Friday, November 14, 2008

BN BERSIAP SEDIA HADAPI 2 JUTA PENGUNDI BARU

MStar online|Jumaat November 14, 2008
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dalam usaha menarik golongan pengundi muda termasuk dua juta pengundi baru menjelang pilihan raya ke-13.

Apa kata Pak-Pak UMNO?

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz :

"... Kita tengok aspirasi mereka. Mereka tidak mahu melihat kepincangan termasuk rasuah berlaku."

"Kalau saya di Padang Rengas, pengundi di sana hanya 18,000 orang... jadi tak sukar bagi saya untuk menghubungi mereka tetapi kalau (ahli Parlimen) di bandar, mereka perlulah gunakan internet juga untuk mendekati golongan muda ini," katanya.

Deep Tots :
  • Janganlah ketinggalan di dalam soal ini. Pendedahan politik era sekarang telah didedahkan kepada adik-adik kita semasa di bangku sekolah lagi. Setelah di pengajian tinggi, mereka didedahkan dengan lebih meluas dan kritikal.
  • Di Padang Rengas, tiada jalur lebar ke Dato? Atau streamyx belum kesampaian?

Datuk Mukhriz Tun Mahathir:
....Umno perlu mengkaji dan membuat andaian mengenai mengapa golongan muda ini mempunyai minat untuk mendaftar sebagai pemilih.

... pelbagai langkah dan pendekatan sedang diatur secara serius bagi mereaslisasikan proses peremajaan Umno seperti yang disasarkan.

Deep Tots :
  • Seandainya suara golongan muda ini dihormati oleh UMNO, mana mungkin mereka akan menolak. A brotherly approach should be considered.
  • Peremajaan UMNO? Sanggupkah pemimpin-pemimpin UMNO berpeleseran dengan mereka? Yo! Bro Mukhriz, lets jive! Sanggupkah kah Sis Pidah or Sis Jat chat in their forum on the internet?

Datuk Seri Syed Hamid Albar :

"... Umno perlu mendapat sentuhan golongan-golongan muda."

"... Umno juga harus mempamerkan kredibiliti dan integritinya dengan memberi peluang kepada golongan muda untuk mengambil bahagian dalam parti itu."

"... mengamalkan sikap keterbukaan dan sedia menerima kritikan dan perubahan dengan penglibatan generasi muda"

Deep Tots :
  • Kata-kata tinggal kata-kata... tunggu dan lihat pergolakan dalam UMNO nanti.
  • Sekiranya pak-pak dan mak-mak UMNO tidak berubah dan masih menolak kritikan... sayonara UMNO!

Apa kata Pro UMNO?

Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (UKM) :
"... Mendaftar sebagai pengundi dan aktif dalam politik adalah dua perkara yang berbeza. . Justeru parti-parti politik kini perlu mendekati golongan ini supaya aktif dalam politik."

Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman (UKM) :
"Orang muda hari ini berfikiran lebih kritis dalam isu-isu seperti hak asasi, keterbukaan dalam pemerintahan, kerajaan yang bebas daripada rasuah dan isu ISA yang menjadi faktor kepada perubahan tersebut."

Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk (USM) :
".... mereka berfikiran kritikal kesan daripada revolusi internet kerana kebanyakan mereka mendapatkan maklumat internet termausk daripada blog."

“Walaupun mungkin ada yang tidak benar (kandungan internet) tetapi mereka cenderung untuk mempercayainya."

"... Kalau mereka puas hati dengan keadaan pada masa itu, mereka akan undi parti pemerintah. Kalau tidak, mereka akan mengundi pembangkang.”

Deep Tots :

  • Teori-teori para profesor... realitinya?
  • Kandungan blog berbagai-bagai begitu jugak rujukan beribu-ribu. Mana mungkin anak-anak muda ini tidak dapat membezakan apa yang benar dan apa yang tidak.
  • Lihat saja usaha RTM yang orang Inggeris kata, 'half past six' untuk menayang sidang Dewan Rakyat selama 20 minit tetapi usaha PAS dan PKR mampu menayangkan sidang Dewan ini setiap hari dan sepenuh masa.
  • Anak-anak muda ini mungkin tidak pandai berkata-kata tetapi mereka tatkala lebih bijak untuk menilai... Jangan sesekali menipu rakyat!
  • Apa kata Dato Seri Anwar, Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang.. please say something.
  • Risau... Risau.. BN pasti risau!


6 comments:

Singh Is Kinng said...

Salam Mantra,

Arwah ayah was an UMNO work horse, during those time in Kelantan the UMNO struggle was to eliminate myth within PAS circle that the party would grant them visa to heaven.

I saw many good changes that UMNO brought to Kelantan in 70s and 80s. But am I interested in UMNO now? nuhhhh... my favorite line - a kind of insult to the intelligent. But who cares really, I'm a republican.

Have new posting
INSULTING INTELLIGENT OF INTELLIGENTLY INSULTING?

By the way, who is this Mr Wenger Padedoh. He spoke of certains things that never before crossed my mind.

http://the-antigonist.blogspot.com/

Wassalam.

mantra-indeeptots said...

Piggy
The veterans always remind us of the history... UMNO banyak berjasa.. who can deny that?

Dulu perjuangan sekarang wang besar!

Dulu semua ditelan, sekarang...jaga.. jaga!

Mr Padedoh appeared to be KJ's virtual follower, not sure the pro or the cons... but he speaks his mind witty enough... don't you Mr Padedoh?

Gelombang Rakyat said...

Ramai yang tua bangka masih berpasukan memimpin UMNO.

Dapatkah mereka memahami kepanasan 2 juta pengundi ini?

Jika debat AUKU pun, tergolek para Menteri yang serba kekurangan.

Saya ada bukti mereka sudah mula blogging.

Kedudukan kini Barisan Nasional kalah. Tidak percaya, perhatikan pilihanraya kecil berikutnya.

PRU 13..?

Ada yang sudah mula mengakui...

mantra-indeeptots said...

Salam Zubli

Yang tua diperlukan untuk dijadikan pedoman, tetapi yang tua di UMNO nak diremajakan.. camne tu?

Memang ada menteri2 yang dah ada blog sendiri... I tunggu blog Pak Lah.. hahahaha

Ti Lian Ker said...

Pemimpin BN masih ramai yang enggan menerima bahawasanya Pengundi baru tidak senang di buli dan tidak akan jadi kuli...BN perlu mangadakan pendekatan keikhlasan dan mencuit hati dan seterusnya menawan hati pengundi dengan pendekatan berlandaskan rational dan bukannya emosi.
Ramai Pemimpin UmNO khususnya memilih jalan senang dengan mengamalkan cara buli dan flexing their muscles untuk menawan musuh walhal ia sudah tidak berkesan and counterproductive....Orang Muda kata "LANTAKLAH"...

mantra-indeeptots said...

Hi YB Tan

Feel honored you dropped by...

You got that right sir, mereka selalu brand generasi muda sebagai tidak mengenang budi dan tidak patriotik.

BN has to be a brother and a father to the rakyat rather than a boss... Stop dictating but lead the rakyat!