Tuesday, October 18, 2016

5 TAHUN SPAD - LAPORAN PENCAPAIAN DIBENTANG KEPADA PERDANA MENTERI

Salah satu yang menjadi keutamaan PM Najib Razak ketika mula dilantik sebagai Perdana Menteri adalah sektor pengangkutan awam. Beliau percaya yang pertumbuhan sosioekonomi untuk membolehkan peningkatan taraf hidup rakyat perlu diberi perhatian penuh terhadap sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik maka dengan kesungguhan politik, satu suruhanjaya ditubuhkan dan kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau singkatannya SPAD.

Kenyataan di atas telah diulangi Datuk Seri Najib ketika majlis pelancaran Pelan Induk 5 Tahun Sistem Pengangkutan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016. 



Di dalam memilih seorang Pengerusi untuk menerajui suruhanjaya ini, Datuk Seri Najib memilih seseorang yang berpengalaman dan mempunyai keberanian serta kesungguhan di mana seseorang itu telah menunjukkan kemampuan berhadapan dengan pemimpin-pemimpin sukar dunia. Maka, DS Najib hanya dapat memikirkan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai calon Pengerusi yang paling layak sebagai Pengerusinya dan kini, Tan Sri telah membuktikan pilihan DS Najib adalah tepat.

Berbekal dengan seorang Pengerusi yang berani dan berpengalaman serta ditambah dengan kesungguhan politik di bawah pimpinan DS Najib, maka setelah 5 tahun, kerajaan berjaya meningkatkan nisbah mod pengangkutan awam darat kepada 21% pada tahun 2015 berbanding 11% pada tahun 2009. Bagi SPAD pula, di bawah Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara, sasaran perkongsian mod di tahap 40% untuk kawasan bandar menjelang tahun 2030.

Kini kerajaan berada di landasan yang betul apabila inisiatif kerajaan yang mengutamakan penambahbaikan pengangkutan awam darat walaupun di dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, segala perbelanjaan yang telah dirancang kerajaan tidak akan terjejas.

Sehingga kini kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib telah melabur lebih dari RM70 bilion untuk projek-projek infrastruktur yang berimpak tinggi seperti LRT, MRT dan HSR (High Speed Rail) yang akan mampu memberi banyak faedah kepada rakyat samada dalam jangkamasa terdekat mahupun di masa-masa
mendatang.

Di antara kata-kata penghargaan Tan Sri Syed Hamid di dalam buku laporan tahunan 5 tahun SPAD; 


Bagi pihak SPAD pula, Pengerusinya Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar telah berkongsi pencapaian 5 tahun SPAD di mana di dalam kaji selidik Indeks Kepuasan Pelanggan 2015, maklumbalas orang ramai yang dikumpul telah menunjukkan peningkatan daripada 48% pada tahun 2010 kepada 74% pada 2015. Jumlah purata penumpang harian bagi rel dan bas pula telah mencapai sehingga 1.5 juta pada akhir 2015.

Namun, Tan Sri Syed Hamid juga berpandangan yang beberapa segmen industri masih memberikan banyak cabaran dan memerlukan usaha berterusan. Di antara yang disentuh Tan Sri adalah memperkemas perkhidmatan rel, bas dan teksi serta meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan semua mod. Kesemua itu adalah proses berterusan melalui syarat-syarat pelesenan dan keperluan kawal selia terhadap pengendali atau operatornya.

Segala pencapaian ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan ia tidak akan berlaku sekiranya tiada perancangan awal yang komprehensif serta kesungguhan kerajaan pimpinan DS Najib membuat pembaharuan dasar. Dengan kesungguhan dan keberanian saja maka hari ini rakyat telah menikmati segala penambahbaikan pengangkutan awam darat. 

No comments: