Thursday, November 16, 2017

HANYA 54% KEHADIRAN PEMILIHAN CEC DAP, KIT SIANG TERPAKSA TUTUP MALU


Hampir separuh dari perwakilan DAP atau hanya 54% yang hadir untuk proses pemilihan semula jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) DAP pada Sabtu lau dan walaupun Kit Siang mendapat undi tertinggi, seperkara yang sangat memalukan adalah kehadiran perwakilan yang semakin merosot.

Pemilihan semula untuk kali ke 3 ini telah berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) Sabtu lalu hanya dihadiri seramai 1,356 atau hampir 54 peratus berbanding 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi. Proses pemilihan semula ini, sebagai melaksanakan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) apabila mendapat pelbagai aduan dari ahli mereka sendiri.

Mesej yang amat jelas yang perlu ditelan DAP adalah akar umbi cuba menunjukkan tanda protes kerana tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Dinasti Lim dan terbukti mereka masih terus berkuasa dalam DAP dan tiada apa yang berubah.

Justeru, Kit Siang di dalam blognya terpaksa mencari alasan untuk menutup malu dan seperti biasa, beliau akan cuba mengaitkan dengan musuh utama DAP iaitu Barisan Nasional termasuk MCA. Beliau sedaya upaya cuba menimbulkan keraguan seolah-olah parti-parti utama komponen BN tidak akan mampu mendapatkan kehadiran perwakilan walaupun sebanyak 30% dalam setiap perhimpunan penting. Betulkah?

Sebagaimana dikata Timbalan MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, sebagai seorang politikus veteran dan berpengalaman, seharusnya beliau buat penelitian sejarah sebelum membuat komen. Ini adalah kerana dalam mana-mana pilihanraya parti MCA, adakalanya kehadiran tercatat sehingga 95% hingga 97%. Begitu juga di dalam pemilihan pemimpin untuk UMNO dan MIC.

Datuk Wee pada mulanya tidak berminat untuk mengulas perkara tersebut tetapi apabila Kit Siang menyentuh mengenai MCA, beliau perlu bersuara dan menuntut penjelasan Kit Siang yang hanya membuat komen tidak berasas tetapi semata-mata hanya ingin menutup kelemahan nyata DAP.

Pada masa yang sama, jika dilihat dari laporan media, rata-rata melaporkan undian terbanyak yang diperolehi Kit Siang bukanlah sesuatu yang membanggakan tetapi yang lebih memalukan apabila di pemilihan semula CEC ini adalah yang paling menurun kehadirannya di dalam sejarah DAP sendiri.

Tidak salah lagi, Kit Siang terlalu terdesak untuk menutup kelemahan DAP yang nyata yang kini digambarkan protes ahli akar umbi yang menolak kepimpinan Dinasti Lim. Dengan pemilihan CEC 2012 lebih 2,000 perwakilan hadir dan pada pemilihan semula 2013 jumlahnya menurun kepada lebih kurang 1,700 orang tetapi hari ini terus menurun kepada 1,356.

Apakah kehadiran yang merosot ini tidak menghantui Kit Siang dan barisan CEC yang baru?
 

No comments: