak langsung keluarkan sepatah perkataan mempersoal ketika RUU355 dipinda sebanyak dua kali pada tahun 1984 dan 1989.

Malahan ketika DAP bekerjasama dengan PAS di dalam 2 pilihanraya umum lalu, DAP benar-benar menyokong hukum hudud. Segalanya telah dibuktikan dan rakaman video beberapa pemimpin mereka juga jelas cuba pertahankan hukum hudud. Kini mereka perlu bantah pindaan RUU355 yang dibawa MP Marang selaku Presiden PAS Hadi Awang, untuk apa?

Lebih memualkan lagi apabila DAP membuat serangan bertalu-talu terhadap kerajaan terutama pihak MCA.

Apakah apabila Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, Pakatan Harapan dengan jelas menyatakan yang mereka tidak membantah pindaan RUU tersebut, DAP sebagai ahli terkuat mereka tidak pula membantah. Apakah DAP takut apabila pendedahan perjanjian di antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum pilihan raya lepas di mana PAS diberi kebebasan untuk meneruskan matlamat negera Islam?

Berbeza sekali dengan pendirian MCA yang secara aktif menyuarakan bantahan dan kebimbangan orang bukan Islam berhubung perkara ini, sebaliknya tidak banyak yang dilakukan Ahli Parlimen DAP selain menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan MCA.

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mewakili BN dan kerajaan telah memutuskan agar tidak ada wakil kerajaan akan membentangkan Pindaan Akta 355, bagi Datuk Wee membuktikan Barisan Nasional (BN) mementingkan semangat kebersamaan dengan mengambilkira semua pandangan parti komponen.

Ia adalah keputusan yang berdasarkan konsensus yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan bukan seperti Pakatan Harapan yang berbeza-beza keputusannya di mana DAP mengambil pendirian menentang tetapi PKR pula bersetuju dan kononnya Pakatan Harapan membuat keputusan untuk
bersetuju.

Benarlah kata Datuk Wee yang pembangkang terutamanya DAP hanya berlakon. Di khalayak ramai konon menentang tapi di belakang terus menikus apabila berhadapan PAS dan PKR. Apabila MCA menyerang balas dengan pelbagai pendedahan dan bukti, mereka sanggup kata MCA tidak bertanggungjawab.

Berbeza sekali di dalam amalan Barisan Nasional, MCA dan beberapa parti komponen lain berani menyatakan keresahan mereka tanpa sebaran sekatang  dan sentiasa menghormati segala keputusan yang dibuat secara sebulat suara. Tidak ada istilah MCA takut kepada sesiapa seperti yang sering didakwa DAP yang MCA takut kepada UMNO. Apa yang berlaku di bawah kepimpinan DS Najib sebagai Presiden BN yang terbuka kepada pandangan dan sentiasa mengamalkan keputusan konsensus manakala MCA dibawah kepimpinan DS Liow Tiong Lai, mereka sentiasa berani mewakili suara dan aspirasi bangsa Cina.

Maka siapa sebenarnya yang jelas gagal bersatu dan sentiasa berlakon di hadapan rakyat?

No comments: