Wednesday, March 18, 2015

TAMBANG TEKSI AKAN NAIK... SATU KEPUTUSAN RASIONAL (BAHAGIAN 1)


Pernah ada ura-ura pada tahun lepas akibat dari kenaikan harga minyak dunia, kerajaan akan menaikkan tambang teksi. SPAD sebagai suruhanjaya yang bertanggungjawab telah beberapa kali mengadakan sesi dialog dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti persatuan-persatuan teksi, syariakt-syarikat pengusaha teksi dan juga termasuk pemandu-pemandu teksi sendiri.

Kita perlu faham bahawa teksi merupakan salah satu mod pengangkutan awam yang penting selain daripada bas dan keretapi. Yang ingin kita lihat hari ini, perkhidmatan teksi perlu diperbaikki agar dapat meningkatkan imej negara di mana perkhidmatan teksi adalah imej dan tanggapan pertama dan terakhir kepada pelancong.

MENGAPA TAMBANG TEKSI PERLU DIKAJI SEMULA?

Sejak 2009, kos sara hidup seseorang pemandu teksi telah meningkat tetapi tambang teksi tetap sama. Pada tahun itulah juga, tambang teksi disemak untuk kali terakhir oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan kajian terhadap bengkel-bengkel bebas, pembekal dan industri teksi juga telah menunjukkan sejak 2009, kos pengendalian teksi telah meningkat.

Apa yang sebenar ditanggung pemandu-pemandu teksi hari ini apabila harga bahan api telah meningkat sehingga 21% ialah secara langsung telah memberi kesan kepada penyelenggaraan tayar, bateri dan kos baik pulih sehingga 25% termasuk juga insurans kenderaan meningkat sehingga 15%.

Sesungguhnya, ia telah menjejas pendapatan pemandu-pemandu teksi kita. Mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan dan bekerja lebih masa bagi menampung pendapatan yang mencukupi.

Selain itu, sejak tahun 2009 juga, kadar inflasi terkumpul berada paras 12.6% (rujukan Indeks Harga Pengguna - CPI, Jabatan Perangkaan Malaysia). Berpandukan rujukan tersebut pendapatan yang sama rata amat diperlukan pihak berkepentingan dalam industri teksi.

Oleh itu, pihak SPAD berpandangan tiba masanya kadar tambang teksi dikaji semula agar kita sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan teksi dalam sistem pengangkutan awam yang lebih efisyen, berkualiti dan cekap dan pada masa yang sama, kadar tambang teksi tidak kekal rendah sehingga menjejas sumber kewangan industri teksi.

Faktor apa yang menentukan semakan tambang teksi ini?

Kajian secara holistik merangkumi komponen yang berkait rapat meliputi kos-kos barangan didalam pengendalian teksi. Di antara kos utama ini adalah;


1. Kos kenderaan dan pengendalian merangkumi harga kenderaan, bayaran bunga pinjaman, sewa dan termasuk sistem gas asli mampat (CNG) dan meter teksi yang telah dipasang setiap teksi.

2. Kenaikan harga bahan api yang diguna teksi iaitu CNG dan Petrol.

3. Kos penyelengaraan terdiri daripada yang berjadual, hawa dinging, CNG, meter teksi, tayar, bateri, pembersihan dan baik pulih.

4. Kos operasi termasuk insuran kereta, insuran kemalangan peribadi, cukai jalan, Puspakom, yuran pemeriksaan, bayaran lesen dan juga penyelenggaraan kad kredit.

5. Akhir sekali ialah kos buruh dengan lain kata pendapatan pemandu.

Rungutan penumpang teksi bandar yang sering diterima apabila mereka dikenakan tambang tidak mengikut meter dan keenganan teksi membawa mereka ke lokasi yang mengalami kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak trafik. Tetapi bagaimana pula dengan rungutan pemandu teksi? Kini pihak SPAD juga telah mereka satu struktur teksi bermeter bertujuan menggalakkan perjalanan teksi jarak dekat dengan kadar minima bagi setiap perjalanan berasaskan masa yang dihabiskan dalam perjalanan di dalam situasi kesesakan lalu lintas juga.

BAGAIMANA PROSES SEMAKAN KADAR TAMBANG DIBUAT?
 

3 langkah utama sebagai pendekatan interaksi SPAD sebelum menentukan semakan kadar tambang teksi dilakukan melalui konsep dengar, penambahbaikan dan memaklumkan.

SPAD sedia mendengar perlbagai isu, jalan penyelesaian, idea dan input melalui aduan SPAD, maklumbalas rakyat samada di media sosial dan akhbar mahupun  secara terus melalui dialog dan ini termasuk pihak yang berkepentingan dari seluruh negara.

Kemudian penambahabikan terhadap setiap input dengan mengkaji dan menilai semula jawapan yang dikemukakan untuk dijadikan usul. Akhirnya barulah pihak SPAD memaklumkan keputusan tambang teksi kepada semua pihak berkepentingan melalui semua kaedah samada sesi taklimat, pekeliling, media massa termasuklah media sosial dan juga portal-portal berita.

Dua kelompok yang sentiasa dilibatkan dalam proses ini iaitu dari kalangan industri teksi dan umum. Industri teksi terdiri daripada persatuan-persatuan teksi, pemandu dan juga syarikat operator teksi. Bagi pandangan awam atau pengguna pula mereka terdiri daripada kumpulan pengguna, persatuan pelajar dan belia, kumpulan orang kelainan upaya dan juga yang penting ialah industri hospitaliti dan pelancongan.

Blog ini akan memberi input yang lain untuk kita sama-sama memahami perlunya semakan kenaikan tambang teksi ini.

Diharap kita sebagai pengguna perlu berlaku adil kepada pemandu-pemandu teksi yang telah sekian lama bersabar dan akur dengan kadar tambang lama. Kita juga perlu memberi sokongan kepada pihak kerajaan yang sedaya upaya berlaku adil kepada semua pihak samada pemandu teksi, syarikat operator teksi dan juga rakyat.

Tidak perlu mendengar hasutan pembangkang yang kononnya prihatin terhadap nasib rakyat tetapi lupa bahawa pemandu-pemandu teksi juga adalah rakyat!

No comments: