Saturday, November 29, 2014

HASUTAN RAFIZI UNTUK JAHANAMKAN NASIB OPERATOR PENGANGKUTAN AWAM


Memang itulah yang sedang dilakukan Rafizi di dalam FBnya;


Kepada ibu bapa, jangan lupa masukkan kira-kira tambang bas sekolah akan naik. Juga tambang bas, teksi dan lain-lain. Menteri tidak terkesan kerana mereka naik kereta dan minyak percuma!
— ‎with ‎‎‎Alang Eda, Nick Ftg, Fadil Hanafi, ‎Nisak Pakatan Rakyat, Amk Parit, ‎Mohd Azmi Mat Sangir, ‎عرفان لتفي عرفان‎‎‎‎, KuuGa MeiZu, Cari Damai, Desmond LS Goh, Zubir Abdullah, Azmi Mohd, Jasmani Bin Puteh, Ennie Hesni, Adik Manja‎ and Azura Manja‎.‎

Memang benar SPAD telah menghantar cadangan kenaikan tambang pengangkutan awam darat kepada kabinet tetapi Rafizi pasti tidak akan berani dedahkan perkara sebenar mengapa SPAD kemukakan cadangan itu.

Blog ini pernah menulis dan menjelaskan mengapa perlu kenaikan tambang dan yang paling penting adalah... SIAPA YANG SEBENARNYA MENDESAK KERAJAAN? Bacalah di SINI

Faktor kenaikan tambang bukan kesan sepenuhnya dari kenaikan 20 sen RON 95. Ayat kenaikan 20 sen itu sebenarnya tidak tepat juga kerana kerajaan bukan menaikkan harga minyak tetapi subsidi yang diberi oleh kerajaan dikurangkan 20 sen.

Samada Rafizi tahu atau tidak, atau mungkin ingin menyorokkan fakta, kenaikan tambang kali terakhir untuk bas ekspres dan teksi telah dibuat perubahan pada tahun 2008. Dan tanyalah Rafizi, bila kali terakhir tambang keretapi dan rel dinaikkan, itu pun jika dia tahu!

Ini kenyataan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar;

Bagi pihak SPAD, semakan kenaikan tambang ini akan mengambil kira dua perkara iaitu kemampuan rakyat dan kemampanan industri. Di dalam kajian SPAD akan mengambilkira seandainya tambang terlalu tinggi akan menyebabkan pengguna tidak akan mengguna perkhidmatan pengangkutan awam dan seterusnya sekiranya tambang terlalu rendah, industri pengangkutan tidak akan mampu bertahan dan mereka akan terus bergantung kepada kerajaan.

JELAS?

Hasutan Rafizi bertujuan menikam gergaji dua mata... melumpuhkan kerajaan apabila kerajaan akan terus-terusan memberi subsidi yang menjejaskan kewangan kerajaan. 

Yang paling dahsyat ialah membunuh industri pengangkutan awam di mana sebenarnya Rafizi akan meletak racun di dalam periuk nasi pengusaha dan pekerja pengangkutan awam apabila banyak syarikat-syarikat bas, teksi dan rel terpaksa tanggung kos yang sangat tinggi dan korbankan pekerja-pekerjanya.

Apabila pekerja dikorbankan, Rafizi pasti tersenyum bila mereka sekali gus akan berpihak kepada gula-gula beracun pembangkang.

Kesemua langkah Rafizi boleh kita baca dan sebagai rakyat yang rasional, pasti kita akan menolak hasutan ini kerana akhirnya, Rafizi dan geng pembangkang akan menang sorak tetapi nasib rakyat dan negara yang pasti tergadai.



No comments: