Apa kena mengena dengan MCA yang didesak Guan Eng untuk membawa bantahan persempadan semula kawasan parlimen dan DUN ke kabinet sedangkan yang mencadangnya adalah pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)? Desakan Guan Eng ini diibaratkan MCA seperti apabila beliau ingin menggunting rambutnya tetapi beliau pergi ke kedai hardware.
Bukankah ini satu desakan yang tidak berasas? DAP nampaknya tak habis-habis ingin bermain politik sahaja walaupun mereka sendiri tidak memahami proses persempadan semula.
SPR baru di tahap memberi cadangan dan proses masih di dalam tempoh bantahan yang pasti belum dibawa ke parlimen pun, tetapi Guan Eng dan DAP telah mencabar MCA untuk menolaknya di dalam mesyuarat kabinet dan parlimen.
Prosedur sebenarnya mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, setelah SPR kemukakan cadangan persempadanan semula, ia akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen, sebelum mengumumkan di dalam akhbar, di samping mempamerkan di lokasi tertentu. Pengundi juga dibenarkan untuk menyuarakan bantahan mereka dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyiaran di akhbar. Ketika ini juga, cadangan SPR belum lagi dibentangkan di Kabinet dan Parlimen.
Apabila cadangan persempadanan semula itu dikemukakan ia melibatkan pengasingan kaum dan MCA mengambil pendirian yang jelas menentangnya. Tindakan yang diambil selepas itu mempunyai alasan sendiri dan bergantung kepada strategi MCA dan prinsip BN.
Jika DAP ingin tahu, MCA juga tidak berpuas hati dan seterusnya akan bantah tetapi mereka akan kemukakan penjelasan untuk menyokong bantahan mereka. Bukan seperti DAP yang lebih mementingkan untuk mendesak orang lain tetapi diri sendiri tidak faham proses persempadanan semula.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri telah menyatakan rasa tidak puas hati di mana 26 daripada 40 kerusi parlimen MCA yang akan dipertandingkan nanti akan terjejas. Contohnya di PJ Utara akan menyaksikan peningkatan pengundi daripada 80,000 kepada 150,000 dan juga peningkatan pengundi Melayu di Lumut dari 50% kepada 71%.
MCA telah mengambil langkah untuk mengumpulkan kesemua 85 pemimpin kawasan parlimennya untuk berbincang dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah ini.
Justeru, Guan Eng dan DAP tidak perlu untuk beri tunjuk ajar kepada MCA apa yang perlu dilakukan tetapi tumpukan saja konflik yang sedang melanda di dalam Pakatan Harapan dan rakan-rakan pembangkang mereka. Apa guna peroleh kerusi parlimen terbanyak sedangkan seringkali dikuasai rakan-rakan mereka sendiri.
DAP sepatutnya malu apabila desakan mereka seperti untuk mengadakan pilihanraya awal di Pulau Pinang dan Selangor ditolak mentah-mentah oleh rakan mereka sendiri yang jelas kekuatan mereka hanya di mulut dan bukan dalam erti kata sebenar. Apabila telah dimalukan rakan sendiri terutama dari PKR, DAP ingin beralih arah untuk menyerang dan mengajar MCA pula?

No comments:
Post a Comment