Wednesday, February 22, 2017

MCA : PENINGKATAN KEMENANGAN DI TANJONG DATU BUKTI RAKYAT TETAP INGINKAN BN


Pada awalnya, PKR beriya-iya inging bertanding di DUN Tanjong Datu sehingga memberi amaran kepada PAS untuk tidak menganggu mereka nanti. Tetapi akhirnya, PKR sendiri tarik diri memandangkan mereka sedia maklum akan kekalahan memalukan yang bakal mereka hadapi sekali lagi.

Kini, keputusan PRK Tanjung Datu telah pun dirasmikan dengan kemenangan yang lebih besar kepada calon BN, balu kepada Allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Jamilah Anu di mana beliau telah memperolehi majoriti sebanyak 6,443 dengan 6,573 undi manakala Rapelson 130 undi dan Johnny Aput hanya dengan 108 undi.

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, rakyat Sarawak dengan jelas telah memilih BN kerana ingin meneruskan perjuangan keharmonian, inklusiviti dan kesederhanaan. Kemenangan yang sangat bermakna kepada Datuk Amar Jamilah ini akan dapat meneruskan legasi, pengorbanan, jasa dan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Datuk Wee Ka Siong selaku Timbalan Presiden MCA pula berpandangan yang ini adalah hasil daripada perpaduan jitu di antara parti-parti komponen BN serta muafakat BN Negeri dan Pusat. Kini BN Sarawak yang diketuai Datuk Amar Abang Johari Abang Openg juga telah dibuktikan telah diterima baik rakyat Sarawak.

Beliau juga menyeru agar momentum kejayaan BN Sarawak diteruskan dan sekali gus kepercayaan terhadap BN yang berterusan bermakna rakyat Sarawak yakin yang hanya kerajaan kepimpinan PM Najib Razak mampu membawa kebaikan pembangunan secara keseluruhan di negeri itu. Lantas, MCA juga akan berganding bahu bagi merealisasikan pembangunan yang berterusan.

Setiausaha Agong MCA Datuk Ong Ka Chuan pula berharap yang kejayaan BN di Tanjung Datu akan dicontohi di negeri-negeri lain untuk menghadapi PRU 14 akan datang. Ini juga bukti kukuh yang rakyat tetap ingin BN menerajui negara untuk sekian kalinya.

Kegagalan PKR dan parti pembangkang lain mencabar BN di Tanjung Datu dengan jelas menyatakan yang mereka kini sebenarnya sedang berhadapan dengan defisit keyakinan rakyat. Mereka sebenarnya sedang berpecah dan sering gagal untuk bersefahaman malahan bersaing sesama sendiri.

Walau apa pun yang mendatang, kejayaan cemerlang Tanjong Datu perlu dijadikan asas kepada kejayaan BN yang berterusan terutama MCA yang sedang giat menyusun strategi untuk kembalikan keyakinan pengundi Cina nanti.
 

No comments: