Friday, January 15, 2016

MCA DIDATANGI SPRM




Bila SPRM mendatangi parti politik, MCA adalah parti politik pertama dalam sejarah Malaysia. Tetapi bukan kerana ada salahlaku yang perlu disiasat SPRM, MCA melalui Sekolah Pengajian Politik MCA telah menandatangani  memorandum kerjasama latihan antara MCA dan SPRM.

Di dalam meningkatkan kesedaran pentingnya menjauhi dan memerangai rasuah, MoU ini ditandatangani oleh Pengetuanya, Datin Paduka Chew Mei Fun dan SPRM yang diwakili Dato Mustafar Ali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) serta disaksikan Datuk Wee Ka Siong selaku Timbalan Presiden MCA dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat dan En Abdul Samat Kasah, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya.

MoU Penggunaan Modul Pencegahan Rasuah ini adalah susulan daripada sesi engagement yang telah diadakan pada tahun lalu dan ia adalah di antara elemen program transformasi politik MCA.

Apabila MCA mengambil langkah ini, ia menunjukkan betapa telusnya transformasi MCA di bawah kepimpinan DS Liow Tiong Lai untuk mengenali secara mendalam kaedah pencegahan rasuah yang perlu dipraktikkan oleh ahli-ahlinya.

SPRM mengaku yang MCA adalah parti politik pertama yang mengguna modul pencegahan rasuah. Modul ini mampu membentuk parti dan ahli politik mengamalkan budaya berintegriti dalam berpolitik.

Seperti pesanan Datin Paduka Chew Mei Fun, jika kita bertepuk sebelah takan berbunyi dan rasuah melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima. Oleh itu amat penting pengetahuan yang menyeluruh mengenai siapa dan akibat pemberi dan penerima rasuah terutama kepada penggiat politik MCA.

Maka modul Pencegahan Rasuah dari SPRM ini mampu menyuntik pengetahuan dan kesedaran di kalangan ahli-ahli MCA betapa pentingnya diberi latihan dan kerjasama dari pihak SPRM.

Pada masa akan datang, MCA juga akan bekerjasama dengan badan-badan NGO serta organisasi antarabangsa untuk mengadakan kursus dan latihan untuk memupuk pemerintahan yang baik.

MCA telah memulakan siri latihan dan penerangan kempen memerangi rasuah pada Disember 2015 lalu bersama-sama SPRM di dua kem latihan masing-masing di Gambang, Pahang dan Grik Perak.

Apabila MCA serius dalam usaha mereka menjadikan parti mereka telus dan berintegriti, apakah DAP pun akan sanggup memerangi rasuah atau hanya sekadar bersorak dan menjerit yang pentadbiran mereka di Pulau Pinang itu benar-benar bersih tetapi tetap tidak mengamalkan seperti yang dikata?


No comments: