Friday, October 20, 2017

REKABENTUK STESEN KERETAPI LAJU YANG DINANTI-NANTIKAN - MODEN DAN WARISAN NEGARA DISATUKAN



Di dalam merealisasikan projek keretapi laju (High-Speed Rail - HSR) KL-Singapura, kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak melangkah satu lagi tapak di dalam komitmennya dengan melancarkan konsep rekabentuk 7 stesen di sepanjang laluan HSR KL-Singapura. Video di bawah menafsirkan segalanya;



Inilah yang dimaksudkan PM Najib di dalam mesej Facebooknya seperti berikut;
"When modernity meets tradition. The KL-Singapore HSR is not only a game-changer for our country but also a physical reminder of our national heritage."

Walaupun HSR akan menghidangkan sistem pengangkutan rel yang moden dan bertaraf dunia, namun warisan negara akan tetap dikekalkan di dalam konsep rekabentuk station di setiap negeri dan daerah laluan HSR.

Secara ringkasnya, bermula dari terminal Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, ilham dari persimpangan dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Terminal Bandar Malaysia


Stesen Bangi-Putrajaya yang bakal terletak di antara sempadan Selangor dan Putrajaya, konsepnya mengandungi pengaruh keagungan Islam dan butiran seni bina Islam.

Stesen Bangi-Putrajaya

Di Negeri Sembilan pula, budaya Minangkabau dikekalkan di mana atap rumah adalah terlalu sinonim dengan masyarakat setempat.

Stesen Seremban

Melaka sememangnya kaya dengan sejarah pelayaran apabila di sinilah menjadi titik pelayaran yang menghubungkan di antara dua garis dunia Timur dan Barat. Oleh itu, konsep kapal layar dijadikan ilham konsep rekabentuk stesen.

Stesen Melaka

Menuju ke Selatan, 3 daerah di negeri Johor iaitu Muar, Batu Pahat dan juga Iskandar Puteri. Johor sememangnya kaya dengan budayanya. Maka berkonsepkan rehal untuk stesen Muar, kuda kepang untuk stesen Batu Pahat dan uniknya stesen di Iskandar Puteri yang mengambil konsep dari persahabatan di antara Malaysia dan jirannya, Singapura.

Stesen Muar berkonsepkan Rehal
Stesen Batu Pahat diilhamkan dari kuda kepang
Stesen Iskandar Puteri dari konsep berjabat tangan menandakan persahabatan

Bukan saja rakyat Malaysia yang teruja untuk melihat perkembangan projek ini, malah ia telah menjadi perbualan di seluruh dunia buat masa kini. Projek HSR yang sememangnya mendapat perhatiannya secara peribadi telah memastikan setiap reka bentuk stesen mengekalkan identiti dan warisan negara di dalam membawa sistem moden dan futuristik.

Sebagaimana yang pernah ditegaskan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, projek HSR ini akan mampu menyumbang pertumbuhan RM21 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke Malaysia dan Singapura dan mewujudkan 111,000 pekerjaan menjelang 2060.

Secara langsung, HSR memberikan faedah sosio-ekonomi penting kepada Malaysia dan Singapura dan inilah yang dikatakan sebagai 'game changer' kepada rakyat Malaysia terutamanya di kawasan terpencil yang bakal memacu pertumbuhan dan pembangunan di sekitar kawasan tersebut. Projek HSR bukan saja akan mengubah landskap pengangkutan negara tetapi mampu membawa faedah ekonomi dan sosial jangka panjang untuk negara.

No comments: