Sunday, December 17, 2017

KENAIKAN TAMBANG BAS SEKOLAH TIADA KENA MENGENA DENGAN SPAD

Secara rasminya pada tahun 2015 tambang bas sekolah telah diliberalisasikan dan segala persoalan serta jawapan telah dihuraikan dengan begitu panjang oleh pihak SPAD seperti berikut;

SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS SEKOLAH DAN CADANGAN JAWAPAN ... DI SINI.

Kemudian sekali lagi pada tahun Disember 2016, pihak SPAD menjawab dalam kenyataan rasminya, MAKLUMBALAS SPAD KEPADA CADANGAN PENGENDALI UNTUK MENINGKATKAN TAMBANG BAS SEKOLAH, boleh dirujuk ... DI SINI

Dengan jelas dan terang yang pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyerahkan kuasa kepada sekolah dan ibubapa untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah. Dengan keputusan deregulasi tambang bas sekolah ini,  bermakna SPAD menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja.
 
Dengan bahasa mudahnya, pihak sekolah dan ibubapa menerusi Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) dibenarkan berunding dengan pengendali bas bagi menentukan kadar tambang mengikut jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Jika Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof memperakui yang tambang bas sekolah akan dinaikkan diantara RM10 dikawasan luar Bandar dan RM20 dikawasan penempatan Bandar pada tahun hadapan, ia bukan keputusan SPAD tetapi telah ditetapkan pihak GPBSM.

Isu kenaikan tambang bas sekolah akan diperbesarkan setiap tahun menjelang akhir tahun apabila sesi persekolahan tahun baru hampir bermula. Itu adalah lazimnya. Alasan yang mereka beri pun adalah rethorik juga iaitu harga minyak yang naik dan tidak menentu sehingga pengusaha terpaksa berdepan dengan peningkatan kos pengendalian.

Apa yang tidak diketengahkan GPBSM, bas-bas sekolah telah menikamti peluang yang diberikan kerajaan termasuk dibenarkan menjadikan bas-bas sekolah sebagai bas pelancong sepanjang khidmat mereka tidak digunakan untuk mengangkut murid-murid sekolah. 

Apakah apabila bas-bas sekolah ini berjalan serata pelusuk Malaysia dan perlu dihantar service, maka ibubapa dan murid-murid yang terpaksa menanggungnya?

Kepada ibubapa, walaupun pihak SPAD tidak lagi menentukan harga siling tambang bas sekolah, beberapa langkah telah diambil pihak SPAD seperti Skim Perlindungan Murid Di Dalam Bas Sekolah (SPMBS). Adalah mustahak jika pihak PIBG tidak melatah dengan tuntutan GPBSM kerana mereka boleh merujuk ... DI SINI untuk senarai bas-bas sekolah yang berdaftar.

Sekali lagi perlu diingatkan yang pihak SPAD tidak menetapkan harga tambang bas sekolah dan kerajaan tidak masuk campur dalam perjanjian tambang yang di buat antara Persatuan Ibu Bapa Sekolah dengan operator bas.

No comments: