Saturday, January 02, 2016

21 CATATAN RINGKAS PERUTUSAN 2016 PM NAJIB RAZAK


1. Kejayaan Malaysia pada 2015 dimulakan sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan sebagai Pengerusi ASEAN untuk mencapa objektif membina masyarakat lebih selamat, lebih makmur dan lebih saksama.

2. Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN dan ekonomi keempat terbesar di dunia. ASEAN dan Amerika membentuk perkongsian strategik baru, hubungan dengan China semakin kukuh. 

3. Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dan toleran dan rakan penting memerangi keganasan global.

PENCAPAIAN EKONOMI NEGARA

4. Dasar mikroekonomi dipuji Bank Dunia, tempat pertama dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global, tempat ke-18 dalam laporan Daya Saing Global, gred lebih baik dalam 'global rating'.

5. Program Transformasi Kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-11 memastikan tercapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

6. Kejatuhan harga minyak dunia dan kemelesetan ekonomi China beri kesan kepada ekonomi negara.

7. Tindakan Tidak Popular Kerajaan - Pengenalan GST dalam keadaan kejatuhan harga minyak dunia.

8. Demi kesejahteraan dan kemajuan rakyat, cukai diturunkan untuk keluarga berpendapatan sederhana, gaji minima dinaikkan dan peruntukan BRIM ditambah, 175 ribu unit rumah mampu milik akan dibina dan peruntukan 41.3 bilion untuk kualiti pendidikan.

9. Pembangunan Sabah, Sarawak dan luar bandar juga dipertingkatkan.

10. Meningkatkan kebingkasan ekonomi, mengurus kesan daripada kerentanan luar dan melindungi kepentingan rakyat akan menjadi keutamaan kerajaan pada 2016.

Keazaman saya ialah melihat tiada rakyat Malaysia akan tersisih apabila negara kita terus melakar kemajuan. Kami mempunyai perancangan, ia sedang dilaksanakan dan membuahkan hasil.

11. Mulai 2016, rakyat Malaysia perlu berbincang tentang Wawasan Pasca 2020.


Bagaimanapun, apa yang menyedihkan pada tahun ini ialah beberapa perbalahan telah dieksploitasi dan dipolitikkan oleh mereka yang mempunyai niat tertentu.

Kerajaan mendapat mandat daripada rakyat dan oleh itu hanya rakyat yang boleh membuat keputusan melalui peti undi berpandukan peraturan sistem yang kita amalkan mengenai siapakah yang mereka mahu menerajui negara ini. Sementara menunggu tibanya waktu itu, kita semua perlu menghormati perlembagaan, undang-undang dan adat resam kita; dan sekiranya kita berbeza pendapat, ia perlulah disuarakan melalui saluran yang sewajarnya.

1MDB - Fitnah politik, ketirisan dan maklumat tidak lengkap memberi mudarat kepada ekonomi dan mencemarkan nama baik Malaysia.

12.  Pada Jun lalu, berjanji masalah kewangan 1MDB diselesaikan menjelang akhir tahun dan sebanyak 40.4 bilion hutang telah dikurangkan.

13. 31 Disember, 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia dijual kepada Iskandar Waterfront Holdings sebanyak 60 peratus dan China Railway Engineering Corporation sebanyak 40 peratus dan pengurangan hutang sebanyak 7.1 bilion.

14. Janji ditepati dan kini penyusunan semula program 1MDB.

BUDAYA UNIK RAKYAT MALAYSIA

15. Bekerjasama, perpaduan dan hormat-menghormati dalam kepelbagaian serta bergerak ke arah yang sama untuk kejayaan terbaik Malaysia.

16. Integriti dan ketelusan tonggak demokrasi dan perlunya menyokong penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik.

KESELAMATAN NEGARA

17. Jangan dipandang ringan dan ia bahaya jelas yang dihadapi di dalam dan luar negara seperti gerakan Islamic State. Kuala Lumpur adalah potensi serangan dan telah digagalkan pihak polis.

18. Kerajaan meluluskan Akta Pencegahan Keganasan pada awal tahun dan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara pula diluluskan akhir tahun.

19. RUU MKN tidak bercanggah dengan kebebasan dan dijamin Perlembagaan Persekutuan. 

Sebagai perdana menteri, saya tidak akan memohon maaf kerana menjadikan keselamatan seluruh rakyat Malaysia sebagai keutamaan tertinggi saya.

20. Matlamat bagi 2016, kerajaan tidak kompromi melindungi keselamatan dan perpaduan rakyat walaupun ia tidak popular dengan keputusan tegas, tepat dan yang diperlukan. Bersama-sama bergerak ke hadapan.

21. Selamat menyambut tahun baharu yang lebih sejahtera, makmur dan selamat.

Teks penuh perutusan 2016 YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh dibaca ... DI SINI

No comments: