Saturday, February 22, 2014

SPRM AGEN SURUHAN UMNO... KINI TERJAWAB!

Hanya wakil dari PAS... yang lain?
 
Terdahulu dalam laporan Harakah...

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu, ia susulan jemputan dari SPRM mengenai temujanji yang akan diadakan pada 21 Februari (Jumaat) ini, jam 3 petang di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta di sini.

Jelas beliau, beberapa isu utama akan diketengahkan pada pertemuan tersebut, antaranya membabitkan isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.

"Saya telah menerima surat jemputan dari pihak SPRM mengenai cadangan temujanji dengan Ketua Persuruhjaya SPRM.

"Ini berikutan surat cadangan pertemuaan yang kita hantar kepada SPRM sebelum ini, pada pertemuaan kali ini ada beberapa isu yang kita akan ketengahkan," jelasnya.

Kini, jawapan dari SPRM pula;

Kami siasat setiap maklumat, SPRM respons PAS Terengganu 

KUALA LUMPUR, 21 Februari – Isu pembalakan, perlombongan, pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 dan kes bumbung stadium runtuh merupakan antara isu yang didakwa terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa menjadi topik perbincangan pertemuan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan empat pemimpin PAS Terengganu hari ini.

“Dalam menjalankan siasatan, SPRM akan menyiasat semua maklumat yang diterima mengenai dakwaan berlakunya unsur-unsur rasuah serta salah guna kuasa dan akan mendapatkan keterangan daripada semua saksi,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam menjawab balas isu yang diterangkan oleh wakil PAS Terengganu.

Kata beliau, SPRM tidak sewenang-wenangnya boleh menutup sebarang kes kerana Panel Penilaian Operasi (PPO) akan meneliti status setiap kes yang disiasat.

"Panel bebas ini merupakan mekanisme 'check and balance' terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan atau ditutup," kata beliau pada pertemuan yang diadakan di Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Dato' Sri Mohd Shukri Abdull turut menjelaskan tentang siasatan terperinci yang telah dijalankan oleh SPRM dalam kes bumbung stadium runtuh dengan melibatkan pakar-pakar forensik kejuruteraan dan kewangan termasuk daripada swasta untuk menyemak segala butiran dari perspektif kejuruteraan dan kewangan.

Menjawab isu pembalakan pula, Dato' Sri Shukri berkata, siasatan telah dijalankan dan SPRM akan mengemukakan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Hadir di pertemuan hari ini adalah Adun Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad; YM Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Mulia Dato’ Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad; Adun Bandar, YB Azan Ismail dan Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embang.

Dr Syed menyatakan kesanggupan mereka untuk terus bekerjasama dengan SPRM dalam usaha membanteras kes-kes rasuah dan salah guna kuasa khususnya di Terengganu. 

SPRM turut menyarankan supaya kerjasama sebegini amat penting terutama dalam usaha mencegah rasuah dan meminta ahli-ahli Parlimen untuk menyokong pindaan undang-undang bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dengan lebih efektif.

SPRM mengalu-alukan kerjasama yang diterima daripada wakil PAS Terengganu yang turut bersedia memberi sebarang maklumat lanjut yang diperlukan.

Hadir bersama pada pertemuan petang ini ialah  Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Dato’ Haji Zakaria Jaffar; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato’ Hajah Sutinah Sutan dan Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah SPRM Terengganu.

Majlis pertemuan membabitkan ahli-ahli politik ini merupakan sebahagian daripada pendekatan SPRM mendekati rakyat.

Bahagian Komunikasi Strategik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
21 Februari 2014

 

Seandainya PAS atau PR masih tidak berpuashati dengan jawapan SPRM, wakil Pakatan boleh membantu seperti... DI SINI

Ini terbukti dengan sendirinya bahawa SPRM tidak memilih pangkat, bangsa dan dari parti mana pesalah-pesalah rasuah dan ini juga membuka mata pembangkang bahawa SPRM bukan agen UMNO seperti yang sengaja keluar dari mulut-mulut jahat pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR.

p/s : 
Barisan Pakatan Rakyat Terengganu nampaknya PAS sahaja yang hantar wakil? 




No comments: