Selepas mempunyai FGV (FELDA Global Ventures Holdings) yang menjalankan perniagaan berasaskan tiga komiditi utama, KPF (Koperasi Permodalan FELDA) dan KPF 2, kini penubuhan FIC (FELDA Investment Corporation) yang akan menjalankan perniagaan mengurus tadbir harta dan saham-saham serta aset-aset Felda bernilai berbilion ringgit untuk mempertingkatkan kekayaan FELDA dan hasilnya sudah pasti akan diterima pula oleh warga FELDA.
FIC didaftarkan pada Julai 2013 dan di dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan Felda dalam sektor pembangunan hartanah, sayap pelaburannya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) telah membeli 49.45 peratus kepentingan dalam Encorp Bhd membabitkan urus niaga bernilai RM239.72 juta.
Dua pemegang saham terbesar Encorp, Lavista Sdn Bhd dan Pegang Impian Holdings Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat berasingan bersama FIC. Ini bermakna pegangan saham Felda di dalam Encorp ialah 49.45 peratus dan juga merupakan pemegang saham terbesar.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dilantik dengan rasminya sebagai pengerusi dan pengarahnya serta barisan pengarah bukan eksekutif baru yang terdiri daripada Datuk Faizoull Ahmad, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Mohd Zaid Abdul Jalil.
Encorp merupakan syarikat pemaju hartanah yang memiliki beberapa projek hartanah mega berbentuk kediaman dan komersial termasuk di Lembah Klang yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM3 bilion. Dengan rekod yang baik, prestasi masa lalu dan keupayaan Encorp adalah faktor untuk FIC memilih ia sebagai pemacu pembangunan hartanahnya di mana Encorp memiliki keluasan tanah-tanah di bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Antara projek-projek mega tersebut ialah Encorp Strand Mall di Kota Damansara. Encorp Strand Mall berkeluasan 435,000 kaki persegi adalah projek usahasama di antara PKNS dan Encorp di hub komersial Kota Damansara, Selangor seluas 18.6 hektar. Projek ini telah menelan belanja sebanyak RM1.4 bilion yang meliputi 265 suite perniagaan, 14 blok ruang pejabat yang mempunyai halaman persendirian, 278 buah kediaman dengan perkhidmatan dan 2,500 lapangan letak kereta.
Projek pembangunan lain yang diusahakan Encorp termasuk Encorp Marina Puteri Harbour di Iskandar Malaysia, Encorp Cahaya Alam di Shah Alam, the Enclave Hillside Villas di Batu Feringghi, Penang dan kediaman mewah di McCallum Lane, Perth, Australia.
Penganalisa hartanah, C H Williams, Talhar & Wong pula berpendapat langkah FIC adalah satu strategi yang bijak bagi mempercepatkan pengembangannya di mana satu-satunya cara untuk bergerak lebih pantas adalah melalui usahasama atau penggabungan dan pengambilalihan.
Seorang lagi penganalisa sektor hartanah bersetuju dengan rancangan langkah jangka panjang FIC tidak kira keadaan industri hartanah yang sedang berlaku sekarang. Walaupun pasaran hartanah dijangka agak perlahan dalam masa yang singkat ini, masa bukanlah faktor utama kerana ia akan memberi manfaat kepada FIC dan Felda dalam keuntungan yang lebih besar.
Previndran Singhe, CEO Zerin Properties pula berpendapat ia adalah satu amalan progresif yang biasa, dari kumpulan perladangan menceburi sektor hartanah. IOI Corp dan Sime Darby Bhd adalah di antara contohnya. Mereka bermula sebagai syarikat perladangan dan apabila tanah milik mereka telah capai tahap matang, mereka menceburi dalam pembangunan hartanah. Ini merupakan langkah 'forward thinking' untuk Felda.
Tidak dapat dinafikan, apabila pelaburan FIC memiliki Encorp sebagai langkah yang menguntungkan berdasarkan projek-projek mega yang diperolehi. Apabila Dato Effendi Nawawi juga telah melepaskan sahamnya, apakah langkah seterusnya akan memberi peluang pelaburan hartanah kepada FIC bertapak di Sarawak?

No comments:
Post a Comment