Friday, July 25, 2014

CEO FGV PERNAH DIKRITIK HEBAT... TETAPI HARI INI?

CEO baru, Mohd Emir Mavani bin Abdullah

Setahun yang lalu, apabila perlantikan CEO baru, Mohd Emir Mavani bin Abdullah diumumkan secara rasmi, ada di antara pemain media sosial  mempersoal kredibilitinya. Di antaranya ditulis;

"One cannot imagine what would happen to FGV from today onwards where Mavani is scheduled to take over from Tan Sri Sabri Ahmad as the Group CEO." - The Mole

... bermaksud FGV akan punah apabila Emir Mavani dilantik sebagai CEO baru.

Emir Mavani telah dilantik sebagai CEO FGV secara rasmi pada 1 Januari 2013 dan semenjak kredibilitinya diragui, mengapa ada 'success stories' seperti ditulis ... DI SINI

"BARELY five months at the helm of FGV, Emir has meticulously expedited several major mergers and acquisitions (M&As) for the company. And judging by the speed of the recent M&As concluded and the proceeds from FGV’s initial public offering (IPO), Emir is set to prove his mettle again by another round of new M&As next year while improving the productivity and efficiency within the group."

... bermaksud tidak sampai lima bulan perlantikan Mavani sebagai CEO FGV, beliau telah membuktikan kepakarannya dalam menerajui urusniaga FGV dengan menandatangani beberapa penggabungan dan pengambilalihan perniagaan (M&A).

Malah ada juga yang cuba mengaitkan kelulusan Emir dengan perlantikannya kerana memiliki PhD. Namun, Emir Mavani telah menjelaskannya dan kedudukan beliau sebagai CEO FGV tidak akan tergugat kerana Lembaga Pengarah Felda lebih mementingkan rekod cemerlang beliau di organisasi lain berbanding kelulusannya. Emir Mavani pernah terlibat dengan PEMANDU di dalam plan transformasi yang telah banyak menyelesaikan isu-isu felda diselesaikan dengan berjaya.

Kini FGV berhasrat mensasarkan untuk meningkatkan pendapatan sebanyak lapan kali ganda kepada RM100 bilion dalam tempoh enam tahun untuk menjadi satu daripada syarikat perniagaan tani global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, sasaran pertumbuhan pendapatan sebanyak lapan kali ganda itu bagi meningkatkan dengan ketara daya saing global FGV.

FGV akan sentiasa fokus terhadap Rangka Tindakan Strategik Global 2020 dan menyusun struktur organisasi kumpulan kepada enam kelompok perniagaan dalam usaha mencapai sasaran ditetapkan. Setiap kluster telah dirangka mengikut inisiatif masing-masing untuk mencapai sasaran menjelang tahun 2020. Ia tidak berhenti di situ, malahan dalam mencapai sasaran ini, beberapa syarikat akan disenaraikan di Bursa Saham.

Dengan kredibiliti yang dimiliki Emir Mavani, kini peneroka Felda yang seramai 112,635 ini telah diumumkan menerima duit raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selain agihan dividen setiap tahun.

Sejak penubuhan sehingga kini, FGV telah memperuntuk RM25 juta pemberian biasiswa kepada anak-anak peneroka yang berjaya yang kini seramai 50 penerima telah memperolehinya.

Kejayaan demi kejayaan dalam tempoh setahun Emir Mavani telah melenyapkan segala tuduhan dan prasangka yang tidak lebih daripada perasaan tidak puas hati sesetengah pemain media sosial yang tidak membuat homework tetapi sekadar mengkritik.

Kepada mereka, jika ingin mengkritik, biarlah Emir Mavani melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya terlebih dahulu dan tidak adil jika beliau tidak diberi peluang dan ruang untuk membuktikan kemampuannya.

Ini hanyalah untuk memastikan... FGV sedang menuju ke arah meletakkan organisasi ini pada tahap paling terbaik agar keuntungannya dapat dikembalikan dan dinikmati rakyat.

No comments: