Sunday, January 17, 2016

MAKLUMAT TIKET ONLINE BAS EKSPRES UNTUK CUTI TAHUN BARU CINA



Setiap tahun pada setiap musim perayaan, rakyat Malaysia pasti akan pulang ke kampung untuk cuti panjang. Oleh itu seperti biasa, pihak SPAD akan memastikan tambahan bas ekspres dan kali ini adalah sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 8 hingga 9 Februari 2016.

Pihak SPAD telah pun membuka permohonan lesen perubahan sementara (LPS) kepada semua pengendali bas ekspres sejak 12 Januari lalu dan akan ditutup pada 5 Februari nanti. Lesen sementara ini adalah untuk bas tambahan yang mula beroperasi pada 5 Februari sehingga 14 Februari nanti.

Pada tahun lepas, pihak SPAD telah pun mengeluarkan sebanyak 140 permit sementara sepanjang cuti Tahun Baru Cina.

Di dalam menggalakkan penumpang-penumpang bas ekspres agar tidak kecewa untuk mendapatkan tiket bas sewaktu cuti panjang ini, pihak SPAD telah menyediakan senarai syarikat bas yang menjual tiket secara online. Syarikat-syarikat bas ekspres ini adalah yang telah berdaftar dengan SPAD dan dijamin selamat.

Klik DI SINI... untuk melihat senarai syarikat bas ekspres.

Kempen membeli tiket secara online ini adalah bertepatan untuk menggalakkan dan memudahkan penumpang membeli tiket dengan lebih awal dan mereka pasti tidak akan kecewa untuk mendapatkan tiket nanti. 

Penumpang juga akan mampu mengelak diri daripada beratur panjang  dan dengan membeli tiket online, kita mampu elak dari ditipu dan diganggu ulat-ulat tiket yang berkeliaran di stesen-stesen bas nanti.

Semoga perjalanan cuti di Tahun Baru Cina nanti akan lebih lancar dan terima kasih kepada SPAD kerana memudahkan perjalanan rakyat.

No comments: