Friday, May 27, 2016

#MCA YAKIN PRK SG BESAR DAN KUALA KANGSAR MENYAKSIKAN UNDI CINA MENINGKAT


Selepas menyaksikan peralihan undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional di pilihanraya negeri Sarawak sehingga mampu merampas beberapa kerusi DAP, kini MCA yakin perubahan ini juga akan dapat disaksikan di pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar nanti.

Presiden MCA DS Liow Tiong Lai berpandangan yang sentimen masyarakat Cina hari ini melihat Barisan Nasional adalah parti pemerintah yang responsif kepada permintaan mereka dan mereka memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat. Kesemua ciri itu tidak ada di dalam ketiga-tiga kerajaan parti pembangkang di Pulau Pinang, Selangor dan juga Kelantan.

Dengan usaha gigih dan telus MCA untuk meyakinkan masyarakat Cina yang parti-parti pembangkang tidak akan mampu membela nasib dan masa depan mereka. Justeru, tiba masanya undi masyarakat Cina terus diberikan kepada parti kerajaan iaitu Barisan Nasional.

Di PRK Sg Besar, cabaran terbesar adalah di kalangan pengundi Cina di DUN Sekinchan yang dimenangi DAP selama 2 penggal. Walaubagaimanapun, MCA tetap berkeyakinan yang jentera mereka yang diketuai Ketua Pemudanya Chong Sin Woon serta di Kuala Kangsar diterajui Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon, akan bekerja keras meyakinkan pengundi Cina bersama-sama parti komponen yang lain.

Pengundi Cina merangkumi 33% daripada pengundi di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar, masyarakat merupakan 23% daripada jumlah pengundi.

Diharap kemenangan BN di Sarawak terutama di kawasan dominan komuniti Cina seperti di Miri yang telah kembali dan yakin kepada BN akan dijadikan panduan berkempen.

MCA yang mewakili parti kerajaan telah banyak menjalankan aktiviti pembangunan perniagaan sehingga berjaya meyakinkan pasaran terbesar di Asia iaitu negara China sebagai mengetuai dan meneraju perdagangan dengan mereka.

Berbanding dengan DAP yang sekadar dengan memberi janji-janji kosong dan gagal menunaikannya, MCA satu-satunya parti politik bangsa Cina yang mampu menyuarakan segala keperluan mereka.

Pakatan pembangkang bukanlah pakatan harapan dalam ertikata sebenar apabila mereka tidak mampu untuk bersatu dalam rakyat yang berbilang kaum tetapi hanya bergaduh dan berebut untuk berkuasa dan bukan berkhidmat kepada rakyat.

No comments: