Di dalam blog Kit Siang pada 2 September lalu, dengan tajuk panjang berjela - "Call on Najib to confirm that he is “MALAYSIAN OFFICIAL 1” referred to in the US DOJ lawsuits on forfeiture of 1MDB-linked assets in United States, and if not, to explain why not", beliau sempat kaitkan satu cubaan wartawan MalaysiaKini menerjah Datuk Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden MCA dengan soalan berkaitan kenyataan Datuk Rahman Dahlan mengenai MO1 yang dikaitkan dengan PM Najib Razak.
Kit Siang menjadikan jawapan Datuk Wee sebagai bahan politiknya apabila enggan mengulas lanjut kenyataan Datuk Rahman, justeru melabel Datuk Wee tidak hiraukan kepentingan negara, hanya kerana enggan mengulas lanjut. Seperti biasa, Kit Siang akan menggelar sesiapa saja dari MCA sebagai 'bodoh' jika jawapan yang diberi tidak memenuhi skrip politik beliau.
Tindakan Datuk Wee untuk tidak mengulas lanjut adalah satu tindakan bijak kerana beliau faham dan arif yang DAP akan putar belit setiap apa yang akan diulaskan nanti. MO1 sepertimana yang ingin KitSiang kaitkan dengan PM Najib, adalah masih satu andaian.
Pertama lihat saja tajuk di blog Kit Siang, beliau sengaja tidak mahu menyatakan yang dakwaan Jabatan Kehakiman US (US DOJ) adalah satu dakwaan sivil tetapi cuba kelirukan pembacanya seolah-olah ia satu kes jenayah. Kedua, dari tajuk artikel tersebut saja kita ketahui yang KitSiang bukan jenis ahli politik yang mengutamakan kepentingan negara tetapi politik terdesaknya kerana jelas menafikan kenyataan 1MDB yang telah pun mengaku tiada aset mereka di Amerika dan pihak syarikat tidak pernah dihubungi untuk meminta penjelasan.
KitSiang tahu ini adalah dakwaan sivil dan jika kita melayari di Internet, apakah perbezaan di antara tindakan sivil dan jenayah, ia dijelaskan seperti berikut;
"Civil cases are generally brought by private individuals or corporations seeking to collect money owed or monetary damages. A criminal case is brought by the local, state or federal government in response to a suspected violation of law and seeks a fine, a jail sentence or both."
Ini bermakna US DOJ bertindak ke atas syarikat Red Granite yang disyakki melakukan transaksi wang haram di Amerika dan tidak bertindak ke atas dakwaan jenayah. Semua rakyat Malaysia termasuklah Datuk Wee kecuali Kit Siang dan DAP mengetahui yang ia adalah kes sivil, siapa yang lebih bodoh di sini?
Sebagaimana penjelasan Datuk Rahman begitu juga pengetahuan Datuk Wee, soalan yang sepatutnya ditanya KitSiang, mengapa US DOJ tidak secara spesifik menamakan MO1 itu adalah PM Najib Razak sepertimana yang telah dinamakan mereka seperti Jho Low, Riza Aziz dan juga Khadem Al Qubaisi?

Mengapa KitSiang sengaja tidak menyebut perkara ini sedangkan ia perkara pokok? Jawapannya mudah, semua rakyat Malaysia kecuali KitSiang dan DAP sengaja lari dari persoalan pokok tetapi memilih-milih dalam membuat tuduhan malahan memperbodohkan pengikut setia mereka.
Sebagai rakan sesama menteri, Datuk Wee menghormati dan memahami penjelasan Datuk Rahman dan tidak perlu ulasan lanjut walaupun dengan sengaja diterjah wartawan MalaysiaKini.
Bagi rakyat Malaysia, jika Kit Siang terlalu ambil berat soal kepentingan negara, bukan isu MO1 yang tidak dinamakan US DOJ perlu dirisaukan malahan kes rasuah anaknya dan juga bapa Adun di Pulau Pinang yang perlu diberi perhatian. Apakah dengan memberi rasuah dan salah guna kuasa oleh Guan Eng bukan satu kesalahan? Apakah KitSiang akan nafi kes anaknya itu adalah kes jenayah?
Kit Siang perlu jawab, kes rasuah di Penang lebih jelas atau MO1 yang tidak dinamakan US DOJ secara spesifik?

No comments:
Post a Comment