Monday, June 08, 2015

KOJADI BOLEH HAPUSKAN 'AH LONG'


"Perniagaan samada berskala kecil ataupun besar,memerlukan skim dan institusi kewangan yang lebih tersusun agar dapat dimanfaat rakyat", itu kata Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ketika melancarkan Skim Pinjaman SME Kojadi (KSME) untuk warga SME Cina dan Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs (SAME).

Peruntukan KSME sebanyak RM50 juta telah dibentangkan di dalam Bajet 2015 dan sebuah koperasi MCA iaitu Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi) akan diamanahkan sebagai pengurusannya.

Sekaligus, dengan wujudnya skim pinjaman ini, para peniaga tidak lagi akan bergantung kepada peminjam-peminjam wang haram atau lebih dikenali sebagai 'Ah Long' dan sekaligus mampu menghapus agen-agen sebegini.

Ini adalah salah satu pendekatan kerajaan bagi merealisasikan agar transformasi menuju rakyat berpendapatan tinggi tercapai menjelang tahun 2020.

Kojadi telah dipilih kerajaan bagi mengurus peruntukan ini berdasarkan prestasinya yang bertaraf lima bintang dan pencapaian yang cemerlang di mana di dalam laporan, Kojadi telah memberi pinjaman pelajaran serta telah mencatat pinjaman tidak berbayar paling rendah di paras 1.7%.

Peminjam yang layak akan diberi pinjaman di antara RM50,000 dan RM250,000 pada kadar faedah hanya 4% sahaja.

Perdana Menteri juga positif dengan skim pinjaman SME ini kerana ia juga mampu meningkat sasaran perkembangan 41% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sebagaimana diketahui perlantikan Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang dipertanggungjawabkan untuk SME peniaga-peniaga Cina, telah pun memaklumkan borang permohonan boleh dimuat turun dari MCA atau website Kojadi dan mereka juga boleh memohon melalui Persatuan Perniagaan masing-masing.

Pemohon akan dimaklumkan keputusan permohonan mereka dalam tempuh 7 hari bekerja dengan pemantauan pakar-pakar perunding yang dilantik untuk melakukan penilaian bagi setiap permohonan. Permohonan yang gagal atau ada di antara pemohon yang tidak berpuas hati akan dibenarkan untuk membuat rayuan di mana Kojadi telah melantik jawatankuasa khas yang terdiri daripadapegawai institusi kewangan dan bank, pakar kewangan dan industri tertentu bagi menilai semula dokumen-dokumen mereka.

No comments: