Monday, April 09, 2018

MANIFESTO BN KHUSUS UNTUK PENGANGKUTAN AWAM DARAT


Sejak PM Najib menerajui pentadbiran negara selama 9 tahun, pengangkutan awam merupakan salah satu daripada KPI di dalam indeks Transformasi Nasional dan langkah yang pertama diambil ialah menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pengawal selianya. Pengangkutan awam darat yang meliputi khidmat teksi, bas, rel dan lori telah disusun-semula agar lebih berdaya saing di samping perkhidmatan industri ini terus dipertingkatkan.

Menjelang PRU14, sebagai parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) telah melancarkan manifesto dan akujanji. Di antara teras dalam manifesto BN, sektor pengangkutan awam terletak khusus di bawah tajuk 'Membina Infra Rakyat dan Meningkatkan Kesalinghubungan". Ini bermakna Barisan Nasional pasti akan meneruskan projek-projek seperti MRT2, MRT 3, LRT Fasa 3, lebuh raya Gemas-Johor Bahru, HSR, ECRL dan RTS.

Sebagaimana yang kita maklum, segala perancangan pengangkutan awam ini adalah untuk kepentingan rakyat agar mereka bukan saja bakal menikmati perkhidmatan dan infra bertaraf dunia, rakyat juga akan berasa selesa dan selamat di samping dikenakan kadar caj yang murah dan berpatutan. Dengan ini, ia juga bakal menjadikan pengangkutan awam sebagai mod pilihan utama rakyat di masa akan datang sebagaimana yang disasarkan oleh pihak SPAD.

Di samping itu, kerajaan BN tidak diskriminasi di antara taraf hidup rakyat bandar dan luar bandar. Ini jelas apabila projek mega ECRL yang melangkaui sepanjang laluan menghubungi desa-desa di Pantai Timur menerusi Pahang, Terengganu dan berakhir di Kelantan. Kesemua ini bertujuan menghubungi kawasan luar bandar ke bandar.

Secara langsung, setelah siap projek rel ECRL ini, bukan saja masa perjalanan rakyat dapat dipendekkan malahan pelbagai bentuk ekonomi akan dapat dijana untuk masyarakat desa juga.

Di antara lain, kerajaan BN juga telah memperkenalkan konsep pengangkutan awam berasaskan "Pengangkutan Futursitik Hari Esok Telah Bermula Hari Ini" sebagaimana bakal terbinanya projek keretapi laju KL-Singapura dan termasuk lebuhraya mesra rakyat tanpa tol - Lebuhraya Pan Borneo yang merentasi Sabah dan Sarawak.

Janji kerajaan Barisan Nasional dalam manifestonya bukan sekadar untuk memenangi pilihanraya umum akan datang malahan ia telah pun dimulakan dan yang pasti, PM Najib akan meneruskannya selaras khusus untuk kepentingan rakyat dan masadepan mereka dan negara.
 

No comments: