Saturday, February 18, 2017

PENGERUSI SPAD PUJI SIKAP KREATIF DEGO RIDE TETAPI PERLU PATUH UNDANG-UNDANG TERLEBIH DAHULU



Sejauh mana kreatifnya seseorang ingin menambah pendapatannya, semua rakyat Malaysia tanpa mengira sesiapa pun perlu akur kepada undang-undang negara yang telah ditetapkan. Baru-baru ini sebuat syarikat tempatan telah menjalankan satu perkhidmatan serupa Uber atau GrabCar tetapi dengan mengguna motosikal telah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai agar dihentikan segera.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar juga bersetuju dengan gesaan Menteri dan pada masa yang sama, pihak SPAD tidak diberi kuasa untuk mengekang perkhidmatan Dego Ride ini yang dilihat semakin mendapat sambutan di mana peruntukan undang-undang mengenai perkara tersebut masih belum diwujudkan.

Namun, pihak penguatkuasa SPAD akan mengambil tindakan jika tertangkap mana-mana pemandu motosikal yang menjalankan perkhidmatan Dego Ride ini memandangkan mereka tidak mempunyai lesen PSV. Setiap pemandu perkhidmatan awam darat yang mengambil upah dari penumpang mesti mempunyai lesen PSV dari SPAD.

Pada masa yang sama, Tan Sri Syed Hamid memuji dengan kreativiti Dego Ride yang terdiri daripada orang muda di mana ia adalah sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Namun, mematuhi undang-undang adalah keutamaan.

Pada permulaan UBER dan Grabcar, Tan Sri tidak nafikan terdapat bantahan kerana risiko yang diambil penumpang apabila berhadapan dengan sesuatu kemalangan mahupun kegiatan jenayah di mana penumpang tidak diberi sebarang perlindungan insuran. Setelah mereka akur, perkhidmatan teksi UBER dan Grabcar dibenarkan mengambil penumpang tanpa ragu-ragu.

Tan Sri Hamid juga mengaku agak sukar untuk membenteras 13 juta motosikal di seluruh negara apatah lagi untuk memeriksa setiap penumpang untuk memastikan samada mereka mempunyai lesen PSV ataupun tidak. Walaubagaimanapun, satu kaedah akan difikirkan oleh pihak SPAD bagi memastikan perkhidmatan Dego Ride ini menjalankan aktiviti mereka mengikut saluran undang-undang yang akan ditetapkan.

Adalah tidak adil membuat kesimpulan yang motosikal telah terlalu banyak terlibat dengan kemalangan jalanraya semata-mata untuk menghalang operasi Dego Ride ini. Sementara itu, penumpang yang mengguna perkhidmatan Dego Ride ini juga perlu ketahui yang diri mereka berada dalam risiko yang amat besar kerana sehingga kini, perkhidmatan Dego Ride masih tidak mempunyai lesen PSV untuk pemandu-pemandunya.

No comments: