Sunday, May 24, 2015

RMK11 : SPAD OPTIMIS PERANCANGAN YANG DIGARIS KERAJAAN


Di antara intipati kandungan Rancangan Malaysia ke-11 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengangkutan awam darat adalah;

Bagi pengangkutan awam juga, suka saya kongsikan, pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit  Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK-11.

Pembinaan High Speed Rail juga untuk makluman Tuan Yang Dipertua, yang akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura, akan dilaksanakan.

Kemudahan ini bakal mempercepatkan perjalanan KL ke Singapura, pada hanya 90 minit. Setelah siapnya projek ini kelak, akan meningkatkan manfaat ekonomi antara kedua-dua buah negara yang paling pesat membangun di rantau ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berpuas hati dan berterimakasih kepada kerajaan dengan memberi tumpuan untuk menyediakan sistem perkhidmatan berkualiti dan selesa kepada rakyat. Oleh itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah menyambut baik langkah kerajaan meningkatkan lagi serta merangsang peningkatan kemajuan perkhidmatan awam negara.

Inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri di dalam RMK11, seharusnya negara  akan memiliki sistem perhubungan yang lebih baik, selesa dan dapat memberikan suatu kepuasan kepada rakyat samada di bandar mahupun di luar bandar.

Ketika membentangkan RMK11 bagi pengangkutan awam, Perdana Menteri telah mengumumkan pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Tan Sri Syed Hamid juga optimis dengan siapnya projek berkenaan seperti mana dalam perancangan yang telah digariskan oleh kerajaan, ia mampu mengurangkan kesesakan kenderaan di bandar raya apabila siapnya projek peningkatan pengangkutan awam secara menyeluruh.

Pengangkutan awam dan infrstruktur luar bandar telah menjadi fokus di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di mana keutamaan rakyat telah diutamakan selain dariapa penekanan ke atas perkara berkaitan kos sara hidup, pendidikan dan keselamatan.

Melalui perancangan lima tahun di dalam RMK11 yang berlandaskan dengan asas ekonomi yang kukuh dan agenda transformasi negara, ia akan mampu meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai Wawasan 2020.

No comments: