Monday, May 16, 2016

#MCA CABAR DAP DEDAHKAN SEMUA DAN BUKAN MEMILIH TINDAKAN


Baru-baru ini secara meluas DAP telah umumkan kepada media cetak dan juga portal-portal berita yang mereka telah bertindak melucutkan keahlian DUN Teluk Datok, Loh Chee Heng kerana tuduhan salahguna dana kerajaan negeri selepas parti menyiasat aduan bertulis dan mendapati ia berasas.

Tindakan DAP ini dilihat cuba meraih publisiti murah dan sekaligus cuba melihatkan parti mereka serius bertindak untuk menentang sebarang kesalahan samada rasuah dan kuasa.

MCA mencabar DAP sekiranya mereka benar-benar serius dan ikhlas menentang kesalahan, jangan sekadar memilih satu kes tetapi perlu bertindak tegas ke atas semua dakwaan yang pernah dikemukakan oleh ahli-ahli mahupun bekas ahli mereka.

Merujuk kepada kesalahan Loh Chee Heng, MCA mempersoalkan berapa banyak aduan samada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diterima ke atas kesalahannya? Apakah DAP memilih dalam tindakan mereka?

Apa terjadi dengan siasatan ke atas aduan SPRM terhadap Teresa Kok yang dibuat bekas pegawainya? Teresa juga dikatakan telah salah mengguna dana parti untuk pilihanraya umum yang lalu seperti yang dilakukan Loh Chee Heng.

Terkini, mengapa DAP tidak membuat sebarang pengumuman mengenai tuduhan kehilangan kutipan yang pada asalnya bertujuan untuk membiaya pelbagai projek rakyat seperti Derma Impian Sarawak dan Derma PRN Sarawak... DI SINI

Bagaimana pula dengan pendedahan Irene Chang terhadap jumlah wang sumbangan dari Persatuan Peniaga Foochow (Sibu) untuk membantu DAP dalam urusan pilihanraya sibu 2010 dan PRN Sarawak ke 10 (2011)?


Isu yang sama juga dipersoal MCA di mana jawatankuasa displin DAP tidak mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Kajangnya, Lee Kee Hiong yang mengurus semua peruntukan Exco DAP Ean Yong Hian Wah selepas PRU 2008 di mana di dalam siasatan SPRM (ketika tragedi kematian Teoh Beng Hock), Kee Hiong mengaku bersaudara dengan Lee Wye Wing dan merupakan pengarah WSK Services. Kebanyakan projek di bawah RM20,000 telah diberikan kepada isteri Lee Wye Wing di bawah WSK Services.

Paling hangat di ketika ini, skandal Guan Eng dengan bungalo murahnya yang dibeli dari Ms Phang yang ada hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Kes ini masih di dalam siasatan SPRM dan Polis. Namun apakah DAP akan mengambil tindakan terhadap Guan Eng sekiranya jelas beliau bersalah nanti atau mungkin ia bukan kesalahan parti DAP yang mempunyai seorang Setiausaha Agong terlibat dengan rasuah?

DAP sepatutnya bertindak lebih profesional dan serius berdasarkan kepada isu dan jumlah aduan yang telah dibuat kerana selain daripada Loh Chee Heng, ahli-ahlinya terutamanya dan rakyat amnya masih belum melihat sebarang tindakan tegas mahupun apa-apa akauntabiliti awam dari DAP.

Dengan tegas, MCA menuntut DAP dedahkan segala tindakan kepada rakyat ke atas dakwaan-dakwaan terhadap mereka sebagaimana yang telah mereka bertindak terhadap Loh Chee Heng atau mereka sekadar bermain wayang saja.

No comments: